Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Jangan Pandang Belakang Catat Sejarah

April 21st, 2007 | Category: Berita, Filem |
11 Comments »


Ini berita yang baru saya terima kiriman email daripada Metrowealth. Terima kasih Azahari!

Setelah mencatat sejarah tersendiri sejak pembukaan 5 April lalu, Jangan Pandang Belakang (JPB) telah merentas Selat Tebrau untuk mencatat sejarah manis buat Metrowealth dan dunia perfileman Malaysia. Jika sebelum ini filem-filem Malaysia ditayangkan di Kota Singa itu hanya terbatas kepada 3 buah pawagam sahaja, JPB atas permintaan pengedar dan pihak pawagam telah mengesahkan 13 buah pawagam seluruh Singapura akan menayangkannya serentak bermula 3 Mei 2007. Ini merupakan pembukaan terbesar filem Malaysia di republik tersebut, sebuah negara maju yang mula mengiktiraf filem Malaysia.

Rombongan dari Metrowealth terdiri daripada David Teo (Penerbit), Ahmad Idham (pengarah) dan Pierre Andre (pelakon) yang telah menemui pihak media Singapura pada 20 April lalu amat terkejut dengan sambutan dan perhatian yang diberikan terhadap filem ini. Tidak menyangka sambutan sehebat ini, En. David Teo selaku penerbit dan pengedar JPB menyifatkan perkara ini sebagai satu kejayaan luar biasa buat industri perfileman Malaysia. Segala usaha promosi akan dijalankan bagi memastikan JPB mendapat sambutan di sana termasuk menyertakan sarikata 2 bahasa utama iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.   

Pierre Andre Photo

Bukan setakat di Singapura, JPB telah berjaya menarik perhatian pengedar-pengedar antarbangsa yang lain tetapi masih diperingkat perbincangan. Antara negara yang telah menyatakan minat adalah Thailand, India, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat.

Jangan Pandang Belakang, filem pertama di Malaysia menerima amaran daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri menasihatkan kepada ibu-ibu mengandung dan pengidap penyakit jantung agar tidak menonton filem ini. Jangan Pandang Belakang juga adalah filem seram pertama yang dikategorikan dengan label U (13PG) di mana kanak-kanak di bawah usia 13 tahun agar mendapat bimbingan orang dewasa semasa menonton filem ini.

JPB telah mencatat kutipan tertinggi di hari pembukaan dengan kutipan sebanyak RM410,000. Penayangan melalui 55 salinan (print) di 51 lokasi untuk  2 minggu, Jangan Pandang Belakang telah mengutip RM 5 juta. Satu pencapaian yang amat di luar jangkaan dan jika sokongan padu berterusan diberi pihak media dan penonton, sasaran RM 7 juta sehingga tamat tempoh tayangannya akan menjadi kenyataan. Ini akan menjadi angka tertinggi dalam sejarah.

Peminat filem seram seluruh Singapura akan dapat saksikan Jangan Pandang Belakang pada 3 MEI 2007 nanti. Dianggap sebagai filem Malaysia paling besar pembukaan di Singapura dengan sarikata bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin, diharapkan Jangan Pandang Belakang mampu mencatatkan satu lagi sejarah tersendiri di negara orang.

Sekalung tahniah daripada Sensasi Selebriti! Kepada orang Singapura, jangan lupa bawa jaket atau selimut untuk tutup mata… ini petua daripada Mazen… penakut betul budak itu! Over tau sampai bawak selimut masuk panggung!

[tags]Filem, Jangan Pandang Belakang, Berita, Seram[/tags]

Tags: , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Jangan Pandang Belakang: Filem Paling Meletop 2007
  • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar Pelakon
  • Jangan Pandang Belakang – Apabila Yang Mati Bertemu Yang Hidup
  • Filem Jangan Pandang Belakang Seram Giler!
  • Raya Pertama: Sifu & Tongga dan Jangan Pandang Belakang Congkak
  • Jangan Tegur
  • Gambar Malam Gala SUMOLAH Movie
  • Sinopsis Filem Jangan Pandang Belakang
  • Video Sebalik Tabir Behind The Scenes Filem Jangan Tegur
  • Gambar Sekitar Promosi Filem Jangan Tegur di Singapura



  • Selamat Datang Ke Blog Sensasi Selebriti

    January 8th, 2007 | Category: Blog |
    8 Comments »


    Salam,

        Selamat datang ke blog Sensasi Selebriti. Ini merupakan entri pertama di mana sejarah baru bakal dicatatkan. Ekoran daripada Blog Infotainment yang mengalami sedikit masalah ketika loading dan juga hosting yang terlalu lambat, saya telah memutuskan untuk melakukan satu perubahan sempena 2007 ini! Semoga dengan platform baru dan juga web hosting khas untuk blog ini menyenangkan anda untuk melawatnya.

        Maka, lahirlah blog budiey.com dengan tagline “Sensasi Selebriti” yang pada saya agak sukar untuk dijelmakan pada peringkat awalnya. Namun, dengan usaha yang tekun, saya telah berjaya mempelajari sistem baru dengan menggunakan WordPress sebagai enjin untuk blog ini. Berbeza dengan blogdrive dan blogger, WordPress memerlukan sedikit masa untuk saya terus mempelajari sesuatu yang baru.

        Mengapa memilih genre hiburan? Saya memilih untuk meneruskan penulisan tentang dunia hiburan kerana ianya menjadi minat saya untuk bersuara melalui tulisan dan melontarkan pandangan tentang dunia hiburan semasa.

        Oleh itu, saya akan terus meningkatkan lagi mutu serta gaya penyampaian demi memantapkan blog ini. Dengan itu, Budiey ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan serta sambutan yang begitu menggalakkan dari anda semua.

        Semoga dengan berpindah ke blog baru ini, bakal menyuntik satu pembaharuan, gaya ulasan yang lebih segar dan lebih memberi kepuasan buat anda pembaca budiman.

        Jangan malu-malu untuk menulis komen dan melontarkan kata-kata anda di sini. Segala komentar yang anda berikan, sememangnya saya hargai.

        Sekian, terima kasih.

    Blog ini telah diaktifkan pada 7 Januari 2007, hari Ahad.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rainforest World Music Festival 2012
  • MTV World Stage Malaysia With 30 Seconds To Mars & Pop Shuvit
  • MTV World Stage Live In Malaysia 2011 Sponsors
  • Justin Bieber My World Tour in Kuala Lumpur
  • Lead Single From Beyonce Who Run The World
  • One Young World
  • Shah Alam Welcomes MTV World Stage Live 2011 to i-City
  • Hypptunes Rock The World 9
  • Barack Obama IN-DEPTH COVERAGE INAUGURATION OF THE 44TH US PRESIDENT
  • Showcase Meet Uncle Aznil Times Square First World Hotel Genting Highlands








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK