Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Rahsia Payudara Gebu & Anjal!
www.payudara2u.com

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Senarai Penyampai Trofi & Persembahan Anugerah Industri Muzik 15

April 28th, 2008 | Category: Anugerah Industri Muzik |
11 Comments »


Tinggal lima hari lagi, iaitu tanggal 3 Mei ini, Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bakal menyaksikan satu lagi acara anugerah penuh gilang gemilang khusus untuk mengiktiraf hasil kerja karyawan tempatan khususnya dalam bidang muzik.

Inilah juga masanya untuk pengiat seni berkumpul di satu lokasi sekali gus meraikan pencapaian teman seperjuangan yang bertungkus lumus menghasilkan kerja seni yang terbaik supaya industri muzik tanah air terus relevan dan tidak tersungkur dek pelbagai tekanan yang menerjah.

Sebagai acara penuh glamour dan bertaraf Anugerah Grammy, Anugerah Industri Muzik ke 15 bukan sekadar mempamerkan persembahan artis terkenal tetapi turut menyelitkan acara permaidani ‘biru’ untuk artis dan selebriti yang diundang, bergaya sakan dengan penampilan mewah dan bercitarasa tinggi. Mengapa permaidani biru? Yea, sudah tentu kerana penaja utamanya Celcom!

Bakal dipancarkan secara langsung oleh Stesen TV Rasmi AIM15, NTV7 pada jam 9 malam dan dapat didengarkan secara langsung melalui Stesen Radio rasmi Hot FM & Fly FM, antara artis yang akan memperdengarkan kelunakan vokal mereka terdiri daripada:

  1. Anuar Zain
  2. Atilia
  3. Boomerangx
  4. Dafi
  5. Dato’ Siti Nurhaliza
  6. Dayang Nurfaizah
  7. Estranged
  8. Faizal Tahir
  9. Fiq (Mentor)
  10. Hazami
  11. Karen Kong
  12. Mawi
  13. Pop Shuvit
  14. Rahim Maarof
  15. Suki

Budiey dikhabarkan Dato’ Siti Nurhaliza akan mengenakan pakaian rekaan dari Azura. Harapnya rekaan kali ini tidak sama dengan busana yang pernah dipakai Siti di Anugerah Planet Hollywood.

Untuk persembahan Siti, Budiey ada dengar Siti diletakkan dalam satu segmen khas bersama dengan Dayang Nurfaizah dan Atilia di mana mereka ditugaskan untuk membawa sebuah lagu yang popular sepanjang 25 tahun dalam industri muzik Malaysia. Bermakna, Siti tidak akan membawa lagu sendiri. Mungkin Siti akan bawa lagu dari lagenda muzik Malaysia. Untuk Atilia, Budiey rasa pasti penyanyi itu akan membawa lagu ibunya sendiri, Salamiah Hassan.

Kesemua persembahan yang pastinya hebat ini akan diiringi oleh kumpulan pemuzik profesional, diketuai oleh Pengarah Muzik, Aubrey Suwito. Pasti muzik lebih gempak!

Manakala barisan artis yang diberi peluang dan penghormatan untuk menyampaikan trofi kepada pemenang-pemenang pada malam kemucak AIM15 nanti terdiri daripada:

  1. Alif Aziz
  2. Anne (Hot.FM)
  3. Ben (Fly.FM)
  4. Daniel Lee
  5. Datin Julie Sudiro
  6. Diddy
  7. Dr Fazley
  8. Elyana
  9. Farawahida
  10. Kartini (Hot.FM)
  11. Mila
  12. Pete Teo
  13. Sean Ghazi
  14. Shebby Singh
  15. Sohaimi Mior Hassan

Majlis penuh gilang gemilang dan paling berprestij untuk mengiktiraf hasil kerja penggiat industri muzik ini akan dihoskan oleh pengacara hebat dan sensasi iaitu Afdlin Shauki dan Adibah Noor. Setengah jam sebelum malam kemuncak disiarkan secara langsung, ntv7 juga akan menyiarkan lintas langsung acara ‘karpet biru’ sebagai Kemuncak.

Bagi peminat di luar sana yang masih belum mendapatkan tiket untuk menyaksikan AIM15 boleh berbuat demikian dengan menghubungi Cik Sha di talian 03- 4044 5388 untuk membuat tempahan tiket AIM15.

Semoga Kemuncak AIM 15 nanti bakal menghidangkan sebuah persembahan hebat untuk santapan semua peminat seni muzik tanahair. Kepada pembaca Sensasi Selebriti yang join, kita jumpa di sana ya!

[tags]show aim15, anugerah industri muzik, pemenang aim15, keputusan pemenang, Alif Aziz, Anne Hot.FM, Ben Fly.FM, Daniel Lee, Datin Julie Sudiro, Diddy, Dr Fazley, Elyana, Farawahida, Kartini Hot.FM, Mila, Pete Teo, Sean Ghazi, Shebby Singh, Sohaimi Mior Hassan, Anuar Zain, Atilia, Boomerang, Dafi AF, Dato’ Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Estranged, Faizal Tahir, Fiq Mentor, Hazami, Karen Kong, Mawi, Pop Shuvit, Rahim Maarof, Suki, NTV7, salamiah hassan[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Diana Danielle, Mawi, Liyana Jasmay Antara Penyampai Trofi AIM17
  • Gambar Amy Search di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Gambar Safura di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Gambar Datuk Sharifah Aini di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Sekitar Sidang Media Shout! Awards Perkenalkan Penyampai dan Persembahan
  • Senarai Giliran Persembahan Anugerah Juara Lagu 22
  • Gambar Siti Nurhaliza @ Anugerah Industri Muzik 1998
  • Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular 2007
  • Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular 2010





  • Gambar Selebriti di Karpet Merah @ ABP 2007

    April 1st, 2008 | Category: Anugerah Bintang Popular, Gambar |
    18 Comments »


    Dengan tema Batik Glam, selebriti ternama tampil bergaya dengan fesyen rekaan pereka terkenal di karpet merah. Ada yang kena dan ada yang tak kena. Macam-macam fesyen ada. Apa-apa pun, Budiey suka dengan rekaan sederhana yang tidak menyemak mata memandang. Antara selebriti yang mendapat perhatian Budiey ialah fesyen gaun Fara Fauzana (suka betul dia menang), Ning Baizura (tetap meletop), Diana Danielle (pelakon Evolusi KL Drift ni pakai apa-apa pun nampak cantik), Marsha (sentiasa mahu seksi), Heliza (terlalu meriah sangat warna tapi tetap sopan macam puteri jawa)�dan Siti Nurhaliza (terlalu kebiru-biruan?)

    Dek terlalu banyak gambar, nampaknya Budiey terpaksa pecahkan kepada 3 entri. Dan ini adalah entri pertama untuk fesyen di karpet merah.

    Berikut ini, selebriti yang sempat Budiey jumpa dan tanya tentang fesyen dan pereka yang terlibat. Kata Fizow dari Hero Remaja yang bergandingan bersama dengan Ainul (pelakon Nana Tanjung) telah mendapat rekaan dari Azura Couture, Ashraf Muslim dan girlfriendnya; Sherry pakai baju Wan Huzairil, Fara Fauzana pakai baju Rizalman, Intan Ladyana pakai baju Nazrin Idris, Irma Hasmie pakai baju batik glam Michael Choo, Nita penyanyi yang dikatakan bercinta dengan Zahid pula mengenakan baju rekaan Arnizam, Liza Hanim memakai baju Calvin Thoo, masa persembahan lagu Luka Terpendam Liza pakai baju Daniel Chong, Heliza AF dan Farah Asyikin pekenakan baju Puri Pesona, Noryn – baju Calvin Thoo, Atilia – baju Bill Keith, Julia Ziegler pakai baju Hatta Dolmat, baju Bob ketika persembahan lagu Jangan Bersedih direka oleh Zery Zamry, Kenchana Dewi memakai baju seksi rekaan Irwan.

    Pereka fesyen glamour dan vogue; Amir Loqman mereka baju Nor Khiriah, Dynaz (masa persembahan) dan Amylea. Paling menarik, kasut Ning masa persembahan penutup yang teramatlah panas dengan api-api sana sini. Kasut tu ditempah dan dibuat sendiri oleh Ning Baizura, manakala baju yang glitters tu direka oleh Farah Khan. Wow! Menggilits habis!

    [tags]gambar selebriti, red carpet, abp2007, hollywood, oscars, Fizow, Hero Remaja, Ainul, Nana Tanjung, Azura Couture, Ashraf Muslim, hot girlfriend, Sherry, Wan Huzairil, Fara Fauzana, Rizalman, Intan Ladyana, Nazrin Idris, Irma Hasmie, batik glam, Michael Choo, Nita nude, Zahid, rekaan Arnizam, Liza Hanim, Calvin Thoo, lirik Luka Terpendam Liza, youtube show, Daniel Chong, Heliza AF, Farah Asyikin, Puri Pesona, Noryn, baju Calvin Thoo, Atilia, Bill Keith, Julia Ziegler, Hatta Dolmat, guamuzik, portal music[/tags]

    DIANA DANIELLE & SYAMSUL YUSOF

    NING BAIZURA & OMAR

    ERRA FAZIRA & ENGKU EMRAN

    ROSMA & KHAI

    OGY AHMAD DAUD

    budiey

    PENYIBUK!

    RAJA AZURA

    NABIL RAJA LAWAK 2

    WAHE & ANNE

    LIZA HANIM

    NURUL

    MARSHA MILAN LONDOH

    HELIZA BEGHEH

    NORA DANISH

    FASHA SANDHA

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Selebriti di Karpet Merah FFM21
  • Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABP 2007
  • Gambar Kartini Pengacara 3R Musim Terbaru di Anugerah Skrin 2007
  • Gambar Hans Isaac di Red Karpet Anugerah Skrin 2007
  • Elly Suriati Yang Meletop!
  • Gambar Selebriti di Karpet Merah Anugerah Skrin 2008
  • Gambar Stacy di Karpet Merah ABPBH2010
  • Gambar Mia Sara Nasuha di Karpet Merah ABPBH2010
  • Gambar Faezah Elai Karpet Merah ABP2010
  • Gambar Lisa Surihani di Karpet Merah ABP-BH 2009





  • Nora Danish & Ijoy Pemenang Pakaian Paling Glamour ABP 2007

    March 31st, 2008 | Category: Gambar, Nora Danish, Sharifah Shaheera |
    30 Comments »


    Entri ini khas buat Syida dan pembaca tersayang sekalian yang tertanya-tanya siapakah selebriti yang memenangi gelaran MOST GLAMOUROUS FEMALE & MALE untuk Anugerah Bintang Popular 2007.

    Pengumuman telah dibuat di post party ABP 2007 yang diadakan di Ballroom, Hotel First World dan disampaikan oleh boss besar Berita Harian.

    Tahniah, Budiey ucapkan kepada Nora Danish kerana telah mendapat gelaran Pakaian Wanita Paling Glamour dan Ijoy (suami kepada pelakon Sharifah Shahira) kerana dapat memikat hati juri untuk gelaran Pakaian Lelaki Paling Glamour! Setiap seorang daripada mereka menerima wang tunai bernilai RM10,000. Wow! Banyak tu?

    Kalau tak silap Budiey, pereka fesyen untuk baju Nora Danish ialah Norazura Mazaruddin. Manakala baju Ijoy pula direka khas oleh Hazwani Osman. Tahniah buat kedua-dua pereka. Memang nampak elegan. Tapi hairan juga, elemen batik glam untuk pakaian ini kurang menyerlah dan tampak terlalu minima? Atau pemilihan cuma dibuat atas dasar menepati gaya elegan dan ‘glamour’?

    NORA

    Kenapa pakaian Fasha Sandha tak menang? Budiey lihat pakaian Fasha Sandha pun tak kurang glamour dan cantik! Tapi dah tuah dan rezeki Nora Danish. Budiey tak terserempak pun dengan Fasha di Post Party, jadi gambat Fasha pun tak bolehlah disiarkan di sini sebab memang takde dalam simpanan pun.

    [tags]gossip fasha sandha, gaduh nora fasha, ijoy, sharifah shahira, gambar post party, abp 2007, gambar mawi ikin, gossip mawi, ikin kahwin mawi, makna, cancer concert, atilia, siti sarah, picc, foto bikini nia ramdhani, most glamour celebrity, female sex, male hormone[/tags]

    nora danish

    IJOY

     

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Mesra Nora Danish & Shahrul Tersebar
  • Gambar Anak Nora Danish
  • Nora Danish Namakan Anaknya Putera Raiqal Ramli Bin Rizal Ashram Ramli
  • Gambar Anak Nora Danish di Majlis Aqiqah
  • Jawapan Trivia: Perut Berisi Nora Danish
  • Pelakon Nora Danish Bersalin Dapat Anak Lelaki
  • Gambar Nora Danish Bertudung
  • Gambar Nora Danish di Pagi ABP 2008
  • Gambar Nora Danish Di Pertunjukkan Fesyen Arabian Nite ASK2009
  • Gambar Red Carpet Selebriti di Parti 20 Yang Anggun EH! 2007












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK