Ini dia gambar Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi yang telah ditangkap khalwat bersama dengan Norman Hakim baru-baru ini. Untuk info korang yang tak kenal Memey nih, Memey adalah seorang pelakon yang telah menjayakan drama bersiri 12 episod, Lara Rindu Mahsuri di samping pelakon-pelakon hebat lain iaitu Norish Karman, Eman Manan, Sherry Ibrahim dan Kartina Aziz di TV3. Lakonan Memey biasa-biasa saje. Tapi muka dia lawa dan manis giler. Sejibik macam Foujiah Gous.
Pendatang baru tapi gossip pasti akan ada untuk menaikkan nama Memey. Selain gempar dengan kontroversi menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Abby Abadi dan Norman, Memey juga pernah dikatakan lupa diri sedikit masa lalu. Sebabnya ada orang kata dia bergaduh dengan ibu saudaranya, Darling Ngasri yang membantu untuk menaikkan nama Memey dalam bidang lakonan. Macam kacang lupakan kulit. Kesian kat Memey masa tu… sebab dia kata, dia takdelah nak bergaduh. Kata Memey, sebenarnya itu hanya salah faham tapi pihak media yang membesarkan cerita tersebut. Memey dan Darling okay.
Gambar ini diambil ketika pelancaran drama Akukah Tanggang? dan Lara Rindu Mahsuri yang diadakan di Ole-Ole Bali, Sunway Pyramid… masa ini kami tengah gempar dengan tragedi Fasha Sandha diserang oleh media yang mahu memboikot Fasha.
Semoga Abby Abadi tabah menghadapi dugaaan. Saksikan Melodi TV3 hari ini untuk menonton TERJAH abang Nas bersama Norman Hakim. Apa jawaban Norman Hakim selepas kebenaran yang dimahukan telah diterlaksana?
Cantiknya Memey, manis kan?
Fasha Sandha Wannabe?
[tags]gambar memey, suhaiza suhaimi, photo, foto memey, norman hakim tangkap basah, gambar norman, langkawi, koh samui, travel, jawi, berita, sensasi[/tags]
Kumpulan vokal berkumpulan yang lahir dari program realiti Gang Starz di TV3, Infinatez kini kembali dengan single kedua, Ada Masa.
Pelancaran album single mereka yang berlangsung pada 21 Jun lalu memuatkan empat buah lagu iaitu Paparazzi, Ada Masa, Sayang Kinabalu (A cappela) dan lagu Paparazzi yang menampilkan Cat Farish. Video MTV Lagu Paparazzi juga turut dimuatkan dalam album ini sebagai bonus dan kepuasan peminat.
Berpeluang bertemu dengan kumpulan yang terdiri daripada lima anak muda ini di Karnival Hotlink Bersama Gang Starz di Astaka Taman Tasik Titiwangsa semalam, Budiey sempat berbual tentang lagu Ada Masa dengan salah seorang anggota Infinatez yang paling genit tetapi besar bakatnya, terutama dalam penciptaan lagu iaitu Alvin.
Terima kasih juga kepada Alvin kerana sudi menghadiahkan album single Infinatez kepada Sensasi Selebriti.
Lagu berentak balada yang berkisarkan kisah peribadi dan pengalaman hidup Alvin ini dicipta pada tahun 2006. Tema ‘rindu’ dalam lagu ini menceritakan tentang perasaan kekasih yang begitu sedih dan terlalu rindu di saat berjauhan dengan kekasihnya. Sedangkan kekasihnya yang jauh itu tidak menunjukkan apa-apa respon dan tidak merasakan apa yang kekasihnya sedang rasa. Intro lagu ini meminta kekasihnya membayangkan bagaimana keadaan hidup tanpa kekasihnya.
Dalam lagu ini ada harapan yang disandarkan semoga kekasihnya datang kembali kepadanya dan mahu meminta maaf atas segala kesilapan yang dilakukan. Selain berjanji akan lebih memahami dan sentiasa membuatkan diri kekasih ceria, dia berjanji tidak mahu akan mengulangi kesilapan.
Alvin mengambil masa selama dua hari untuk menyiapkan lagu ini. Dengan menggunakan gitar, Alvin terus merakam lirik dan lagu dalam pada masa yang sama.
Secara peribadinya, Alvin menujukan lagu ini kepada seseorang yang teristimewa. Pada mulanya, Alvin memilih tajuk Maafkan Aku tetapi tajuk seperti itu agak klise dan Ada Masa adalah pilihan yang tepat.
Lagu ini disampaikan dengan penuh perasaan oleh kesemua anggota.
Kenapa pilih nama Infinatez?
Infinatez berasal dari gabungan dua perkataan iaitu Infinity (tiada batasan) dan Innate (bakat dan kebolehan). Apabila digabungkan ia membawa maksud bakat yang tidak ada sempadannya. Terdiri dari Rafiq, Andy, Shah Hans, Alvin dan Daneal, Infinatez juga boleh dikenali melalui website mereka di www.infinatez.com
Selain sibuk dengan persembahan, Infinatez kini sedang sibuk mengumpulkan lagu untuk menyiapkan album penuh mereka. Di bawah label Euphonious Entertainment Sdn Bhd, Infinitez akan masuk studio pada bulan Ogos ini. Infinatez merupakan artis pertama Euphonius Entertainment selain sebuah kumpulan nasyid.
Sebutkan 4 keistimewaan Infinatez:
Punya karakter dan berlainan dari segi attitude & fizikal
Mementingkan gabungan harmoni vokal
Semua ahli berbakat dalam mencipta lagu
Berbakat dalam lakonan. Terbukti dalam teater muzikal P. Ramlee, Infinatez berlakon sebagai paparazzi.
Semalam, Infinatez menghiburkan pengunjung Karnival Hotlink dengan tiga buah lagu iaitu Paparazzi, Ada Masa dan sebuah lagu Acapella. Hari ini, jam 3 petang Infinatez akan mengadakan persembahan di Mydin Subang Jaya untuk satu charity Show untuk anak yatim.
[tags]infinatez, Rafiq, Andy, Shah Hans, Alvin, Daneal, album infinatez, ada masa lyric, download, imeem.com, gitar, gossip, berita, bernama tv, sayang kinaballu, daki gunung, foreign, exchange trade, funds supermarket, fx online[/tags]
Ketika Majlis Hi Tea anjuran Lord’s Tailor petang sebelum berlangsungnya ABP 2007, Budiey sempat mendengar temubual media bersama pasangan hangat, siapa lagi kalau bukan Bintang Paling Popular 2007; Asmawi Ani dan pelakon Ekin.
Mawi telah mengaku dan berterus terang yang dia dan Ekin sedang bercinta dan Ekin adalah wanita paling special dalam hidup Mawi setakat ini. Setelah gossip mereka bercinta tersebar, gossip lain yang Budiey dengar selepas itu mengatakan pasangan sejiwa ini akan mendirikan rumah tangga pada bulan Disember tahun ini.
Namun, Mawi menafikan yang mereka merancang untuk menikah tahun ini. Sekiranya ada jodoh, mereka akan langsungkan tak kira cepat atau lambat. Kalau lambat, lambatlah. Itu kata Mawi. Kalau ada jodoh, Budiey nak doakan Mawi dan Ekin bahagia. Itu saje.
Apa yang Istimewanya Ekin di Mata Mawi?
Ciri-ciri yang Mawi mahukan ada pada Ekin di mana Ekin jenis orang yang senang berkawan, ceria, gila-gila sikit, sekiranya ada masalah, Ekin matang dalam menanganinya, menolak ke tepi dan tidak terlalu serius.
Pernah Keluar Dating? “Pernah keluar makan-makan di kedai mamak. Memang ada kami bertemu tetapi kami tidak keluar berdua sebaliknya kami akan keluar beramai-ramai bersama kawan Mawi.”
Mawi dan Ekin Pernah Dating di KLCC?
Pasangan ini pernah dilihat bertemu di KLCC tapi dinafikan oleh mereka. Cerita ini tidak benar.
Adakah betul cara Ekin berpakaian dikawal oleh Mawi?
Kalau sesuai di hati Ekin, sesuailah di hati Mawi.
Hadiah Istimewa dari Mawi?
Semasa Mawi berada di luar negara, selalunya memang ada hadiah akan diberikan kepada Ekin.
Apa komen Ekin dengan pengakuan Mawi? “Tak sangka Mawi akhirnya mengaku dan berterus terang depan media semua yang saya adalah teman istimewa Mawi. Saya terkejut sampai tak dapat cakap apa, kelu lidah dan rasa terharu sangat.”
Apa Pula Reaksi Peminat?
Budiey menerima banyak reaksi peminat berikutan dengan pengakuan ini. Ada yang negatif dan ada yang positif. Ada yang suka, ada yang tak suka. Tak kurang ada yang meluat mengatakan pengakuan tersebut sekadar mahu melariskan nama mereka. Ye lah senang nanti nak dapatkan penaja untuk majlis kahwin. Ada yang cakap, saje pilih ABP untuk menaikkan hype dan melariskan diri mereka.
Budiey juga perhatikan ramai yang tak bersetuju Mawi menang besar dalam Anugerah Bintang Popular. Ramai yang cakap, Ekin tak sesuai dengan Mawi.
Walaupun ramai yang meluat dengan pengakuan Mawi, namun pasangan sehati sejiwa ini tak kisah orang nak cakap apa. Asalkan hati mereka bahagia sudahlah. Kepada Mawi, kalau dah suka tu, cepat-cepatlah langsungkan ya. Tak baik simpan lama-lama, air pun dah penuh kat kepala! Ops!
[tags]mawi, ekin, cinta, tips sayang, kasih sayang, gambar ekin, abp 2008, temubual, ekslusif, gambar kereta mawi, michael shu, batik glamer, wedding mawi, ekin kahwin, sponsor blog[/tags]
Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.
A passionate lover of capturing candid and treasured event moments and any functions worth making a memory of.