Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Rahsia Payudara Gebu & Anjal!
www.payudara2u.com

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Dafi & Marsha Nobat Zarina Juara Idola Buah Hati 2 Fruitale

September 11th, 2011 | Category: Berita, Dafi AF5, Marsha |
No Comments »


Dafi dan Marsha Menobatkan Zarina Sebagai Juara Idola Buah Hati 2 Fruitale Dengan Hadiah Wang Tunai RM5,000

Pertandingan Nyanyian Idola Buah Hati 2 Fruitale telah menutup tirainya dengan menobatkan Zarina Binti Shahrin dari Selangor sebagai pemenang tempat pertama. Pengumuman ini diadakan selepas kesemua sembilan peserta bersaing di peringkat akhir di kompleks beli belah Mydin Mall USJ baru-baru ini.

Peserta-peserta peringkat akhir mewakili bahagian masing-masing iaitu bahagian Lembah Klang, Pantai Timur dan juga bahagian Selatan. Mereka telah dipilih oleh juri yang juga penyanyi tanahair iaitu Dafi dan Marsha semasa ujibakat di bahagian masing-masing. Pemenang peringkat akhir Idola Buah hati 2 pula diadili berdasarkan bakat, persembahan dan kreativiti mereka diatas pentas.

idola_03

Kesemua pemenang hadiah utama Idola Buah Hati 2 bergambar kenangan bersama juri-juri di Mydin Mall USJ.

Finalis terbabit – Mohd Shariff Jaffren, Nur Syazwani bt Parun, Mohd Rashidi Mohamad Isa, Zaina bt Shahrin, Nur Syazwani bt Abu Zarin dan Syamsul Izzudin Alin, Saiful Anuar, Syazwan Shafiq dan Sash mempersembahkan bakat mereka dengan menyanyikan lagu menggunakan lirik ciptaan mereka tersendiri. Untuk menjadikan pertandingan ini lebih mencabar, peserta hendaklah menggunakan instrumental yang disediakan oleh pihak Fruitale sama ada dalam versi; pop, rock, hiphop, R&B dan juga raggae. Seterusnya peserta peringkat akhir juga hendaklah menyanyikan sebuah lagu pilihan mereka untuk menjadikan pertandingan peringkat akhir ini lebih meriah. Mereka bersaing untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah lebih RM10,000 selain hamper rangkaian produk Fruitale.

Juri-juri bagi yang terlibat bagi peringkat akhir termasuklah Dafi dan Marsha sambil dibantu oleh Pengurus Kanan Produk (Divisyen Isirumah dan Penjagaan Diri) Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Angeline Sim bagi pihak Antabax dan Penolong Pengurus Mydin Usj, En. Shazali.

Zarina menjadi pilihan sebagi pemenang setelah berjaya memukau dihadapan juri dengan vokal dan gaya persembahan yang hebat. Persembahan peserta-peserta lain di atas pentas turut menggegarkan pasaraya Mydin dengan vokal yang mantap serta keunikan peserta dalam menyanyikan lirik lagu mereka sendiri.

“Saya berasa sungguh gembira dan sangat bersyukur atas kemenangan yang langsung tidak diduga ini. Pada mulanya saya langsung tiada keyakinan yang saya mampu menang tempat pertama memandangkan peserta-peserta semuanya hebat belaka dengan idea yang kreatif semasa menyanyikan lagu Fruitale. Dengan persediaan yang tak seberapa disebabkan sibuk dengan kerja mengajar di salah sebuah sekolah di Selangor, saya datang untuk final ini dan cuba untuk melakukan yang terbaik,” kata Zarina

“Hadiah wang tunai RM5000 tersebut saya akan gunakan untuk membantu meringankan beban keluarga lebih-lebih lagi ibu saya menghidap barah payudara peringkat ketiga. Mungkin dengan duit ini saya boleh sedikit sebanyak membantu untuk kos perubatan ibu saya. Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai anak sulong untuk membantu keluarga,” tambah Zarina.

Tempat kedua menjadi milik Nur Syazwani binti Parun yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 manakala Mohd Rashidi mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunia RM1,000.

Menariknya Dafi dan Marsha juga turut akan mengadakan persembahan bagi memberi semangat kepada peserta-peserta dan pada masa yang sama peminat-peminat mereka juga bepeluang menyaksikan persembahan artis pujaan mereka.

“Kesemua peserta sememangnya mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian. Bakat mereka seolah-seolah setanding dengan penyanyi popular. Pertandingan seperti ini seharusnya diperbanyakkan lagi bagi mencari menca bakat-bakat terpendam,” kata Dafi.

“Saya sangat teruja dengan persembahan kesemua peserta lebih-lebih tiga pemenang teratas. Gaya persembahan mereka membuatkan saya berasa seolah-olah pertandingan bertaraf antarabangsa. Saya sungguh terhibur dari awal hingga akhir persembahan mereka,” kata Marsha.

Pengurus Kanan Produk (Divisyen Isirumah dan Penjagaan Diri) Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Angeline Sim, berkata Idola Buah Hati 2 tahun ini membuka lebih banyak peluang kepada peserta-peserta untuk mengetengahkan bakat mereka. Tahun ini sememangkan Fruitale menjanjikan suatu kelainan apabila pemenang-pemenang dari Lembah Klang, pantai timur dan bahagian selatan dibawa ke sini untuk bersaing di peringkat akhir.

“Idola buah hati 2 ternyata begitu sengit dimana peserta juga perlu mempromosikan video mereka menerusi ‘like’ di facebook dan markah juga diambil kira. Namun perkara itu tidak melemahkan semangat mereka apabila masing-,masing tampil dengan idea kreatif, ceria dan gaya persembahan yang menarik di peringkat akhir ini,”kata Cik Sim sambil berjenaka.

Menjadi Penyokong Setia Fruitale
Jadilah penyokong dan peminat Fruitale menerusi laman sosial Facebook untuk mendapat lebih banyak maklumat mengenai Fruitale, khasiat ekstrak buah-buahan serta menyertai pelbagai aktiviti menghiburkan serta acara khusus seperti Peraduan Idola Buah Hati 2. Anda turut boleh mendengar gubahan lagu pendek lima finalis pertandingan ini menerusi laman sosial http://www.facebook.com/Fruitale

idola_01

Zarina Shahrin, pemenang Idola Buah Hati 2 ketika membuat persembahan untuk Idola Buah Hati 2 Fruitale peringkat akhir.

idola_02

(dari kiri-kanan) Zarina, Marsha, Dafi dan Puan Angeline Sim(Pengurus Kanan Produk (Divisyen Isirumah dan Penjagaan Diri) Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd) ketika sesi penyerahan hadiah Idola Buah Hati 2 Fruitale.

Senarai Pemenang

1st Zarina Bt Shahrin RM5,000+ Produk Hamper worth RM100
2nd Nur Syazwani Bt Parun RM2,000+ Produk Hamper worth RM100
3rd Mohd Rashidi B Mohamad Isa RM1,000+ Produk Hamper worth RM100

Consolation Mohd Shariff B Jaffren Produk Hamper worth RM100
Consolation Nur Syazwani B Abu Zarin Produk Hamper worth RM100
Consolation Saiful Anuar B Haji Mohd Nordin Produk Hamper worth RM100
Consolation Sashvin Kumar Produk Hamper worth RM100
Consolation Syazwan Shafiq B Rozain Produk Hamper worth RM100
Consolation Syamsul Izzudin B Alin Produk Hamper worth RM100

Tags: , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Terbaru Zarina An Julie Bersosial
  • Profile Marsha Milan Londoh
  • Gambar Marsha Londoh di Anugerah Industri Muzik 18
  • Gambar Marsha di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Gambar Dafi AF5 di Anugerah Era 07
  • Gambar Anak Zarina Zainuddin
  • Gambar Dafi di Majlis Pra Tonton Apa Kata Hati
  • Profile Iesya
  • Gambar Zarina An-Julie Anak Pontianak Liar Hisap Dada Kaki Disco?
  • Gambar Marsha Londoh di Pelancaran Butik Mimpi Kita





  • Gambar Selebriti di Rakaman Paparazi Raya KRU TV 2011

    August 20th, 2011 | Category: Gambar |
    No Comments »


    Gambar Selebriti di Rakaman Paparazi Raya KRU TV 2011

    Pada 11 Ogos lalu, Budiey dijemput untuk melihat rakaman program Paparazzi Aidilfitri anjuran KRU TV yang diadakan di ruang legar, Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dihoskan oleh Neelofa, Sharifah Sakinah, Ana Suzaily dan hos jemputan iaitu Along Raja Lawak yang begitu seronok beramah mesra dengan para selebriti dan jemputan lain untuk berkongsi tentang kisah-kisah Hari Raya mereka.

    Kepada pembaca yang nak tonton program ini, korang boleh layari Portal Tonton sempena Aidilfitri. Layari: www.tonton.com.my

    Bersiaran selama satu jam, Paparazzi Aidilfitri ini akan menampilkan persembahan istimewa daripada penyanyi veteren Aman Shah, Ana Raffali, One Nation Emcees, Farawahida dan artis-artis di bawah naungan KRU Studios iaitu VIP dan Iqa Mentor. Turut hadir, ramai sekali selebriti tanahair. Budiey tak nak senaraikan, korang boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni.

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Arrora Salwa

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Adam

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Fourteen

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Arrora Salwa

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Adira

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    One Nation Emcees

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Elfira Loy

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Zoey Rahman

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Farhan

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Mawi

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Iqa Mentor

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Farawahida

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Neelofa

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Ana Raffali

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Dafi

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Dafi, jangan takut tembam sebab tak tembam pun ni

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Keroz Nazri

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Memey Suhaiza

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Fouziah Gous

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Atilia

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Gambit Saifullah

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Farah Asyikin

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Agak-agak korang, siapa yang duk sebelah Farah Asyikin ni?

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Pengacara Along Raja Lawak dengan Aman Shah

    Rakaman Paparazzi KRU TV

    Sakinan hos Paparazi KRU TV

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Selebriti di Rakaman Melodi Raya 2011 Part 2
  • Gambar Selebriti di Rakaman Melodi Raya 2011 Part 1
  • Gambar Ziana Zain & Mohd di Rakaman Mentor Raya
  • Rakaman Mentor Raya 2011 Musim 5
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • Galaksi Raya 2011
  • Gossip Ana Dahlia & Chef Riz Bercinta?
  • Gambar Mentor & Protege di Rakaman Mentor Raya 2010
  • Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Ifa Radziah di Rakaman Melodi Raya
  • Gambar Dafi di Rakaman Raya Nona & Wanita Hari Ini





  • Showcase ulang tahun ke 16 KRU @ Ruums KL

    July 12th, 2008 | Category: KRU, Rozita Che Wan, Showcase |
    7 Comments »


    Showcase ulang tahun ke 16 KRU akan diadakan pada 25 Julai 2008, bertempat di RUUMS KL jam 8 malam.

    Sempena sambutan ke 16 ini, KRU mengadakan showcase khas untuk orang ramai menyaksikan persembahan dari artis-artis di bawah naungan KRU Studios. Antara barisan-barisan artis yang akan mengadakan persembahan pada malam itu adalah seperti Edry KRU, Aznil, Adam, The Lima, Dafi, Sleeq dan sebuah kumpulan yang di terbangkan dari Sweden iaitu Ladylike.

    Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk hadir ke showcase ulangtahun ke 16 KRU.

    MASUK ADALAH PERCUMA!

    [tags]Edry KRU, Aznil, Adam, The Lima, Dafi, Sleeq, kru, ladylike, george michael, teri hacter, carrie, reese, jake, periuk belanga, serina, malaysia dan brunei, sudu garfu, santai-santai, ceriakan hujung minggu anda, gerak khas, saka, anita sarawak, rozita che wan, ayu raudhah, showcase kru, ruums, kl[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Top Up Tour Nidji Live Showcase in KL di Ruums KL
  • Rakaman Unzipped HUJAN di Ruums KL
  • Showcase Letto di Ruums Kuala Lumpur 27 Julai
  • Promo: Jams With PETERPAN Live in KL
  • Showcase & Pelancaran Album Terbaru Peterpan – Hari Yang Cerah
  • Explosions in the Sky Live In Malaysia at RUUMS KL
  • Showcase Jinbara di Ruums KL & Lagu Lirik Lelaki Ini Anuar Zain
  • Spotted! Promosi Album Letto Meet Fans di MidValley
  • Showcase Meet Uncle Aznil Times Square First World Hotel Genting Highlands
  • Sekitar Showcase Nidji Top Up Tour di Ruums KL












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK