Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Rahsia Payudara Gebu & Anjal!
www.payudara2u.com

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem CUN!

March 9th, 2011 | Category: Filem, Kartina Aziz |
7 Comments »


Filem yang komedi santai, sempoi dengan lawak jenaka serta mudah difahami adalah filem yang menjadi pilihan masyarakat kita. Tidak kira filem apa, asalkan ia menghiburkan, filem itu pasti akan mendapat tempat. Penonton mahukan sesuatu pulangan dari wang yang dilaburkan untuk menonton wayang. Soalnya, adakah filem yang menghiburkan itu betul-betul bermutu atau sebaliknya? Terpulang.

Terbaru, semalam telah berlangsung Prebiu Media Filem CUN! anjuran Tayangan Unggul Sdn Bhd di di panggung besar GSC Berjaya Times Square dengan dihadiri ramai media, penulis blog dan selebriti. Budiey percaya tepukan dan sorakan penonton semasa dan sesudah menonton filem ini sudah cukup membuktikan filem ini akan diterima ramai setelah tayangan dibuka kepada umum nanti.

Dilihat pada jasad filem ini, sebenarnya, tak ramai yang tahu tentang filem CUN. Promosi sedang bermula seiring dengan filem yang akan memasuki pawagam mulai 31 Mac 2011. CUN! Sebuah filem yang sangat ringan dan seronok untuk dilayan kerana setiap scene pasti membuatkan anda merasa mahu tersenyum, ketawa dan ada ketikanya mahu menitiskan air mata.

Adegan paling panas yang Budiey kira akan buat penonton rasa terpaku ialah semasa scene di tali air tepian sawah padi di mana Atan yang tak berbaju ketika itu menghisap jari si Luna (mestilah ada sebab mengapa Atan buat macam tu, kan?) Nak tahu kena tonton. Remy dan Maya Karin juga berduet dalam lagu tema filem CUN! yang berjudul CUN! Selalu ciptaan sepenuhnya Nurzaidi Abdul Rahman.

Genre romantik komedi ini menggandingkan pembawa watak utama Remy Ishak sebagai Atan dan Maya Karin sebagai Luna. Unsur komedi yang rasanya bukan slapstik semata-mata, dan yang jelas filem ini menyelongkar gaya komedi ala kampung dan komedi ala urban. Ianya disatukan dengan gaya persembahan yang senang difahami, tanpa flashback dan plot penceritaan yang sejajar.

Gandingan ideal antara Maya dan Remy ini rasanya tidak berjaya andainya tiada gandingan mantap dari pelakon seperti Faezah Ilai, Ning Baizura, Jehan Miskin, Kartina Aziz, Nadia Nisaa, Mislina Mustafa, Marsha Milan Londoh dan ramai lagi. Syabas diucapkan kepada mereka kerana setiap gerak dan karakter masing-masing diperjelaskan dengan gaya lakonan yang mantap sehingga penonton terasa setiap jiwa dan rasa yang mereka alami.

Prebiu media ini dihadiri oleh ramai juga selebriti. Ini gambar antara yang Budiey sempat ambil.

Filem CUN

Remy Ishak dan Maya Karin bergabung dan meletops!

Filem CUN

Fimie Don

Filem CUN

Raffi Hussein

Filem CUN

Shah Iskandar, pelakon Gerak Khas

Filem CUN

Faezah Ilai memegang watak Tom, seorang PA kepada Luna

Filem CUN

Osman Ali, pengarah filem CUN!

Filem CUN

Jehan Miskin yang memegang watak kekasih Luna yang sangat annoying (watak poyo)

Filem CUN

Adik kepada Atan yang tak banyak dialog

Filem CUN

Nadia Nisaa memegang watak gadis terencat akal.

Filem CUN

Remy Ishak yang akan cuba buat terbaik untuk setiap filem lakonannya.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Karak
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Apa Tengok Tengok
  • Gambar Ummi Nazeera di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambar Nur Fazura di Prebiu Media Filem Bujang Telajak
  • Sekitar Prebiu Filem Kembar Siang
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Gambar Kilafairy di Prebiu Media Filem Karak
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Raya Tak Jadi
  • Gambar Puteri Sarah Liyana di Prebiu Media Lu Fikirlah Sendiri





  • FASHA SANDHA AYU RAUDHAH DALAM DRAMA SUTERA MAYA

    August 19th, 2008 | Category: Drama, TV3 |
    27 Comments »


    FASHA SANDHA AYU RAUDHAH DALAM DRAMA SUTERA MAYA

    Satu lagi siri baru ‘Sutera Maya’ bakal menemui penonton TV3 melalui slot Akasia mulai 1 September 2008. Siri ini mengisahkan Maya Medina, Maya Zulaika, Maya Karina dan Maya Sofea, 4 beradik dari berlainan emak yang mempunyai personaliti yang berbeza. Selepas kematian emaknya, Maya Medina, kakak yang sulung cuba mencari adik-beradiknya yang lain untuk menyatukan mereka. Namun begitu, setelah berjumpa mereka mendapati ayah mereka merupakan seorang yang penuh dengan misteri. Siapakah ayah mereka sebenarnya?

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri ini, nantikan siaran drama ini di TV3. Antara pelakon-pelakon yang hadir termasuklah Fasha Sandha, Intan Ladyana, Ayu Raudhah, Faezah, Mustapha Kamal, Erry Putra, Maria Farida, Liza Abdullah, Fouziah Gous, Irfan dan Rebecca Nur Al-Islam.

    [tags]Fasha Sandha, Intan Ladyana, Ayu Raudhah, Faezah, Mustapha Kamal, Erry Putra, Maria Farida, Liza Abdullah, Fouziah Gous, Irfan, Rebecca Nur Al-Islam, drama sutera maya[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Fasha Sandha di Karpet Merah Anugerah Skrin 2011
  • Photo of the Day: Manjanya Fasha Sandha Eh Yang Anggun
  • Gambar Fasha Sandha di Karpet Merah Anugerah Skrin 2010
  • Sekitar Sidang Media Drama Sutera Maya
  • Fasha Sandha Menang Pelakon TV Wanita Popular ABPBH2010
  • Fasha Sandha dan Kerusi Rehat di Lokasi Drama Kontrak Cinta
  • Gambar Fasha Sandha di Sidang Media Drama Dia Atilia
  • Gambar Seksi Fasha Sandha
  • Betulkah Ini Gambar Kekasih Sebenar Fasha Sandha?
  • Gossip Fasha Sandha & Farid Kamal Merendek?












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK