Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Gadget & New Website
Great Movies For 2011

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




CATRIONA ROSS DALAM DRAMA ANJUNG SOFEA

September 15th, 2008 | Category: Catriona Ross, Drama |
1 Comment »


CATRIONA ROSS MEMBAWAKAN WATAK ’HITAM’, ISTERI YANG TAMAKKAN HARTA SUAMI MENERUSI ANJUNG SOFEA, SABTU (20 SEPTEMBER 2008), JAM 08.30 MALAM DI RTM1

Jika sebelum ini nama pelakon Catriona Ross sinonim membawakan watak wanita lembut dan teraniaya, hujung minggu ini menerusi drama penuh konflik kekeluargaan, pelakon kecil molek ini membuat penampilan berbeza dengan membawakan watak ’hitam’ seorang isteri yang tamakkan harta suaminya dalam Anjung Sofea mengisi slot Panggung Seri, Sabtu (20 September 2008), jam 08.30 malam yang menemui penonton setia RTM1. 

Anjung Sofea terbitan NHF Production Sdn Bhd ini mengisahkan watak Tuan Johan, seorang hartawan yang memiliki segala kemewahan dari segi harta, ladang dan sebuah syarikat perniagaan yang maju. Begitu pun setelah sembilan tahun hidupnya dihimpit kesunyian, Tuan Johan yang memiliki anak  perempuan, Yasmin memutuskan mengahwini setiausaha di pejabatnya bernama Linda.

Begitu pun perkahwinan Tuan Johan dengan Linda tidak direstui oleh Yasmin. Dia keluar dari Anjung Sofea, banglo mewah milik keluarganya yang dinamakan sempena memperingati arwah ibunya, Sofea lalu membawa diri tinggal sendiri di samping meneruskan pengajiannya di kampus.

Hinggalah satu hari Tuan Johan jatuh sakit. Atas arahan Linda, Pak Mat dan Mak Ani menghubungi Yasmin memintanya pulang. Yasmin yang begitu bimbangkan kesihatan ayahnya yang semakin terjejas menyatakan persetujuan kembali tinggal di Anjung Sofea meskipun tidak sepenuh hati mahu tinggal sebumbung dengan ibu tirinya itu.

Dengan hati yang berat Yasmin mula membantu Linda menguruskan perniagaan ayahnya itu demi menunaikan permintaan ayahnya itu. Di sana dia berkenalan dengan Danial, penasihat undang-undang merangkap pegawai kanan ayahnya. Timbul perasaan selesa di hatinya untuk menunaikan permintaan Tuan Johan memintanya membantu menguruskan pentadbiran syarikat.

Namun setelah beberapa hari di pejabat, timbul keraguan di hati Yasmin berkaitan aset-aset ayahnya yang telah dicagarkan dan dijual atas sebab syarikat ketandusan wang putaran modal. Danial meninggalkan segala kecurigaan itu untuk ditanggung Linda.

Sejak itu Yasmin memulakan misi untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu. Dia baranggapan penuh bahawa ibu tirinya adalah dalang di sebalik usaha untuk merampas harta milik keluarganya itu. Malah berbesar hati mahu Danial membantunya membongkar muslihat disembunyikan Linda daripada pengetahuan ayahnya itu.

Namun usahanya tidaklah semudah disangka apabila ayahnya tidak mempercayai cerita yang disampaikannya selagi tidak melihat dengan mata kepalanya sendiri. Yasmin nekad untuk meyakinkan ayahnya itu dengan caranya yang tersendiri.

Tetapi hakikatnya Yasmin berdepan dengan musuh dalam selimut yang sentiasa mengawasi jejaknya ke mana sahaja. Siapakah dalang yang dimaksudkan? Berjayakah Yasmin untuk menyelamatkan harta milik ayahnya daripada terlepas ke tangan pihak yang tamak haloba itu?

Anjung Sofea menyaksikan lakonan hebat Catriona Ross disamping Nor Khiriah, Sahronizam, Rawi Mohd Said, Ghazali Abu Noh, Tengku Faridah dan Rashidan Baba.

Jangan ketinggalan menyaksikan drama mendebarkan ini menerusi Anjung Sofea mengisi slot Panggung Seri, Sabtu (20 September 2008), jam 08.30 malam yang menemui penonton setia RTM1. 

[tags]catriona ross, gambar, perhimpunan haram, gathering, anwar ibrahim, perhimpunan hari malaysia, accident, nama menteri, thin dress, thongs, transparent lingerie, underwear, victoria secrets, viscose, wedding sexy dress, acne scar removal, breast augmentation, breast enlargement, butt life, buttock, aduhai, guys, jantan, jejaka, lelaki, maskulin, pantang, tampan[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sofea Jane di Rumah Terbuka Media Prima
  • Drama Kasih Zahra Lakonan Lisdawati, Zamarul Hisham
  • Gambar Anak Sofea Jane Yang Comel
  • Gambar Scha Pelakon Filem Dimensi Cinta
  • Drama Gelora Di Hati Ibu Lakonan Norish Karman
  • Telemovie Khas Isi Slot Nurani Sepanjang Ramadan
  • Eddie Pak Jelas Isu Hilangkan Diri dan Pembayaran Filem Dimensi Cinta
  • Drama Bersiri Sakti Delima Ditunda Buat Sementara
  • Drama Bersiri Sakti Delima Lakonan Bienda & Iqram Dinzly
  • Drama Pelangi Kasih Lakonan Nabila Huda Beto Kushairy





  • Sekitar Readers ToGether Gather ke 6 – Filem Congkak

    April 28th, 2008 | Category: Blog, Filem, Jemputan |
    2 Comments »


    Pada hari Sabtu, di pagi 26 April lalu, Sensasi Selebriti dengan kerjasama Metrowealth Sdn Bhd dan Cinema Online telah mengadakan Readers ToGether Gather sambil menonton filem Congkak di Tanjung Golden Villages, KLCC.

    Ini adalah gathering kali ke-6 diadakan sepanjang setahun lebih blog Budiey.com bertapak di dunia internet. Seramai 23 orang pembaca yang sudi mendaftar untuk menghadiri gathering ini. Dengan itu, Budiey ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi hadir. Antaranya, Nor Herdawaty, Ayu, Fairuz Alia, Kawan kepada Fairuz, Shamsirah, Noraini, Marjiana, Jefri, Nor Haslina, Nur Saliza, Nik Nur Zamira, Shah Rizal dan beberapa orang lagi yang telah memberi nama mereka pada saat terakhir. Tidak lupa juga kepada semua pembaca yang lain di mana mereka ini telah menarik diri di saat terakhir. Terima kasih atas sokongan kalian yang tidak berbelah bagi. I really appreciate it!

    Sebagai hadiah untuk yang hadir, Sensasi Selebriti menghadiahkan goodie bag berupa 2 keping voucher makan di Restoran The Lemon, CD Album dan VCD keluaran Metrowealth Sdn Bhd. Selain majalah Cinema Online, Budiey juga turut memberikan macam-macam hadiah yang lain di sesi cabutan bertuah yang diadakan di Starbucks Cafe. Antaranya T-shirt dari merchandise filem, hadiah dari RTM, goodies dari TV3, hadiah dari NTV7, voucher dari Hotel Crown Plaza, album CD, hadiah dari MIFA, goodies dari majalah Cleo dan banyak lagi. 

    Ironinya, semua yang hadir adalah pembaca-pembaca yang semuanya Budiey belum pernah jumpa. Memang gembira sangat-sangat jumpa korang semua.

    Harap korang happy dan enjoy dengan gathering kali ini walaupun kita semua tidak berpeluang untuk makan-makan dan borak-borak lebih panjang lagi.

    Tidak mengapa, mungkin di gathering ke-7 nanti saya berjanji untuk mencari lebih sponsor dan goodie bag yang lebih mewah untuk korang semua.

    Budiey juga sempat menemuramah 4 orang pembaca tentang filem Congkak. Tentang keseluruhan cerita Congkak, siapa pelakon terbaik dan adegan paling menyeramkan. Temubual akan disiarkan di entri seterusnya yang lain.

    Last but not least, thanks also to Metrowealth Sdn Bhd & Cinema Online who are sponsoring the event. Terima kasih juga buat 2 orang sahabat, Rizal & Ana kerana sudi memberikan komitmen dan bekerjasama untuk menjayakan gathering kali ini. Bantuan korang berdua membuat Budiey terharu sangat-sangat.

    Kepada semua pembaca yang tidak berkesempatan, mungkin suatu hari kita boleh bersua muka di gathering akan datang.

    Antara gambar yang sempat dirakam oleh seorang jurugambar. Thanks Ana!

    [tags]gathering, blogger, pisisan, banned, Cars Review, harga proton saga baru, gambar adik siti nurhaliza, aznil nawawi, bernard chandran, sulit, cinta, youtube, fail rahsia akademi fantasia 6, female brides, fesyen tudung siti, kakak ct nurhaliza, keputusan pilihan raya, one in a million final results, pengacara akademi fantasia 6, siti di lim kok wing, siti nursaidah kakak siti, ujibakat akademi fantasia 6, zainal alam, mercedez benz c class, cleo, metrowealth, david teo, tarikh keluar proton saga, tempahan saga harga, istana budaya, video proton saga baru, kunyit, masakan adabi, resepi[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MALAM PREMIERE FILEM CONGKAK DI SINGAPURA PECAH PANGGUNG
  • Budiey Mencari 5 Pembaca Bertuah ke Pra Tonton Filem CONGKAK
  • 5 Pembaca Sensasi Selebriti ke Pra Tonton Filem Congkak
  • Sertai Readers ToGether-Gather ke-2 Sensasi Selebriti
  • Jemputan Readers ToGether-Gather ke-6 Sambil Menonton Filem Congkak
  • Filem Congkak di Pawagam Hari Ini, Gathering, MACP Awards & APM
  • Gambar Readers ToGether Gather – Filem Kayangan
  • Gambar Nanu Baharudin Pelakon Filem Congkak
  • Updated: Gathering Pembaca Sensasi Selebriti
  • Sensasi Selebriti Readers ToGether-Gather di TGV KLCC Sabtu Ini!





  • Sekitar Readers ToGether Gather ke 5 (Filem 9 September)

    November 5th, 2007 | Category: Blog, Filem, Gathering |
    7 Comments »


    Jam 10.30 pagi, tanggal 3 November 2007 di satu pagi Sabtu yang cerah, Sensasi Selebriti telah mengadakan gathering Readers ToGether Gather ke – 5 sambil menonton filem 9 September. Seawal jam 10.30 pagi, sesi bertemu pembaca dan beramah mesra di Concourse Suria KLCC dan kemudian naik ke lantai 3 untuk menonton 9 September beramai-ramai. Sebanyak 15 orang pembaca telah mengambil bahagian. Budiey ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi hadir. Antara Toby dari Taman Melawati, Norati Abdullah dari Ampang, Jamaliah Mohd Sahiri, Maizatul Akmar Shukor dari Sungai Buloh, Azlan Daniel dari Kuala Lumpur, Ekin dari Petaling Jaya, Syukor dari Cheras, Zuridah dari Puchong, Saman, Saiful, Heromi, Hanif Lan dari Ampang, Megat dari Cheras, Shahir dari Cheras dan Saiful Bahri dari Shah Alam. Terima kasih atas sokongan kalian yang tidak berbelah bagi. I really appreciate it!

    readers

    Sebagai hadiah untuk yang hadir, Sensasi Selebriti menghadiahkan goodie bag berupa sehelai T-shirt eksklusif Filem 9 September berwarna oren yang sangat cantik designnya, sekeping CD album runut soundtrack 9 September dan beberapa keping CD dan VCD keluaran Metrowealth Sdn Bhd. Malangnya, hanya 10 orang pembaca pertama yang bertuah dapat diberikan t-shirt. Harap korang happy dan enjoy dengan gathering kali ini walaupun kita semua tidak berpeluang untuk makan-makan dan borak-borak bersama-sama. Ini kerana sejurus selepas gathering, Budiey terpaksa bergegas ke Rumah Terbuka Aizat AF5 di Ampang.

    Budiey juga ingin meminta maaf kerana terpaksa menukar lokasi di saat-saat akhir. Mungkin kerana itu ramai pembaca yang terpaksa batalkan niat mereka untuk join gathering ke-5 ini. Tidak mengapa, mungkin di gathering ke-6 nanti saya berjanji untuk mencari lebih sponsor dan goodie bag yang lebih mewah untuk korang semua.

    Antara foto yang sempat diambil…

    Seorang penulis blog yang begitu gigih… huhuhu… Sedang bersiap sedia dengan segala goodie bag untuk pembacanya.

    Bersama Kak Norati, Jamaliah dan Maizatul Akmar dari Sungai Buloh. Trimas & tahniah sebab akak jadi antara 10 yang terawal dapat T-shirt. Huhu!

    Diapit oleh 2 anak dara yang lawa dan manis banget… huhuhu… Ekin (sebelah kiri) dan Toby (sebelah kanan). Tq Tq!

    Pertama kali berkenalan dan bersua muka dengan 3 sekawan ini… Terima kasih Hanif, Megat dan Shahir. Sorry sebab tak dapat borak-borak lama dengan korang. May be one day, kita boleh jumpa lagi. Hehe!

    Bersama Zuridah… terima kasih… jauh datang dari Puchong sana.

    Bersama Syukor… tenkiu for your full supports bro!

    Last but not least, thanks also to Metrowealth Sdn Bhd who are sponsoring the event. Terima kasih juga buat co-author merangkap pembantu pengarang Sensasi Selebriti, Rizal kerana sudi memberikan komitmen untuk menjayakan gathering kali ini. Kepada semua pembaca yang tidak berkesempatan, mungkin suatu hari kita boleh bersua muka di gathering akan datang.

    Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir. Jumpa lagi korang di gathering ke-6 yang masih dalam perancangan. Tunggu pengumuman dalam masa terdekat dengan hadiah dan goodie bag yang lebih mengancam.

    [tags]gathering, readers tips, readers digest, sensasi selebriti blog, eh 20 anggun jemputan, peraduan, contest, goodie bag, perezhilton.com, blog bryanboy, blog kennysia.com, advertlets checque photo, sponsor my blog free, iklan percuma, ads gratis for blog, tempat tempah t-shirt murah, cara bayar cukai[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sertai Readers ToGether-Gather ke-2 Sensasi Selebriti
  • Gambar Readers ToGether Gather – Filem Kayangan
  • Updated: Gathering Pembaca Sensasi Selebriti
  • Jemputan Readers ToGether-Gather ke-5 Sambil Menonton Filem 9 September
  • Sensasi Selebriti Readers ToGether-Gather di TGV KLCC Sabtu Ini!
  • Bloggers United Malaysia Gathering 2007
  • Foto Sekitar Reader’s ToGether Gather Pertama Sensasi Selebriti
  • Jemputan Readers ToGether-Gather ke-6 Sambil Menonton Filem Congkak
  • Sekitar Penyampaian Hadiah Peraduan Asian Auto – Kayangan
  • Jemputan Readers ToGether-Gather ke-4 Sambil Menonton Filem Kayangan












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK