Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Bob Kuman Meninggal Dunia

May 3rd, 2012 | Category: Artis Meninggal |
No Comments »


Bob Kuman Meninggal Dunia

Pada petang tadi, industri seni Malaysia telah dikejutkan dengan berita kehilangan seorang lagi insan seni bernama Bob Kuman yang telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang. Beberapa minggu lepas, berita palsu Bob Kuman telah tersebar melalui twitter dan Facebook namun pada hari ini, berita kematian ini telah disahkan benar-benar berlaku.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

Pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara, di sini pada Khamis.

Jiran Allahyarham, Mazidul Akmal Sidek ketika ditemui berkata, Bob telah menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Norma Ibrahim dan beberapa kenalan rapat.

Mazidul memberitahu, kematian Allahyarham telah disahkan oleh dua pegawai perubatan daripada Hospital Sungai Buloh yang tiba di kediamannya kira-kira pukul 4.30 petang.

“Sebelum pegawai perubatan daripada hospital tiba, anak saudara saya yang kebetulan berada di rumah Bob telah cuba memberikan bantuan pernafasan selama 20 minit namun disahkan Allahyarham telah meninggal dunia. Kehilangan Bob adalah sangat mengejutkan kerana saya baru sahaja bertemu dengannya kira-kira dua minggu lalu dan dia kelihatan sihat walaupun terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan. Bagaimanapun sebagai seorang Islam dan rakan rapat saya redha dengan pemergiannya,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Mazidul, pelakon itu meninggal dunia akibat komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair.

bob lukman

Allahyarham Bob Kuman

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Kota Damansara Seksyen 5 di sini untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sawah, Negeri Sembilan selepas solat Isyak untuk dikebumikan.

Rakan baik Allahyarham, Emri Shamreza Che Embi berkata, jenazah akan dikebumikan selewat-lewatnya pagi esok di tempat asalnya atas permintaan keluarganya.

“InsyaAllah jenazah akan diuruskan terlebih dahulu sebelum di bawa pulang ke kampung halamannya atas permintaan keluarga sebelum dikebumikan selewat-lewatnya pagi esok (Jumaat),” katanya.

Terdahulu, Bob pada 21 April kesal apabila ada pihak menyebarkan fitnah terhadap dirinya dengan mengatakan dia telah meninggal dunia sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan masyarakat.

Antara rakan artis yang hadir menziarahi Allahyarham adalah Amy (Search), Aqasha, Zain (Ruffedge), Harun Salim Bachik dan kenalan rapat pelakon itu. via Mstar Online.

bob kuman meninggal

Video lawatan Ustaz Abdul Hadi Awang beberapa minggu

Tags: , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Bob Kuman Selamat Dikebumikan
  • Isteri Sabri Yunus Meninggal Dunia
  • Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia
  • David Teo Mohon Maaf Secara Terbuka
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • Ayah Achik Spin Meninggal Dunia
  • W.S. Rendra Meninggal Dunia
  • Nasir Anak P Ramlee Meninggal Dunia Petang Tadi
  • Penyanyi Veteran Hasnah Haron Meninggal Dunia



  • Profile Pelakon dan Penyanyi Betty Banafe

    July 28th, 2008 | Category: Betty Benafe, Drama, Profil Selebriti |
    9 Comments »


    Betty Banafe
    Artis serba boleh ini tidak mengambil masa lama dikenali ramai. Selepas lima tahun dia mula mencipta nama tersendiri. Berlakon dan menyanyi sudah sebati dalam diri Betty Banafe mengikut jejak langkah bapanya seorang ahli muzik berbakat antarabangsa, Abu Bakar Banafe. Selepas album pertama Ibtisam, bakat Betty semakin menyinar di Negara Timur Tengah. Irama padang pasir ini juga digemari oleh peminatnya di Malaysia. Kini Betty dalam proses untuk menerbitkan album kedua.

    NAMA : Ibtisam Sekh Abu Bakar @ Betty Banafe
    TEMPAT LAHIR : Johor Bahru
    STATUS : Single
    PENDIDIKAN : B.A Mass Communication
    (Public Relations Major)
    BAHASA PERTUTURAN : BM, Inggeris, Arab & Jawa
    HOBI : Melancong, Menyanyi, Berlakon Pentas, Seni Persembahan
    SUKAN : Archery, Golf, Berenang, Futsal, Horse Riding
    TINGGI : 165 cm
    BERAT : 50 kg

    KERJAYA SENI
    BUAI LAJU¬LAJU, Pengarah : U¬Wei Hj. Shaari, Jun 2003, Kuala Lumpur
    Menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia, filem bertemakan drama-thriller ini juga menembusi festival filem di serata Negara seperti Cebu Film Festival di Filipina, Indian Film Festival, Bangkok Film Festival, Film Festival dan Rotterdam Film Festival. Betty Banafe turut berlakon bersama Eman Mana dan Khalid Salleh.

    FATHER, Pengarah : Aziz Satar & Baldev Singh, Februari 2004, Kuala Lumpur
    Telemovie termahal diterbitkan di Malaysia, dalam bahasa Inggeris, lakonan bersama pelakon Bollywood Kabir Bedi. Father diterbitkan dalam bentuk VCD dan diedarkan di arena antarabangsa.

    LORONG NEREKA, Pengarah : Ellie Suriaty Omar & Adlin Aman Ramli, April 2004, Kuala Lumpur
    Teater amal ini dipentaskan tujuh hari seiring dengan promosi kerajaan untuk Kempen Sosial Remaja di auditorium MTC. Projek ini menerima liputan meluas media dan kehadiran Betty mulai dirasai.

    HERING, Pengarah : A.Wahab Hamzah, Julai 2003, Kuala Lumpur
    Persembahan teater monolog ini dipentaskan di Muzium Antarabangsa sempena Festival Seni Nasional Malaysia 2003.

    DEMI ZAITUN, Pengarah : Dato’ Nordin Hassan
    Betty memegang watak Tina, mengisahkan perjalanan hidupnya dipentaskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

    SARAH, Pengarah : Dato Nordin Hassan, 2006, Kuala Lumpur

    TV DRAMA & TELEMOVIES
    Delima Wanita, Musim 8, TV1, Disember 2006
    Episode 3, “Leka di ulit mimpi” – Betty sebagai Azimah.

    Tak Pulang Nak Pulang, TV1, Ogos 2006
    Telemovie untuk hari raya

    Bila Rama-rama Terkopak Sayapnya, TV1, Mei 2006
    Drama bersiri 26 episod – Betty sebagai Ani

    Sifu, TV1, 2005
    Telemovie terbitan RTM

    Senario, TV3, Julai 2005
    Sebagai artis jemputan.

    Symbiosis, TV3, Mac 2005
    Drama bersiri 24 episod untuk slot Samarinda.

    Yang Tulus, TV1, Januari 2005
    Berganding dengan Eman Manan, heronya dalam filem Buai Laju¬laju.

    Aleya Maisarah, TV3, 2004
    Betty sebagai Aleya Maisara. Telemovie ini mendapat sambutan, mencapai rating 3 juta penonton.

    Hijab & Kabur, TV1, 2003
    Drama bersiri 15 episod.

    Hijrahku, TV3, 2003
    Telemovie.

    Talkin Syahadah, TV3, 2003
    Telemovie.

    Kepulangan, TV3, 2003
    Istimewa siaran Hari Raya

    Kiranya Ku Tahu, TV3, 2002
    Drama bersiri lebih 26 episod. Sebahagian penggambaran di England dan Sri Lanka. Lakonan Betty bersama hero Malaya Rosyam Noor.

    I’m Muslim, TV2, 2002
    Istimewa siaran Hari Raya.

    Lady Anne, TV3, 2002
    Telemovie istimewa siaran Hari Raya Special.

    Nenek Sidah Dr. Syakila, TV1, 2002
    6 episod.

    Fakulty, TV1, 2001
    Drama episod.

    Dari Maisara ke Qistina, TV1, 2001
    Drama episod.

    Cats, TV India, 2001
    Telemovie terbitan antarabangsa difilemkan di India.

    Cikgu Siti, TV1, 2000
    Telemovie.

    Shahsuddin, Siva & Partner, TV1, 2000
    Sitkom 13 episod. 
     
    Nur Penyuluh Alam, NTV7, 1999
    Drama 24 episod istimewa untuk siaran Ramadhan.

    VARIASI DI TELEVISYEN
    MUSIC@RIA, ASTRO, 16 Januari 2007
    Artis undangan.

    MHI, TV3, Januari 2007
    Artis undangan.

    Stanza Dunia 07, TV1, Disember 2006

    Malam Ini, TV9, Oktober 2006
    Artis undangan rancangan muzikal diacarakan oleh Aziz Satar bersama Nash.

    Latido Raya, TV9, September 2006
    Artis undangan sempena Hari Raya.

    Muzikal Raya, TV1, September 2006
    Rancangan muzikal untuk Hari Raya.

    Wanita Hari Ini (WHI), TV3, September 2006
    Artis undangan.

    Konsert Rentak Syawal, TV9, Ogos 2006
    Betty acted as compares with Faizal Ismail (Hot FM) in this raya programmed.

    Malaysia Hari Ini (MHI), TV3, Julai 2006
    Artis undangan

    Nona, TV3, Mei 2006
    Artis undangan di ruangan kesihatan.

    Usik-usik Chef Wan, TV9, May 2006
    Artis undangan rancangan bual bicara.

    Panaroma, TV1, 2005
    Betty mengacarakan rancangan dokumentari bersiri ini.
     
    Raya Haji Special, 2005
    Penampilan istimewa Betty sempena Hari Raya Haji di Radio Johor, menyanyi diiringi kumpulan gambus Al¬Ikhwan.

    Gempak, TV1 2005
    Siaran langsung di RTM sempena tahun baru 2005. Betty dan Sharifah Shahira sebagai pengacara namun dihentikan kerana berlakunya Tsunami.

    Idola
    Rancangan bual bicara 24 episod.
     
    Akarasia, Astro RIA, 2002
    Pengacara Docu-Magazine 24 Episod.

    HMI, TV1, 2002
    Penyanyi jemputan.

    Juara Minda, TV1, 2000¬2001
    Pengacara bersama untuk game show.

    IKLAN TV & CETAKAN
    Habib Jewels, Essential Milk, Courts Mammoth, KFC, Sunlight Dishwasher, Dutch Lady.

    IKLAN
    Sony, Dermasoft, Golden Vally Condo, Neutragena, Courts Mammoth, MIMOS.

    PERSEMBAHAN
    Pembukaan Street@KL Downtown oleh KL Downtown & Pengasih di Velodroom Bandar Tun Razak, 10 Januari 2007.
    Hanya satu-satunya artis dijemput membuat persembahan oleh KL Downtown & PENGASIH. Dirasmikan oleh Dato Norza, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan

    Tahun Melawat Malaysia 2006, Bukit Bintang, oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Ogos 2006

    Betty membuat persembahan di acara bergerak dibawakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia.

    Show GP Tour, anjuran Suria FM di Dataran Merdeka sebagai penyanyi undangan. September 2006.

    Perjumpaan Hari Raya – Utusan, Crowne Plaza Mutiara, 9 November 2006

    Rumah Terbuka Mangga, Saloma Bistro, 10 November 2006

    Rumah Terbuka Melodi – TV3, Sheraton Subang, 12 November 2006

    Monsoon Cup Terengganu, oleh ASTRO, 2 Disember 2006

    [tags]profile betty banafe, drama, filem, sharapova panties, short skirt, slimfit, tennis ball, tennis fashion, tennis skirt, venus williams, internet connectivity, bob, colourful, firebug, free, great, premium, simple pro, smashing magazines[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Betty Benafe di Festival Samrah Bintang Walk
  • Betty Benafe Kahwin VIP?
  • Gambar Betty Benafe Ibu Tiri Drama Yusuff
  • Hot In Cleveland
  • Kereta Betty Benafe Hilang Dicuri
  • Gambar Fesyen Seksi Buka Dada Betty Benafe di AJL24
  • Filem Haru Biru: Sinopsis
  • Fesyen Songket Betty Benafe di Pelancaran Mingguan mStar
  • Azizan Nin, Daphne Iking, Hannah Tan Dalam Road Home with Smiles
  • Gambar Betty Benafe di Anugerah Skrin 2009








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK