Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Album Kempen Harga Runtuh Warner Music Malaysia

April 30th, 2011 | Category: Album |
No Comments »


Terbaru daripada Warner Music Malaysia – “KEMPEN HARGA RUNTUH” yang akan berlangsung pada pertengahan tahun ini, bermula 15 Mei 2011 sehingga 31 Ogos 2011.

Yang TERBESAR, yang TERHEBAT, yang TERHANGAT dan TIADA TANDINGAN adalah “KEMPEN HARGA RUNTUH” yang dianjurkan oleh Warner Music Malaysia menjelang Mei ini. Kempen yang melibatkan album-album daripada artis-artis hit sepanjang zaman ini adalah kempen terbesar yang dianjurkan oleh Warner Music bagi tahun 2011 ini.

Kempen ini adalah bertujuan untuk mengembalikan budaya melawat ke kedai-kedai CD bagi mendapatkan album-album yang original. Dengan melibatkan sebanyak 130 buah album, kempen sebegini semetinya kempen yang dinantikan oleh peminat-peminat muzik tanah air, tanpa mengenal peringkat umur.

Dengan “KEMPEN HARGA RUNTUH”, inilah peluang anda untuk mendapatkan album-album daripada artis-artis hit seperti Sudirman, Jamal Abdillah, Ella, Fauziah Latiff, Nash, Nora, Francissca Peter, Yasin, tidak lupa juga artis-artis berkumpulan seperti Raihan, KRU, Ahli Fiqir, Kangen Band, Sweet Charity, Lefthanded dan ramai lagi dengan harga terendah! Kempen kali ini menawarkan sebanyak 59 buah album daripada Warner Music Malaysia dan 71 buah album daripada EMI Malaysia yang dijual dengan harga hanya RM19.90!

Inilah peluang anda untuk mengabadikan album-album daripada artis kesayangan anda dan menambah koleksi peribadi daripada artis-artis hit ini! Jejakkan kaki anda ke kedai-kedai CD berhampiran dan dapatkan album-album original ini dengan harga terendah! Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan mari SAPU BERSIH!!

HargaRuntuh-Poster5

“ALBUM COVER KEMPEN HARGA RUNTUH”

Tags: , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kempen Harga Runtuh VCD Kembali Lagi
  • Album Kompilasi Terbaru Ella BALADA
  • Warner Presents Original Album Series
  • Wana My Starz LG Lancar Album Pertama
  • Cetakan Semula Album Sudirman Aku Bukan Penghibur & Kul It
  • Hafiz Lancar Album Baru Bersama Akim, Aril Yazid dan Isma
  • Lirik Lagu Wana Cinta Benar Cinta
  • Album DIA Fauziah Latiff & Francissca Peter
  • Album Terbaru Jinbara INTERPRETASI MENTAL
  • Beli Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza Di Pasaran Sekarang



  • Ella, Faizal Tahir, Butterfingers dalam Album Live GUAMUZIK Supergig 08

    August 9th, 2008 | Category: Album, Nora, Promo |
    1 Comment »


    Sejurus selepas mengadakan konsert pertama mereka pada penghujung bulan Mei lalu, portal muzik terulung Malaysia www.guamuzik.com.my (GUAMUZIK) dengan bangganya mengumumkan pelancaran album Supergig ’08 yang telah lama dinantikan. Konsert tersebut yang telah diadakan untuk menyambut pelancaran laman itu, kini menampilkan pula sebuah album digital yang memaparkan persembahan-persembahan terbaik dari acara tersebut. Dengan barisan artis-artis terhebat di Malaysia, album ini dijangka akan menjadi rebutan para peminat industri muzik tempatan, khasnya komuniti maya setempat.

    Apabila memuat turun lagu di GUAMUZIK, peminat muzik bukan setakat dapat menikmati lagu kegemaran mereka, tetapi bonus tambahan turut menanti mereka. Peminat bertuah yang memuat turun keseluruhan lagu-lagu di dalam album digital ini bakal memenangi t-shirt GUAMUZIK Supergig yang ditandatangani oleh artis-artis yang membuat persembahan sewaktu konsert! Selain daripada itu memorabilia artis eksklusif turut menanti bagi yang memuat turun lagu-lagu terpilih.    

    Di antara artis-artis yang ditampilkan di dalam album ini termasuklah Ella, Faizal Tahir, Butterfingers, Altimet, Nora dan ramai lagi. Para pembeli album digital ini juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik secara eksklusif dari GUAMUZIK. 

    Album ini telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan GUAMUZIK untuk menghasilkan muzik yang eksklusif bagi menggalakkan lagi pemuat turunan muzik secara maya.  

    Konsert yang dinamakan GUAMUZIK Supergig ‘08 itu telah diadakan di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dari jam 9 hingga 11.30 malam. Ia menyaksikan kehadiran 6,000 orang yang mengerumuni ruang legar awam seawal jam 7 petang lagi dan menampilkan gabungan artis solo serta berkumpulan terbaik di negara ini. Acara muzik ini telah diacarakan oleh Cheryl Samad serta Awal Asha’ari, dan telah disiarkan di 8TV pada 15 Jun jam 12 tengah hari serta di TV3 pada 17 June jam 11 pagi. 

    Para peminat yang terlepas konsert itu boleh memuat turun keseluruhan album tersebut pada harga RM25 sahaja ataupun boleh membeli lagu-lagu daripada album tersebut secara berasingan pada harga RM2 setiap lagu. Album ini dijangka pasti dapat menggambarkan keseluruhan konsert tersebut dengan sempurna! 

    [tags]Ella, Faizal Tahir, Butterfingers, Album Live GUAMUZIK, Supergig 08, Altimet, Nora, sports, hot fm, hukum nikah kahwin, kintamani, kuta, olympic, closing, photo[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sekitar Sidang Media Konsert Guamuzik Supergig 08
  • Konsert Supergig GUAMUZIK 08 Hari Ini
  • Download Lagu Terbaru Butterfingers MAHARANI di Guamusic
  • Faizal Tahir Live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
  • Launch Showcase Butterfingers di Planet Hollywood
  • Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir di Rakaman Ghazal Rock
  • Gambar Ella di Sidang Media Mentor 6
  • Zatul, Caroline & KJ Bertarung di Konsert Kumpulan B Mentor 6
  • Faizal Tahir Muntah Darah
  • Dapatkan Lagu Raya di GUA MUZIK








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK