Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Red Carpet Photo OSCARS 2010 82nd Annual Academy Awards

March 8th, 2010 | Category: Anugerah Oscar |
1 Comment »


“…and the winner is …” atau “and the Oscar goes to …” sekali lagi berkumandang di Hollywood.

Yes, The 82nd Annual Academy Awards 2010 Oscars sedang berlangsung sekarang ini di Kodak Theatre, Hollywood, California. Bermula dengan acara red carpet yang memberi laluan kepada selebriti menayangkan fesyen terkini mereka.

Di ketika ini juga, Astro telah menganjurkan LIVE Screening The Oscars 2010  di layar lebar sebuah pawagam terkemuka negara. Siap disediakan breakfast dan lunch. Memang sangat selesa dan rasa lain dengan suasana menonton LIVE di skrin lebar di rumah. Apa yang penting, ianya rasa seperti menonton di Dewan Kodak Theatre kerana gambarnya nampak hidup di hadapan mata.

Nak tonton anugerah berprestij ini? Tonton Star Movies di saluran 413 Astro sekarang! Atau kalau tidak berpeluang, jangan lupa siaran ulangannya di saluran yang sama pada jam 8 malam ini. Acara bermula pada jam 9.30 pagi waktu Malaysia.

Filem Avatar dah tentu banyak menang tahun ni, kan?

Keanu Reeves – tengoklah pada jambangnya… Huhu! So Abraham Linolns kan? Nampak hot & sesuai dengan gaya rambutnya. Tapi bagi Budiey, dia ni akan lebih hot kalau bercukur dengan lebih kemas! Pakaiannya… macam biasalah elegan! Love the fabrics!

Kate Winslet, dia ni pelakon kegemaran Budiey. Cantik menawan dan nampak stunning dengan gaun. Nampak lebih langsing, kemas &  tidak berserabut.

Sandra Bullock, nampak sangat menawan. Part atas memang cantik dan unik. Tapi terlalu banyak shimmering. Kalau fabriknya diperbuat daripada sutera mungkin lagi okay.

Jennifer Lopez. Budiey suka dengan potongan dress ini. But sorry to say, fabric nya macam kain langsir aje? Nampak macam gaun wedding pun ada!

Kristen Stewart sangat elegan bila dibungkus begini. Cantik dan sangat menggoda!

Meryl Streep, seorang ikon filem ini nampak cantik dengan gaun putih ini. Nampak lebih chicky tapi sesuai dengan usia beliau. Hot Grandma!

¯

Kesederhana Mariah Carey. Nampak lain dari apa yang Budiey jangkakan. Sebab biasanya, Mariah Carey akan pakai seseksi yang mungkin tapi kali ini, Mariah Carey tak nak banyak sangat menayang lemak selulitnya. Jadi gaun ni bagus sebab Mariah sekarang kan dah sedar diri dia tu dah nampak gemuk! Walaupun nampak simple aje, Budiey tak suka dengan potongan gaun ini!

Zack Efron – pakaiannya sangat bergaya. Tapi stail rambut cacak berserabut macam ni sangat tak digemari. Mungkin pada sesetengah orang nampak seksi. Apa-apa pun, tak menjejaskan kekacakan Zack Efron. Dalam High School Musical, Zack Efron nampak cute tapi rasanya sekarang ini tertinggal jauh dengan Clay Aiken. Taylor Swift lagi mantap kalau mengenakan pakaian yang sama.

Matt Damon bersama isterinya nampak sangat boring dengan pakaian ini. Sangat plain!

Demi Moore – so gorgeous! Walaupun dah berusia, tapi bila dah bergaya dengan gaun macam ni, Demi Moore nampak lebih muda.

Carey Mulligan nampak biasa-biasa saje. Sebenarnya, tak berapa suka tengok gaun hitam dalam majlis seprestij ini. Sorry!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,




Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Photos Red Carpet Oscars LIVE
  • Photos Lady Gaga Inside An Egg 53rd Annual Grammy Awards
  • Photos Cate Blanchett 2011 Oscars Red Carpet
  • Celebrity Red Carpet Photo 52nd Annual Grammy Awards
  • Photo Anne Hathaway @ Oscars 2007
  • Oscar Academy Awards Cancelled?
  • List Winners for the Oscars 2010 82nd Annual Academy Awards
  • Britney Spears join Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Britney Spears Crap!
  • 80th Annual Academy Awards – Winners
  • Photo Red Carpet Shout! Awards 2009: Part 1



  • Wati Merancang Mahu Kahwin Tetapi Dengan Siapa?

    February 25th, 2009 | Category: Astro, Drama |
    12 Comments »


    Pada jam 2.30 petang semalam (24 Februari 2009), telah berlangsung Majlis Sepetang Bersama Bintang Eksklusif Astro Megadrama dan Tayangan Perdana Suara Hati dan Rahsia Hati di Sultan Lounge, Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Dalam majlis itu memperkenalkan dua bintang utama iaitu LIsa Surihani dan Farid Kamil.

    Ramai pelakon drama datang, antaranya, Budiey sempat berbual dengan Wati, bekas anggota Elite yang kini giat aktif berlakon. Ini pertama kali Budiey bertemu dengan ibu kepada seorang anak lelaki ini. Dalam drama Suara Hati, Wati membawa watak seorang isteri bernama Sarah. Watak nampak macam jahat sebab takut suaminya dirampas oleh perempuan lain. Suami Sarah dilakonkan oleh Zamarul Hisyam bernama Aman. Drama arahan Faizal Ishak ini boleh ditonton mulai 16 Mac setiap Isnin jam 10 malam.

    Perkembangan terkini Wati sekarang ini masih sibuk berlakon drama Sanggar Cinta Raudhah terbitan Suhan Movies, bergandingan dengan Zizan Nin, Aida Radzwill. Memang agak sibuk, mungkin kerana itu, Watie nampak seperti kurus dengan berat sekarang 52 kg. Tapi masa anak dara dulu, berat Wati 40kg! Sekarang menetap di Bukit Antarabangsa, Wati ingin terus berada dalam industri semampu yang mungkin.

    Di samping berlakon, pelakon yang berasal dari Selangor ini tidak lupa dengan tanggungjawabnya menjaga anak lelakinya Afif Daniel yang berusia 5 tahun. Dengar cerita, Wati sekarang dalam perancangan untuk kembali berumahtangga. Namun, sekarang ini masih dalam peringkat mengenali pasangannya yang sudah 3 tahun berkenalan. Kalau ada jodoh, adalah. Orang dalam industri jugak ke? Jawab Wati, tidak… hanya orang biasa-biasa aje.

    Plan masa depan, janda beranak satu ini ingin lebih maju ke hadapan, ingin buka bisnes restoran sebab di zaman kegawatan ekonomi sekarang ini, Wati rasa takut dan perlu bersiap sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan. Setakat ini, Wati ada menolak tawaran untuk berlakon filem kerana bayaran tak begitu setimpal.

    Selain Wati, drama Suara Hati dilakonkan oleh Intan Sarafina sebagai Asmara, Ezlynn sebagai Sheila, Zamarul Hisyam, Dalimawati sebagai Mak Ton, Megat Sharizal sebagai Sham, Riezman Khuzaimi sebagai Fendi, Farah Putri sebagai Atilia, Angah Raja Lawak sebagai Roy, Zarynn Min sebagai Asyura, Liza Shadan sebagai Kak Zah dan Amyza Adnan sebagai Miza. 

    Jangan lupa tonton!

    Menggayakan blaus putih dari ZARA

     ”Aku dahagakan kasih sayang…”

     

    Berdua lebih baik…

    Bulan April nanti, Wati akan masuk 33 tahun… kita seusia, Wati!

    Tags: , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Betty Benafe Kahwin VIP?
  • TRIVIA: KAD PENGENALAN SIAPA NI?
  • Jawapan Trivia: Nabil & Irma Hasmie Berpegangan Tangan di ASK2009
  • Zizan Nin Akan Kahwin Sebelum Mei 2010
  • Gambar Pelakon Ashraf Muslim Nikah di Mekah
  • Gossip: Ayu Raudhah Kahwin 2009?
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Gambar Wedding Elyana: Gubahan Hantaran Lelaki
  • Julfekar Paksa Farawahida Kahwin?
  • Busana Kurung Moden Akad Nikah Elyana Rekaan Hatta Dolmat



  • Gambar Finalis Akademi Fantasia 5

    May 20th, 2007 | Category: Akademi Fantasia, Astro |
    2 Comments »


    Akademi Fantasia musim ke-5 telah pun menutup tirai. Berjaya atau tidak, AF5 telah mencatat sejarahnya tersendiri. Banyak peristiwa dan isu-isu yang telah menghiasi album kenangan Akademi Fantasia musim ini. Persoalan dalam Debat Akhir tengahari tadi juga telah mengupas dan membahaskan perlukah Akademi Fantasia diteruskan pada musim hadapan? Apa kata anda tentang hal ini?

    Cabaran buat astro yang sebenar dalam membentuk AF sebagai satu program yang paling popular di Malaysia lebih menarik daripada musim yang sebelum ini. Agak sukar kerana program realiti ini tidak dapat dijangka apa yang akan berlaku. Ianya mengikut selera penonton. Jari jadi juri, katanya. Tenaga produksi telah mengerah segala idea dan kreativiti dalam memastikan AF terus bernafas. Tahniah buat anda, walaupun pada saya terdapat banyak kelemahan dalam format AF musim ini. Banyak perubahan yang dibuat sebenarnya telah menjadi AF kali ini lari tersimpang dari format asal AF. Tiada lagi originalitinya.

    Mengikut apa yang saya dengar, Akademi Fantasia musim 6 akan diteruskan pada tahun hadapan bergantung beberapa faktor iaitu:

    1. Dari segi penerimaan dari penonton dan pelanggan-pelanggan astro terhadap format AF. 
    2. Apakah AF masih lagi berfungsi kepada astro untuk memenuhi strategi promosi dan mencapai matlamat-matlamat tertentu. Tidak dapat saya sangkal bahawa AF banyak memberi keuntungan pada Astro. Peningkatan pelanggan semakin banyak kerana adanya program seperti AF. 
    3. Apakah AF berjaya dari segi mendapatkan pendapatan kepada astro dengan adanya iklan, SMS dan sebagainya.

    Ya, saya rasa AF musim ke-6 harus diadakan walaupun penonton sudah bosan. Apa yang lebih penting di sini ialah, bagaimana kesuraman AF5 pada peringkat awalnya menjadi titik tolak atau kayu pengukur untuk astro memperbaiki segala kelemahan.

    Keputusan undian SMS sepanjang Akademi Fantasia 5 berlangsung diumumkan pada sidang media semalam. Jumlah 6.6 juta kesemuanya agak jatuh sedikit berbanding musim lalu. Hasil daripada undian SMS, RM300,000 dari Astro dan RM50,000 dari Maxis akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan. Memang elok usaha murni Astro ini kerana tidak lupa untuk melakukan kerja-kerja amal dan pembangunan industri hiburan tempatan.

    Berikut foto-foto finalis di majlis sidang media di Stadium Putra yang saya sempat ambil.

    [tags]Astro, Konsert Akademi Fantasia Final, Mila Af5, Heliza, Candy, Ebi, Aswad[/tags]

    Tags: , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar & Ulasan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9
  • Gambar Kekasih Alif AF6
  • Foto Marsha, Kefli, Fitri, Bob, Nurul, Reza di Konsert Akademi Fantasia 5
  • Blog Terbaru Fatin – Akademi Fantasia 5
  • Hafiz Juara Akademi Fantasia 7
  • Gambar Pelajar Akademi Fantasia 7 YAZID
  • Profile ISMA Akademi Fantasia 7
  • LIZDA Akademi Fantasia 7
  • Rubisa Akademi Fantasia 7
  • FAEZAH Akademi Fantasia 7








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK