Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Rahsia Payudara Gebu & Anjal!
www.payudara2u.com

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Drama Nilapura Lakonan Jue Aziz Ramona Zam Zam

October 19th, 2011 | Category: Drama, TV3 |
No Comments »


NILAPURA SEBUAH EPIK CINTA PENUH AKSI, KONFLIK DAN EMOSI

Menyusuli Super Mak, sebuah drama bersiri epik cinta, NILAPURA pula akan mengisi slot Aksi bermula 31 Oktober, setiap hari Isnin jam 9.00malam. Mengisahkan tentang pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas Lela untuk berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura dalam sebuah peperangan. Masing-masing sudah mempunyai kekasih dan saling membenci, apakah perkahwinan antara Ratna dan Rangga akan membawa kebaikan kepada kedua-dua negara?

Memilih Kellie’s Castle di Perak dan sekitar negeri Kedah sebagai lokasi penggambaran, drama bersiri 13 episod terbitan KL Motion Picture diarahkan oleh Wan Hasliza yang juga penulis skripnya, telah berkampung di bangunan bersejarah tersebut sejak 20 September 2011. Antara pelakon-pelakon handalan tanahair yang membintangi drama bersiri ini ialah Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Ramona Zam Zam, Hafiz Halim dan Aidil Aziz.

Nilapura - Dindra (Ryzal Jaafar) & Dayang Ningsih (Memey Suhaiza)

Dindra lakonan Ryzal Jaafar & Dayang Ningsih lakonan Memey Suhaiza

Putera Rangga (Amar Asyraf) merupakan anak kedua kepada Sultan Zainal Abidin dari negara Nilapura. Setelah abangnya, Raja Murtaza dibunuh dalam peperangan, Rangga menjadi harapan tunggal bagi ayahandanya untuk mewarisi takhta. Namun, Rangga merupakan seorang yang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya.

Rangga mempunyai hubungan sulit dengan Ulia, isteri kedua kepada Pembesar Sata, pegawai tinggi dalam kerajaan Nilapura. Selepas Rangga ditangkap oleh pengawal Pembesar Sata ketika memanjat keluar dari bilik Ulia, Sultan Zainal Abidin bertitah untuk mengahwinkan Rangga kepada anak Raja Bumida Bimasakti. Rangga terpaksa menurut titah ayahandanya walaupun tidak rela hati.

Puteri Ratna Emas Lela (Jue Aziz) pula merupakan puteri bongsu kepada Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemar melakukan kerja-kerja amal. Ratna sangat rapat dengan Dindra (Ryzal Jaafar), seorang pengawal diraja. Bagi menjaga kepentingan negaranya, Ratna sanggup mengetepikan perasaan cintanya terhadap Dindra dan bersetuju dengan perkahwinan diplomatik yang diaturkan.

Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga tetapi Rangga masih meneruskan hubungan dengan Ulia serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti. Maka, Ratna terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut untuk memerintah Bimasakti.

Hubungan Ratna dengan Rangga mula berubah selepas Rangga diserang hendap oleh Ghulam untuk merampas kuasa. Rangga menjadi lumpuh dan terpaksa merawat di istana Bimasakti. Dalam kesibukan untuk mentadbir negaranya, Ratna harus bertolak ansur dengan perangai suaminya yang degil dan kuat mengamuk. Akhirnya, Rangga terharu dengan kebaikan Ratna dan mula menguatkan semangat untuk sembuh. Rangga mula menyukai Ratna dan berasa cemburu dengan Dindra.

Rangga telah ditabalkan sebagai pemerintah negara Bimasakti dan mula menjalankan tanggungjawabnya. Apakah cabaran yang sedang menanti Rangga? Bagaimanakah Rangga berhadapan dengan musuhnya? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Rangga, Ratna dan Dindra?

Nantikan kemunculan NILAPURA di slot Aksi, mulai 31 Oktober 2011, setiap hari Isnin jam 9.00malam, tentunya di TV3!

Adam Shah, Hafiz Halim, Hilal Azman & Aidil Aziz

Adam Shah, Hafiz Halim, Hilal Azman & Aidil Aziz

Memey Suhaiza (Dayang Ningsih) & Ryzal Jaafar (Dindra)

Memey Suhaiza ( Dayang Ningsih)

Memey Suhaiza sebagai Dayang Ningsih

Zarina Zainuddin (Permaisuri Bimasakti)

Zarina Zainuddin sebagai Permaisuri Bimasakti

Ramona Zam Zam (Ulia)

Ramona Zam Zam sebagai Ulia

Jue Aziz ( Puteri Ratna Emas Lela)

Jue Aziz sebagai Puteri Ratna Emas Lela

Jue Aziz (Ratna), Ryzal Jaafar (Dindra) & Amar Asyraf (Rangga)

Jue Aziz (Ratna), Ryzal Jaafar (Dindra) & Amar Asyraf (Rangga)

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lirik Lagu Tema Nilapura Atas Sebuah Janji Farah Asyikin
  • Poster Emil Emilda & Gambar Aaron Aziz
  • Drama Karma Lakonan Aaron Aziz & Fouziah Gous
  • Drama Ali Din Lakonan Fazren Rafi, Umie Nazira, Hans Isaac, Vanidah Imran
  • Sinopsis & Gambar dari Drama Nora Elena
  • Gambar Nasha Aziz di Green Cheongsam The Weld
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Aaron Aziz Dilantik Duta Produk Minuman Drive M7
  • Drama SuperMak
  • Drama Nora Elena





  • Senarai Drama & Telefilem Anugerah Skrin 2011

    September 7th, 2011 | Category: Drama, TV3 |
    No Comments »


    ANUGERAH SKRIN KEMBALI…
    8 Telefilem Terpilih Pencetus Demam Anugerah Berprestij

    Penganjuran anugerah berprestij, Anugerah Skrin sememangnya ditunggu-tunggu oleh penggiat seni tanah air. Anugerah yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air ini bukan sahaja memberi ruang kepada penggiat seni untuk memperkembangkan lagi bakat seni, malah menggalakkan mereka berusaha dengan lebih gigih untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi sekali gus memartabatkan hasil seni negara. Kini, pengiktirafan kepada karyawan seni diteruskan lagi dengan penganjuran Anugerah Skrin 2011 yang bakal diadakan pada bulan November bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

    Bagi menyemarakkan lagi debaran Anugerah Skrin 2011, TV3 bakal menayangkan semula sebahagian daripada telefilem yang tercalon ke Anugerah Skrin 2011. Ia akan disiarkan setiap Ahad, jam 10.00malam – 12.00tengah malam mulai 11 September 2011 hingga 30 Oktober 2011.

    Logo ASK

    Seperti tahun sebelumnya, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan ASTRO untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini. Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

    Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9 berkata, “Anugerah Skrin sudah pun memasuki tempoh usia matang di mana ianya dinanti-nantikan oleh para karyawan dan artis tanah air untuk menjulang nama mereka setelah berhempas pulas memberikan yang terbaik untuk industri. Seperti yang pernah kami tegaskan sebelum ini, Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi drama dan terbitan yang disiarkan melalui stesen-stesen ini yang dipertandingkan. Kami berasa bangga kerana pada tahun ini ASK 2011 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan-rakan stesen televisyen yang lain dan menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini. Ia merupakan satu petanda positif dalam meningkatkan mutu seni tanah air yang mana dengan adanya anugerah seperti ini, ia dapat menggalakkan penggiat-penggiat seni untuk berusaha lebih gigih lagi agar hasil karya mereka dihargai dan mendapat pengiktirafan.”

    “Untuk makluman, pihak kami akan mengumumkan dengan lebih terperinci mengenai kategori keseluruhan pencalonan termasuklah senarai nama drama, filem dan juga barisan pelakon serta produksi yang telah disenarai pendek di dalam satu majlis sidang akhbar khas Anugerah Skrin 2011 pada bulan Oktober nanti,” tambah Pn. Nurul.

    Anugerah Skrin memberi pengiktirafan kepada pengeluar–pengeluar drama dan filem tempatan. Telefilem dan drama yang dicalonkan pula adalah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu. Antara faktor yang menyebabkan telefilem dan drama ini terpilih untuk ditayangkan di kaca televisyen adalah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap dan mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej positif disamping boleh menarik perhatian penonton. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut ‘genre’ masing-masing. Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih.

    Berikut adalah sinopsis TELEFILEM ANUGERAH SKRIN 2011:

    Berkalung Noda: 11 September 201, 10.00malam
    BERKALUNG NODA mengisahkan tentang seorang wanita bernama Karina, isteri kepada Azrai dan mempunyai dua orang anak, masing-masing berumur 8 dan 7 tahun. Azrai yang bekerja sebagai jurutera eksplorasi petroleum & gas sering bertugas di luar Negara. Karina tidak bekerja dan banyak menghabiskan masa bersosial dengan rakan-rakannya kerana bosan ketiadaan Azrai di sisi. Suatu hari Karina berkenalan dengan lelaki bernama Ray di sebuah restoran. Ray hanya mahu memperdayakan Karina. Hubungan Ray dan Karina berlanjutan sehingga mereka ditangkap oleh Jabatan Agama Islam di apartment milik Karina. Apakah yang berlaku selepas itu?
    Pelakon: Fasha Sandha, Roy Azman, Riz Ainuddin, Elyana, Aripah Damanhuri, Julia Ziegler

    Sudu & Garpu (2)

    Babak dalam drama Sudu & Garpu

    Sudu & Garpu: 18 September 2011, 10.00malam
    Mengisahkan tentang Alya, 25 tahun, seorang lepasan Universiti dan masih mencari pekerjaan. Alya yang kerap menghabiskan masa berbual di laman sosial langsung tidak membantu ibunya, Puan Kamariah. Suatu hari, Alya mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur sebagai Eksekutif Pentadbiran di sebuah syarikat insuran. Di Kuala Lumpur, Alya tinggal bersama Farah, rakan sekerjanya. Mereka berjiran dengan Andy dan Rosli. Alya sering bertikam lidah dengan Andy manakala Farah semakin hari semakin rapat dengan Rosli. Tanpa pengetahuan Alya dan Andy, mereka sebenarnya teman rapat di laman sosial, Alya menggunakan nama samaran “Jelita”, Andy pula menggunakan nama “Handsome”. Apakah yang berlaku selepas itu?
    Pelakon: Fauzi Nawawi, Siti Saleha, Kat Mentor, Saiful Apek, Alana Amir, Fadhilah Mansor, Munir.

    Korban Kasih Abah: 25 September 2011, 10.00malam
    Selepas kematian isterinya, impian Adnan adalah untuk membahagiakan dan menunaikan apa sahaja yang dikehendaki oleh Jamilah, satu satunya cahaya mata belahan jiwanya. Impian Jamilah juga satu, ingin menjadi penyanyi nombor satu yang tersohor di Malaysia. Untuk mengejar impian anaknya, Adnan sanggup membuat beberapa kerja sampingan dan bekerja keras demi Jamilah. Jamilah berjaya menjadi artis dan kian tenggelam dalam dunia glamor. Dia semakin meminggirkan ayahnya. Adnan terlantar sakit di hospital juga tidak diketahui oleh Jamilah. Masih sempatkah Jamilah memohon kemaafan dari ayahnya?
    Pelakon: Diana Amir, Esma Danial, Mia Sara, Shajiry, Pekin

    Yang Terpuji: 2 Oktober 2011, 10.00malam
    Ahmad Muhammad yang lebih dikenali sebagai Mamat merupakan seorang kanak-kanak yang nakal. Walaupun baru berusia 10 tahun, dia sering melakukan kegiatan seperti mencuri ayam, mencuri buah-buahan, menyakat orang-orang tua dan kanak-kanak serta sebagainya bersama kawan baiknya, Amir. Ibunya Aminah puas menasihati anaknya agar berubah, namun tidak diendahkan malah dia akan berpura-pura menjadi baik untuk seketika. Ayahnya Wak Ben, merupakan seorang yang garang namun Mamat tidak pernah gentar sehinggalah kehadiran Ustaz Mokhtar untuk menggantikan guru kelasnya, Ustazah Noreha yang cuti bersalin. Bagaimanakah Ustaz Mokhtar dapat mengubah sikap nakal Mamat dan Amir?
    Pelakon: Fazli Daniel Ali, Zul Yahya, Fauzi Nawawi, Aida Aris

    Yang Terpuji (3)

    Jangan Hantar Aku Ke Neraka: 9 Oktober 2011, 10.00malam
    Mak Jah sudah kematian suami dan mempunyai tiga orang anak iaitu Ita, Hamzi dan Zai. Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan dia sudah menunjukkan tanda-tanda memiliki sifat-sifat kewanitaan sejak kecil lagi. Kelemahan dan kecacatan batin Zai membuatkan dia begitu jauh dengan abang dan kakaknya. Niat Rozi ingin menjalinkan hubungan dengan Hamzi juga terkubur kerana bimbang Hamzi membawa baka seperti Zai. Bagi Ita dan Hamzi, Zai umpama membawa sial dalam hidup dan keluarganya. Mereka tidak tahan lagi menerima cemuhan dari orang kampung yang berpunca dari adiknya dan mengugut untuk tarik balik duit belanja jika Mak Jah tidak mahu menghalau Zai dari rumah. Akhirnya Zai membuat keputusan untuk keluar dari rumah. Hati Mak Jah tidak tenteram mengenangkan anaknya setiap hari sehingga jatuh sakit. Dia sering menyebut nama Zai membuatkan Hamzi dan Ita meluat dengan ibu mereka.
    Pelakon: Faizal Yusop, Fadilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Watie Sadalie, Wan Sharmila dan Wan Nor Azlin.

    Iqra: 16 Oktober 2011. 10:00malam
    Sebuah kisah mengenai Arman yang berjaya di dalam kerjayanya namun mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Arman berpindah ke rumah banglo lebih besar dan mewah selepas kejayaan syarikatnya. Sejak berpindah ke rumah tersebut, Arman sering didatangi oleh seorang lelaki misteri yang membaca Al-Quran. Lelaki tersebut muncul di hadapan rumahnya dan memperkenalkan diri sebagai Pak Kudus ketika Arman menganjurkan parti sempena berpindah rumah baru. Pak Kudus menghadiahkannya sebuah Al-Quran baru tetapi Arman hanya menyimpannya dalam bilik stor. Suatu malam Arman termimpi tentang Pak Kudus yang menyuruhnya membaca Al Quran. Arman cuba mencampak Al-Quran tersebut tetapi muncul pula bayang hitam yang datang dan terus menampar muka Arman. Arman tersedar dan terkejut melihat mukanya yang merah. Arman terdengar lagi bacaan Pak Kudus. Puas Arman mencari Al- Quran di dalam bilik stor tetapi tidak dijumpai. Arman masuk ke biliknya dan terkejut melihat Al Quran itu di atas rehal yang sudah terbuka…
    Pelakon: Eman Manan, Jasmin Hamid, Aeril Zafril, Nelydia

    Airmata Nur Salina: 23 Oktober 2011, 10:00malam
    Salina merupakan penyanyi kugiran di rumah-rumah orang kahwin di kampungnya. Kecantikan Salina sering menjadi bualan anak-anak muda disitu namun hatinya Salina terpaut kepada Fakar, seorang kerani biasa sehingga sanggup meninggalkan keluarganya dan berkahwin lari bersama Fakar di Thailand. Selepas berkahwin, mereka berhijrah tinggal di Kuala Lumpur supaya Fakar dapat membuka perniagaan sendiri bermodalkan kesemua wang simpanan yang ada. Fakar mula lupa diri apabila perniagaannya meningkat maju.
    Pelakon: Umie Aida, Remy Ishak, Adi Putra, Rosnah Johari, Anne Abdullah.

    Kemaafan Yang Tertangguh: 30 Oktober 2011, 10:00malam
    Selama hampir 10 tahun Hartina menjadi menantu Kasmah namun tidak pernah sekalipun dia mendapat kasih sayang sebagai menantu. Ibu Hartina, Khadijah tidak berpuas hati dengan sikap besannya yang mengongkong kehidupan anaknya. Untuk menangkis serangan jiran-jirannya, buat kali pertama Kasmah membenarkan Hartina pulang ke rumah Khadijah untuk beraya tetapi dengan beberapa syarat. Hartina yang sibuk melayan karenah ibu mertuanya akhirnya tidak sempat pulang ke rumah Khadijah pada hari Raya pertama. Khadijah tidak jemu menunggu walaupun sudah jam 12 tengah malam. Akibat terlalu mengantuk, Khadijah pitam dan terjatuh. Kasmah yang menjawab panggilan telefon daripada keluarga Khadijah tetapi tidak memberitahu Hartina. Apakah yang akan berlaku kemudian?
    Pelakon: Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Maimon Talib, Fadhilah Mansor, Ana Dahlia, Amanda Misbun


    Berkalong Noda
    Berkalong Noda (2)

    Kemaafan Yang Tertangguh (3)

    Sudu & Garpu (1)

    Yang Terpuji

    Kemaafan Yang Tertangguh (5)

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Senarai Pencalonan Filem Anugerah Skrin 2011
  • Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009
  • Gambar Grup Selebriti di Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Pasangan Selebriti di Anugerah Skrin 2011
  • Pasangan Selebriti Paling Romantis di Anugerah Skrin 2011
  • Senarai Pencalonan Drama Anugerah Skrin 2011
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Peraduan Menangi 20 Keping Tiket Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 Part 2





  • Drama Komedi Antara Maghrib Dan Isyak

    September 5th, 2011 | Category: Drama, TV3 |
    No Comments »


    ASAM GARAM KELUARGA BERPOLIGAMI DALAM DRAMA BERSIRI ‘ANTARA MAGHRIB DAN ISYAK’

    Menyusuli “Gulai Tempoyak Chicken Chop’ di slot Senda Pagi, nantikan kemunculan drama bersiri komedi ‘Antara Maghrib Dan Isyak’ terbitan Suhan Movies Trading yang mengisahkan asam garam kehidupan keluarga berpoligami 4 lelaki dari pelbagai usia mulai 13 September 2011, setiap hari Selasa dan Rabu jam 11.00pagi.

    Logo Antara Maghrib dan Isyak

    Diarahkan oleh Emi Suffian, drama bersiri 13 episod ini membariskan pelakon-pelakon tanahair seperti Zalfie Raoul, Fathil Dhani, Kazar, Muslee Ramly, Liza Abdullah, Suriati Abu Bakar, Catriona Ross, Arfah Damanhuri, Mummy Kathy, Norseha, Bell Ngasri, Tam Suhaimi, Watie Sadalie, Ilya Senario dan ramai lagi.

    Antara Maghrib dan Isyak 4

    Antara Maghrib dan Isyak mengisahkan dilema Yusri berusia 32 tahun (Zalfie Raoul) yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 7 tahun berkahwin dengan Anita (Suriati Abu Bakar @ Atie). Yusri berasa kagum dengan Haji Seman (Fathil Dhani), Ramlie (Kazar) dan Adman (Muslee Ramly) yang berpoligami.

    Haji Seman (60 tahun) merupakan seorang suami yang sentiasa berusaha untuk berlaku adil kepada kedua-dua isterinya, Hasnah (Arfah Damanhuri) dan Rokiah (Mummy Kathy). Rumah tangga beliau berada dalam keadaan harmoni dan jarang terjadi salah faham serta cemburu di antara kedua-dua isterinya, cuma mereka masih tidak dikurniakan anak setelah lama berkahwin.

    Ramlie (50 tahun) pula menguruskan kedua-dua rumah tangganya dengan garang kerana dia tidak mahu memberi muka kepada isteri-isterinya, Salmah (Liza Abdullah) dan Suraya (Catriona Ross). Maka, rumah tangga Ramlie sentiasa tegang ditambah pula dengan sikap cemburu Salmah yang selalu mencari pasal dengan Suraya.

    Antara Maghrib dan Isyak

    Berlainan pula dengan Adman (45 tahun), dia menangani konflik yang melanda kedua-dua rumah tangganya dengan pelbagai tipu muslihat. Adman sentiasa diburu perasaan bersalah kerana kebaikan isteri tuanya, Mazni (Norseha). Mazni yang masak dengan perangai Adman yang suka berpeleseran membenarkan Adman berkahwin dengan Amelia apabila Adman memberitahunya secara jujur telah jatuh cinta pada Amelia. Ini menimbulkan rasa kurang senang hati isteri mudanya, Amelia (Watie Sadalie) apabila Adman sering berada di rumah Mazni.

    Haji Seman sering menjadi tempat Ramlie dan Adman meminta nasihat. Kehebatan Ramlie dan Adman bercerita tentang kehidupan berpoligami telah menarik perhatian Yusri. Dalam diam-diam, Yusri memasang niat untuk berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan isterinya. Bagaimanapun, tindakan Yusri telah menimbulkan pelbagai masalah terutama dalam membahagikan masa untuk isteri mudanya, Nurain (Lovinia). Yusri hanya berkesempatan menemui isteri mudanya di antara waktu Maghrib dengan Isyak dengan memberi alasan untuk berjemaah di masjid.

    Manakala Adman dan Ramlie yang bosan dengan kehidupan mereka yang tidak pernah aman, berhasrat untuk menambah lagi bilangan isteri masing-masing. Bagaimanapun hasrat Adman dan Ramlie serta perkahwinan rahsia Yusri terbongkar juga dan menimbulkan keributan dalam keluarga masing-masing. Dalam kekecohan tersebut, mereka terkesima apabila heboh memperkatakan kedua-dua isteri Haji Seman telah meminang seorang balu untuk dijadikan isteri ketiga Haji Seman. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

    Jangan lupa saksikan drama bersiri komedi Antara Maghrib Dan Isyak menerusi slot Senda Pagi, setiap hari Selasa dan Rabu jam 11.00pagi mulai 13 September 2011.

    Antara Maghrib dan Isyak 5

    antara Maghrib dan Isyak 1

    Antara Maghrib dan Isyak 3

    Antara Maghrib dan Isyak 2

    Tags: , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Majlis Tahlil Ulangtahun Pemergian Allahyarham Sudirman ke-17
  • Zizan Nin Pegang Watak Hitam Dalam Drama Bersiri Subuh & Maghrib
  • Jemputan Astro Oasis ke Program Qiamullail Perdana Imam Muda
  • Gambar Wahid Senario Kahwin Lagi?
  • Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek
  • Sekitar Majlis Sambutan Awal Muharram Suria FM
  • Trivia: Beg Tangan Siapa Ni?
  • Jimmy Shanley & Suhaila Bertunang 11 Jun Ini
  • Gambar Betty Benafe di Anugerah Skrin 2009
  • Astro Warna












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK