Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Lisa Surihani & Yusry KRU Sah Jadi Suami Isteri

February 24th, 2012 | Category: Artis Berkahwin, Lisa Surihani |
1 Comment »


Yusry & Lisa Surihani Sah Suami Isteri Dengan Hanya Sekali Lafaz. Tahniah buat Yusry & Lisa. Semoga bahagia hingga ke hujung nyawa.

VIDEO NIKAH LISA SURIHANI & YUSRY KRU

Dengan hanya sekali lafaz, Yusry Abdul Halim, 39 tahun, kini sah bergelar suami kepada Lisa Surihani Mohamed, 26 tahun. Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot Putrajaya, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis.

lisa yusry

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak. Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

lisa yusry


lisa yusry

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media. Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa Surihani membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek. Kesemua hantaran itu direka dan digubah oleh Butik Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.

lisa yusry

Lisa mencium tangan suaminya menandakan mulalah kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Lisa tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan Cosry dengan rona putih manakala Yusry pula segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor lengkap bersamping daripada Nuratikah Songket.

Majlis akad nikah tersebut dikendalikan oleh DZMS Events itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage bertemakan ‘Winter Garden’.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Sebelum ini, Lisa telah selamat melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai, majlis khatam Al-Quran untuk bergelar raja sehari.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Lisa dan kedua untuk Yusry yang pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira. Astro Awani turut menyiarkan secara langsung perkahwinan Lisa dan Yusry itu.

lisa yusry

Yusry menyarungkan cincin nikah ke jari manis isterinya pada majlis membatalkan air sembahyang.

Lisa Yusry

Lisa Yusry

Lisa Yusry

Lisa Yusry

Lisa Yusry

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Kad Kahwin Lisa Surihani & Yusry
  • Erra Fazira Happy Yusry KRU Kahwin Lisa Surihani
  • Berita Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani Adalah Tak Benar
  • Gambar Lisa Surihani di Karpet Biru ABPBH2010
  • Gambar Lisa Surihani di Pelancaran Mimpi Kita
  • Gambar Lisa Surihani di Media Prima Open House
  • Gambar Lisa Surihani di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambar Majlis Nikah Lisa Surihani & Yusry KRU
  • Gambali Lisa Surihani di Majlis Pelancaran MUSTIKA
  • Gambar Lisa Surihani di Malam Gala Filem Ombak Rindu



  • Adzriefaiz & Chad Hot FM Jadi Pengacara Baru Muzik-Muzik

    February 4th, 2012 | Category: Adzriefaiz, Anugerah Juara Lagu |
    No Comments »


    Anugerah Juara Lagu ke-26 sudah pun berlangsung. Tahniah buat Awan Nano yang menjulang trofi anugerah pertandingan lagu terbesar di Malaysia. Budiey dengar, sempena meraikan kemenangan Awan Nano, pihak Astro akan mengadakan kenduri dan jamuan makan untuk media dan semua yang terlibat pada minggu depan.

    Wah! Pastinya juga, nama pelanton suara untuk Awan Nano yang turut mendapat gelaran Persembahan Vokal Terbaik di AJL26 akan terus harum subur mewangi dalam industri muzik tempatan. Vokal mantap lagi cemerlang dari Hafiz terbukti masih jelas terunggul kerana tiada siapa yang dapat menandingi beliau untuk masa ini dalam AJL.

    Oh ya, selepas AJL26 tamat, maka pihak TV3 terus mencari lagu-lagu terbaik untuk musim ke-27 pula. Sudah tentu, pemilihan dan pencalonan akan dipilih berdasarkan lagu-lagu yang mendapat carta di Muzik-Muzik. Agak-agak lagu mana pula yang akan jadi juara lagu untuk Anugerah Juara Lagu ke-27 eh? Adakah milik lagu Yuna, TERUKIR DI BINTANG? Huhu, masih terlalu awal lagi untuk meneka ya. Cakap pasal Yuna, figura indie ini dah bertolak ke New York untuk jadi retis kat sana. Good luck beb. Take care, Yuna. We always love you.

    Cakap pasal Muzik-Muzik ni, Budiey dapat tahu untuk musim ini, rombakan dan perubahan berlaku secara besar-besaran di mana dua orang pengacara baru diperkenalkan untuk menggantikan Faizal Ismail dan Cheryl Samad yang sudah 5 tahun mengendalikan program Muzik-Muzik bersama-sama. Sementara itu, Cheryl mengacara secara solo sebelum itu untuk 3 tahun berturut-turut menjadikan antara pengacara paling lama di MM iaitu 8 tahun bersama Muzik-Muzik. Tahniah!

    Dua pengacara baru Muzik-Muzik itu ialah Adzriefaiz & Chad Hot FM. Wah, Budiey rasa ini satu rezeki yang besar untuk kedua-dua selebriti ini untuk tahun 2012. Untuk Adzriefaiz, pastinya rezeki untuk beliau yang baru sahaja menamatkan zaman bujang dan untuk Chad pula ini masanya untuk memperkenalkan dirinya kepada penonton TV pula setelah beberapa tahun menjadi penyampai di Hot FM.

    Budiey nak ucapkan tahniah buat Adzriefaiz & Chad Hot FM dan seharusnya mereka akan membuktikan mereka juga dapat mengendalikan program Muzik-Muzik dengan jayanya. Siaran pertama untuk musim baru ini akan disiarkan pada jam 5 petang bermula hari ini (Sabtu – 4 Februari 2012). Dengarnya, Muzik-Muzik dah dipendekkan setengah jam berbanding sebelum ini.

    Good luck untuk Adzriefaiz & Chad Hot FM. Buat yang sehabis molek dan terbaik, okay?

    Berita tentang Muzik-Muzik ini juga disebarkan oleh pengacara lama MM iaitu Faizal Ismail di twitter miliknya.

    @faizal_hotfm: Setelah 5 tahun, Muzik2 berwajah baru. Tahniah buat hos baru Faiz & Chad. All da best! Musim baru bermula ptg ini di TV3! Terus sokong!

    Adzriefaiz
    Adzriefaiz

    Chad Hot FM

    Chad Hot FM

    Tags: , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Majlis Pertunangan Adzriefaiz & Suliza
  • Gambar Pengacara Muzik-Muzik Adzriefaiz Azlan Jadi Pelakon Gadis Cuci
  • Gambar Faiz Muzik-Muzik Bersama Kekasihnya
  • Gambar Fara Fauzana & Penyampai Hot FM di AJL26
  • Karnival Jom Heboh di MITC Ayer Keroh Melaka
  • Pengacara TV3 Adzriefaiz Akhirnya Bernikah
  • Tiket Percuma Pentas Muzik Muzik 26 Separuh Akhir
  • Top 5 Muzik Muzik Separuh Akhir Minggu Ke-2
  • Separuh Akhir Muzik-Muzik 24
  • Jom Undi Paparazzi Infinatez di Muzik-Muzik



  • Astro Lancar 5 Saluran Baru Sempena Raya 2011

    August 19th, 2011 | Category: Astro |
    No Comments »


    Nikmati Pelbagai Saluran Baru Dan Program Menarik Sempena Raya Di Astro
    Astro tawar lima buah saluran baru lagi sebagai pilihan

    Sempena musim perayaan ini, Astro meneruskan tradisi dalam membekalkan pelbagai pilihan yang lebih bernilai dengan menawarkan lima buah saluran baru lagi untuk dinikmati oleh para pelanggan. Lima buah saluran baru tersebut termasuklah dua buah saluran raya iaitu Raya HD (Saluran 188) dan Astro Fiesta (Saluran 100) serta tiga buah saluran dalam siaran definisi tinggi yang boleh didapati menerusi Astro B.yond iaitu Sundance HD (Saluran 438), Discovery HD World (Saluran 571) and Astro SuperSport HD2 (Saluran 833).

    IMG_7881

    Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, “Bagi meraikan sambutan Hari Raya dan Kemerdekaan Negara dengan seluruh rakyat Malaysia, kami telahpun membariskan beberapa pilihan saluran baru dan program-program menarik sempena musim perayaan ini. Kami juga dengan berbesar hati membawakan saluran istimewa Raya HD dan Astro Fiesta istimewa untuk semua para pelanggan tanpa sebarang bayaran tambahan dikenakan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang setia. Kedua-dua saluran ini bakal menyiarkan program-program terbaik dari rantau Asia dalam pelbagai bahasa yang boleh dinikmati untuk tempoh waktu yang terhad. Kami juga menawarkan tiga lagi saluran baru dalam definisi tinggi iaitu Sundance Channel HD, Discovery HD World dan Astro SuperSport HD2, menjadikan jumlah keseluruhan saluran definisi tinggi yang ditawarkan menerusi Astro B.yond untuk para pelanggan kini adalah sebanyak 15 buah saluran.”

    Bermula pada Hari Raya yang pertama sehingga 9 September 2011, rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton himpunan filem-filem tempatan terbaik, konsert dan drama bersiri di Raya HD (Saluran 188) yang mana antaranya termasuklah ‘Damping Malam’, ‘Aku Masih Dara’, ‘Love, Nora’, ‘Dan Sebenarnya…’, ‘Sanggul Beracun’, ‘7 Lagu’, ‘Bersalji di Kuala Lumpur’ dan ‘Panggilan Arwah’; Konsert Tribut P.Ramlee: Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Konsert Wow Putrajaya 2011 dan Konsert 3 Diva serta drama bersiri ‘Pengantin Untuk Dijual’.

    Selain daripada itu, para pelanggan juga boleh menikmati lebih 104 buah program menarik dan istimewa sempena Raya di rangkaian saluran Astro yang pelbagai seperti Astro Ria (Saluran 104), Astro Prima (Saluran 105), Astro Oasis (Saluran 106), Astro Ceria (Saluran 611), Astro Citra (Saluran 131), Astro Warna (Saluran 132) serta dua buah saluran baru menerusi Pakej Indo Pek iaitu Bintang (Saluran 141) dan Pelangi (Saluran 142). Antaranya termasuklah filem Ngangkung di Astro Citra, Maharaja Lawak Raya di Astro Warna serta Opera van Java Awards di Bintang (sila rujuk lampiran untuk butiran lanjut dan senarai penuh program).

    Manakala Astro Fiesta (Saluran 100) yang diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan Astro di atas sokongan mereka pula bakal menghimpunkan program-program terbaik Asia pelbagai genre dan bahasa untuk tontonan semua. Saluran ini juga ditawarkan untuk memenuhi kehendak para pelanggan yang mempunyai minat berbeza seperti komedi, drama, pengembaraan, aksi, romantik, jenayah dan sebagainya.

    Bermula dari 1 September hingga 31 Oktober 2011, Astro Fiesta bakal menayangkan:

    1. Pelbagai filem Cina menarik seperti Little Big Soldier, Stool Pigeon, Detective Dee & 14 Blades serta konsert-konsert hebat oleh penyanyi-penyanyi popular seperti Leslie Cheung, The Big 4 World Tour, Nicholas Teo dan Konsert Istimewa Teresa Teng;
    2. Pelbagai filem Melayu menarik seperti Estet, Sembilu 2005 serta konsert-konsert menghiburkan seperti M.Nasir, Aizat Live in Damansara, Konsert Simplysiti, Konsert Double Trouble, Konsert Sore dan Konsert 4 Bintang;
    3. Konsert-konsert hebat yang menampilkan artis Indonesia seperti Wali Band dan Ungu;
    4. K-Pop Countdown yang menampilkan artis-artis K-pop terhangat dan menjadi kegilaan ramai masa kini
    5. Pelbagai filem Tamil dan Hindi serta konsert-konsert hebat termasuklah Toonpur Ka Super Hero, Arundhati, Guzaarish serta banyak lagi!

    Istimewa buat para penonton yang meminati program-program berbentuk indie, Sundance Channel HD (Saluran 438) ialah sebuah saluran yang menawarkan program-program yang pernah memenangi anugerah serta program-program budaya asli yang menarik. Sundance Channel ialah sebuah saluran yang mana bakat, cerita dan idea disatukan. Menampilkan ikon-ikon kreatif masa kini dan bakat-bakat besar masa hadapan, Sundance Channel bakal menyiarkan program-program indie berbentuk filem, dokumentari, program fakta bersiri, program budaya dan seni serta banyak lagi. Sundance Channel juga akan membawa para penonton menyingkap dan menyusuri perspektif yang autentik mengenai misi Robert Redford untuk meraikan kreativiti.

    Discovery HD World (Saluran 571) pula bakal memenuhi kehendak penonton yang dahagakan pengetahuan menerusi program-program berbentuk fakta dan cara hidup yang disulami dengan imej-imej dan butiran terperinci dengan pendekatan yang menarik dan menghiburkan. Menawarkan pengalaman menonton yang ideal, Discovery HD World akan menyiarkan program-program yang menyingkap keajaiban dunia merangkumi budaya, sains, sejarah semulajadi, pengembaraan dan cara hidup.

    Menerusi Astro SuperSport HD2 (Saluran 833) pula, para peminat sukan di Malaysia kini boleh menikmati pelbagai aksi sukan secara langsung dalam siaran definisi tinggi seperti Tenis Terbuka AS, Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia, Pertandingan Golf Piala Presiden serta sejumlah lebih 200 jam diperuntukkan untuk acara bola sepak antaranya Bundesliga, Liga Europa UEFA, Copa Sudamericana serta J-League. Para peminat sukan juga boleh menonton pelagai lagi program sukan seperti AS PGA Tour, Bola Sepak Amerika serta lebih 100 jam sukan atletik dan olahraga termasuklah tenis, sukan lasak, sukan kapal layar dan banyak lagi. Saluran ini juga turutmenyiarkan program-program terpilih ihsan daripada ESPN atau StarSports, contohnya seperti Formula 1 dan Moto GP.

    IMG_7896

    IMG_7952

    Tags: ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Program Hebat Sempena Aidilfitri 1430H di Astro
  • Astro Bakal Perkenalkan Saluran HD Terbaru
  • Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa Astro 2011
  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • Gambar Artis di Rakaman Gempak Raya Astro
  • Program TV Aidilfitri di Saluran Muzik Aktif
  • Program Menarik Sempena Raya Di Astro
  • Gambar Melodi Raya Episod 1
  • Gambar Selebriti di Rumah Terbuka Astro
  • Astro Tayang Program HD Syawal Ini








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK