Gambar Majlis Nikah Fasha Sandha & Jejai
Pastinya malam ini adalah malam yang penuh bersejarah buat Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai). Akhirnya mereka selamat dinikahkan dalam satu majlis tertutup di Hotel Crowne Plaza Mutiara yang dihadiri oleh keluarga, selebriti dan para media. Eh, tertutup apanya kalau dah jemput selebriti dan media kan? Okaylah, Budiey mungkin tersalah dengar dari mulut Fasha di ABP hari tu, kot.
Apa-apa pun, selamat pengantin baru buat Fasha Sandha dan Jejai. Di mana Nora Danish ketika ini? Budiey dengar, Nora Danish bawa diri ke Tanah Suci untuk menenangkan diri.
Penyampai Suria FM ditugaskan sebagai pengacara majlis untuk majlis akad nikah malam ni.
Budiey nampak, Pelakon TV Wanita Popular ini sangat berdebar-debar pada malam ini. Maklumlah, malam ini akan diingati oleh beliau sampai bila-bila dan ini adalah saatnya fasa hidupnya beralih ke alam rumahtangga.
Dengan dua kali lafaz, pelakon sensasi lagi berkontroversi Fasha Sandha telah pun selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai tepat jam 9.45 malam.
Jejai telah dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, Hassan Bin Mohaiddin sambil disaksikan oleh Mohd Shahirman.
Fasha kelihatan sangat cantik berseri-seri dalam persalinan kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal, Saidatulnisa
“Alhamdulillah, majlis ini telah pun selamat disempurnakan. Terima kasih buat keluarga dan sahabat yang hadir memeriahkan majlis nikah kami,”
Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah itu telah diadakan di tingkat 30, Windows on KL, Crown Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Dihadiri lebih 300 tetamu, majlis pernikahan ini tentunya menjadi momen paling bermakna buat figura cantik ini.
Di majlis yang bertemakan rona lavender ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang. – via
Media Hiburan.
Antara rakan artis yang sudi hadir ialah Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.
Majlis resepsi perkahwinan Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai) bakal berlangsung di Bali. Majlis ini akan dihadiri oleh 100 jemputan khas. Ini bermakna majlis pasangan ini ekslusif dan tak ramai media akan hadir di sana.
Manakala, Pulau Redang menjadi destinasi bulan madu Fasha & Jejai. Cuti-cuti Malaysia

Pasangan suami isteri ini akan ke sana pada awal bulan depan.- via @GuaMalaysia & portal
GUA

Suasana diluar dewan yang kini dipenuhi tetamu yang hadir.

Fasha Sandha disolek oleh Saidatulnisa.

Ini dia suasana pentas & podium majlis nikah di majlis bersejarah


Penyanyi Tomok, isteri beliau yang sedang sarat mengandung dan Isma juga turut hadir.


Pelamin pernikahan Fasha Sandha dan Jejai! Elegan tak?

Suasana majlis pernikahan yang dihadiri sekitar 300 tetamu

Barang hantaran
Jejai sudah mengambil tempatnya.


Dengan dua lafaz, pelakon sensasi, Fasha Sandha telah pun selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Tahniah!

Tepat jam 9.40 malam, dengan 2 kali lafaz, Jejai kini sah menjadi suami kepada Fasha Sandha. Tahniah buat kedua-duanya.











kredit photo kepada Twitter Gua Malaysia, Rizman Ruzaini, Sultanmuzaffar, Media Hiburan, Tomok & Isma
Tags: Artis Berkahwin,
Fasha Sandha,
fasha baring,
foto fasha nikah,
Gambar,
gambar wedding fasha,
Jejai,
Majlis Nikah Fasha Sandha,
majlis resepsi fasha
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari?
Daftarkan email anda [ di sini ]