Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Rahsia Payudara Gebu & Anjal!
www.payudara2u.com

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Linda Onn Pengacara Program TV Baru GLAMOR

July 7th, 2008 | Category: Linda Onn, Piere Andrea, Rozita Che Wan, RTM |
7 Comments »


BERSAMA PENGACARA SENSASI, LINDA ONN DALAM RANCANGAN HIBURAN BAHARU ‘GLAMOR’ SETIAP SELASA, JAM 9.00 MALAM DI RTM 1 BERMULA 15 JULAI INI.

‘Glamor’ sebuah rancangan hiburan berbentuk majalah bakal menemui penonton setia RTM1 mulai 15 Julai ini. Apa yang lebih menarik rancangan ini dikendalikan oleh pengacara, juruhebah radio, pelakon juga model terkenal Linda Onn. Rancangan hiburan ini pastinya membekalkan para penonton dengan informasi terkini dunia hiburan tanah air juga antarabangsa. 

Saban minggu, Linda Onn akan membawa para penonton menyusuri tiga segmen menarik iaitu segmen Nuansa, segmen Arena dan juga segmen Klik yang mana Linda Onn akan berbual bicara bersama artis undangan.

‘Glamor’ akan membuka tirai dengan segmen Nuansa dimana di dalam segmen ini ‘Glamor’ akan menemuramah selebriti terkenal tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Ziana Zain, Erra Fazira, Rabbani, Amy Mastura, Piere Andrea, Spider, Dafi, Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Heliza, AC Mizal, Ahmad Idham, Jamal Abdillah, Dina, Ogy Ahmad Daud, Noryn Aziz, Jaclyn Victor, Farawahida, Diana Danielle dan ramai lagi. Dalam segmen ini ‘Glamor’ akan berkongsi perkembangan terkini artis terkenal Malaysia yang bergiat aktif dalam dunia lakonan juga seni suara. Bukan itu sahaja, artis juga akan berkongsi perndapat mereka mengenai isu semasa dunia hiburan tanah air. 

Manakala menerusi segmen kedua iaitu segmen Arena akan menghidangkan berita-berita eksklusif dunia hiburan antarabangsa meliputi Hollywood, Bollywood juga artis daripada seberang. Menerusi segmen ini penonton juga dapat menonton ‘preview’ filem-filem antarabangs. Antara artis antarabangsa yang akan dimuatkan dalam segmen ini adalah Angelina Jolie, Karisma Kapoor, Bipasha Basu, Oprah Winfrey, Tom Cruise, Hillary Swank, Ashwarya Rai, Imran Ajmain, Jennifer Lopez, Julia Roberts, Gwen Steffani, Britney Spears, Will Smith, Johnny Depp, Celine Dion, Marcell, Nicole Kidman dan ramai lagi.

‘Glamor’ melabuhkan tirai siaran setiap minggu dengan segmen Klik dimana seorang artis tempatan akan diundang ke studio bagi membincangan topik perbualan yang telah dipilih bersama pengacara yang cantik menawan, Linda Onn. Antara artis yang akan menjayakan segmen ini dan berbual-bual bersama pengacara topik perbualan piihan adalah Zahid, Ezlynn, Adibah Nor, Ngasrizal Ngasri, Ramlah Ram, Rosyam Nor, Farah AF, Nurfatimah, Jalil Hamid, Ferhad, Deja Moss, kumpulan Kristal dan Zul Yahya.   
  
Jangan ketinggalan menonton ‘Glamor’ sebuah rancangan majalah hiburan yang sarat dengan perkembangan terkini dunia hiburan dalam dan luar negara. ‘Glamor’ sebuah rancangan terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd. akan menghiasi slot Santai pada setiap Selasa, jam 9.00 malam menerusi RTM1, Saluran Inforia bermula 15 Julai ini.

Linda Onn bersama Ramlah Ram

Linda bersama Farah

[tags]sensasi, linda onn, glamor, Dato’ Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Ziana Zain, Erra Fazira, Rabbani, Amy Mastura, Piere Andrea, Spider, Dafi, Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Heliza, AC Mizal, Ahmad Idham, Jamal Abdillah, Dina, Ogy Ahmad Daud, Noryn Aziz, Jaclyn Victor, Farawahida, Diana Danielle, Angelina Jolie, Karisma Kapoor, Bipasha Basu, Oprah Winfrey, Tom Cruise, Hillary Swank, Ashwarya Rai, Imran Ajmain, Jennifer Lopez, Julia Roberts, Gwen Steffani, Britney Spears, Will Smith, Johnny Depp, Celine Dion, Marcell, Nicole Kidman, Zahid, Ezlynn, Adibah Nor, Ngasrizal Ngasri, Ramlah Ram, Rosyam Nor, Farah AF, Nurfatimah, Jalil Hamid, Ferhad, Deja Moss, kumpulan Kristal, Zul Yahya[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Linda Onn Pengacara Kontroversi Tahun 2007
  • Fesyen Linda Onn Rekaan Ezuwan Ismail di ABP2010
  • Gambar Linda Jasmine Pakai Barang Kemas Habib Jewels
  • Gambar Anak Penari Linda Jasmine
  • Gambar Linda Jasmine di Pelancaran Album Nas Adilla
  • Undian Anugerah Bintang Popular Linda Onn Makin Meningkat
  • Gambar Linda Onn di Red Carpet ABP 2008
  • Fahrin Ahmad & Rima Melati Kahwin?
  • DJ Baru Suria FM Linda Onn Dibayar Dua Kali Ganda?
  • Gambar Kenangan Cinta Linda Onn & Fahrin Ahmad





  • Foto Opening Act Konsert Agnes Monica Live In KL

    June 24th, 2007 | Category: Cheryl Samad, Dina, Gambar, Imran Ajmain |
    8 Comments »


    Tanpa opening act mungkin sesebuah konsert itu takkan jadi hangat. Tujuan opening act untuk menghangatkan pentas. Untuk itu, pembukaan perlu diisi dengan lagu-lagu yang ‘panas’, rancak dan mesra di telinga pendengar. Saya hairan mengapa pemilihan lagu tidak dititik beratkan dalam sesuatu opening act bagi satu konsert besar seperti Konsert Agnes Monica Live in Kuala Lumpur. Namun, saya teruja untuk mengenali dengan lebih dekat penyanyi berbakat dari Singapura, Imran Ajmain yang membawa sebuah lagu berentak slow-hip yang ada suntikan medium rap berjudul “Kata Orang”.  Saya keliru dengan imej beliau yang berpakaian serba ringkas dan skema tetapi dalam masa yang sama menyanyikan lagu yang ada unsur rap.

    Imran Ajmain

    Layari laman rasmi Imran Ajmain di http://imranajmain.com . Kalau anda masih ingat, Imran adalah Artis Singapura Terbaik & Artis Lelaki Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2007 yang lalu. Seperti saya katakan pada Taufik Batisah, untuk lebih meluaskan empayar seninya, Imran perlu lebih kerap datang ke Malaysia. Terbaru, Imran Ajmain akan muncul di 07.07.07 Triple 7 Concert Suria FM Green Every Day Concert pada 7 Julai 2007 di perkarangan Parking A, Stadium Bukit Jalil. Anda boleh datang beramai-ramai kerana ramai penyanyi dari Indonesia, Singapura dan Malaysia akan meraikan Hari Hijau Setiap Hari ini. Penyanyi kesukaan saya, Titi DJ pun ada perform nanti.

    Imran membawa lagu Sudah Tu Sudah yang sekarang ni semakin popular di Malaysia. Khabarnya, beliau baru sahaja mendapat penajaan dari Brooks Brothers. Dan pakaian yang dipakai Imran di opening act pun ditaja oleh Brooks Brothers. Sesuai ke? Imej santai… mungkin dia tak nak over sangat kot. Baik pakai cam ni dari pakai T-shirt je kan?

    Sebelum konsert Agnes berlangsung, saya sempat berbual dengan jurukamera Imran, Nur Muhammad. Terima kasih buat Nur sebab dia dah ajar saya untuk menggunakan kamera Nikon D40 untuk mendapat foto yang lebih cantik untuk konsert.

    Kemudian, pentas beralih tumpuan kepada penyanyi berusia 22 tahun dari Labuan, Karen yang memiliki suara persis Datuk Siti Nurhaliza. Mengambil lagu single terbarunya yang rancak, Karen bijak mengawal pentas dengan tarian. Album terbaru Karen berjudul Mulakan katanya mendapat sambutan dari peminat berbangsa Melayu dan Cina. Syabas Karen kerana membuktikan bangsa Cina pun dapat menyanyi lagu Melayu dengan penghayatan jiwa yang baik.

    Alamak pakai singlet lak si Karen ni. Bukan apa, kononnya nak seksi ala Agnes Monica dalam album cover ‘Waddup A’. Ahaks, Tetapi yang saya hairan, Agnes Monica yang biasanya membawa fesyen bersinglet pun tidak mengenakan baju se-seksi ini. Di sidang media yang diadakan sejurus selepas konsert, Agnes ada cakap yang dia ingin menyesuaikan diri dengan keadaan orang Malaysia yang begitu elergik dengan imej seksinya. Jadi, tidak hairan sepanjang konsert, pakaian Agnes Monica agak ‘tertutup’ rapi. Takde banyak yang bukak sana-sini.

    Dia Fadila, penyanyi yang dikatakan ada hubungan cinta dengan vokalis kumpulan Nidji iaitu Giring menyanyi sebuah lagu berentak perlahan. Argh bosan! Rasanya peminat Agnes akan kenal Dia Fadila lebih rapat ke lepas opening act yang biasa-biasa ini? Tiada impak, tiada kejutan. Langsung tidak menarik.

     

    Album terbaru Dia Fadila berjudul Na Na Na Kataku akan memberi kelainan katanya buat peminat.

    Cheryl Samad sebagai hos pada malam itu juga turut menyanyikan sebuah lagu dari album sulungnya. Juga agak tidak mesra dengan pendengaran saya.

    Hanya 4 perkataan yang ingin saya gunakan. Elegan, santai, ceria dan biasa.

    Rap, rap dan rap… hip hop… apa yang dia sebut saya pun tak tahu. Layan je la…

    Selain opening act, beberapa artis kita ada buat selingan untuk beri peluang Agnes Monica tukar baju dan minum air. Antaranya Dina, bintang dari Malaysian Idol yang masih kekal dengan bentuk badan montok dan gempalnya. Dan apa yang saya dengar dari Dina ialah jeritan dan jeritan Dina… mengegarkan telinga. Boleh lawan suara Agnes ke? But still ada irama catchy yang boleh menghiburkan. Juga grup hip hop, Urban Method ada menghiburkan penonton dengan lagu cover version Wajah Rahsia Hati dengan irama hip hop berduet dengan Ogy Ahmad Daud yang tidak hadir pun malam tu.

    Dina

    Foto Agnes Monica buat persembahan akan menyusul selepas ini. Jadi kepada peminat Agnes Monica, stay tuned, okay?

    Dan juga foto-foto yang sempat saya ambil di sidang media sejurus selepas konsert… Berpeluang melihat wajah dan penampilan Agnes dari dekat, saya akui Agnes cun banget, cantik, cute & anggun banget.

    [tags]Konsert Agnes, Dia Fadila, Giring Nidji, Anugerah Planet Muzik, Taufik Batisah, Indonesian artist, Foto Agnes Monica, Profile Agnes Monica, Imran Ajmain, Dina, Malaysian Idol, rap songs, R&N Songs, The Media Hustle, Datuk Siti Nurhaliza, Agnes Monica, Concerts and Events, rahsia cantik, tips cantik, cun, cute, futsal rtm, Concert Suria FM Green Every Day Concert, Konsert Suria FM, gegeriuh, Cheryl Samad, Karen, Indonesian Celebrity Gossips, Titi DJ, Gossip Agnes, jomheboh, fotografi, konsert kuala lumpur, lirik lagu, malaysian concerts, mp3 download[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kejutan Konsert Agnes Monica Live in KL Malam Ini
  • Konsert Agnes Monica di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
  • Agnes Monica dan Bams Samson Bercinta?
  • Konsert Showcase Samsons di Menara PGRM 11 Ogos ini
  • Gambar Agnes Monica Bersama Peminat Brunei
  • Agnes Monica Cinta Dirly Dave?
  • Foto Sekitar Konser Agnes Monica di Stadium Negara
  • Lirik Lagu Allah Peduli – Agnes Monica
  • Konsert Akhir Gangstarz TV3: Flava, The Lima, Infinatez, Mendua?
  • Foto Sekitar Sidang Media Konsert Agnes Monica












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK