Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Nabila Huda Mahu Bercerai

August 24th, 2011 | Category: Artis Bercerai, Nabila Huda |
No Comments »


Dipetik dari Media Hiburan: Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja industri dikejutkan dengan khabar pelakon versatil Nabila Huda Suhaimi, 27, memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun hidup berumah tangga.

Pun begitu, permohonan cerai yang hendak difailkan semalam, 22 Ogos di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak dapat diteruskan kerana Nabila terlupa membawa sijil nikah mereka.

nabila-huda

Nabila yang dihubungi MH Online berkata;

“Memang tidak bagus bila hendak berpisah. Pada awalnya saya cuba untuk bertahan, tetapi bila fikir balik memang tidak boleh. Kiranya, jalan terakhir adalah bercerai dan ini adalah yang terbaik buat kami berdua. Buat apa hidup bersama jika tidak gembira. Dan itulah yang saya rasakan selama tempoh kami berkahwin.”

Ditanyakan lebih lanjut, apakah permasalahan yang wujud dalam rumah tangga mereka, Nabila atau lebih mesra disapa Abil mengakui sudah tidak wujud persefahaman antara mereka.

“Saya tidak boleh rasa sangsi terhadap suami. Saya akui kekurangan saya dan saya terima juga kekurangan suami. Tidak perlu untuk burukkan sesiapa bila perkara sebegini terjadi.

“Apa yang saya boleh katakan, memang sudah tidak ada persefahaman antara kami. Saya anggap cukup di sini sahaja jodoh kami berdua,” ujar Abil lagi yang menafikan wujudnya orang ketiga di dalam hubungan mereka.

Papa Tidak Tahu

Nabila juga memberitahu yang mana masalahnya ini tidak diketahui oleh bapa mahupun keluarganya yang lain.

“Saya tidak beritahu pun pada papa dan keluarga yang lain. Semuanya saya buat sendiri. Apa yang berlaku selepas ini pun saya akan lalui dan terimanya seorang diri,” ujarnya lagi.

Nabila dan Zaidi bernikah pada 6 Disember 2008 dan dikurniakan cahaya mata sulung mereka pada 11 Mei 2010 iaitu Keisha Laila.

Nabila Huda mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya. Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati”

Kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.

Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.

Semoga sempena bulan yang berkat dan Syawal yang bakal tiba ini dapat membuka hati Nabila dan Zaidy untuk mencari dimana silapnya dan membaiki segala kekurangan diri. Kesian dengan baby Keisha.

Dipetik dari Portal Murai:  Tiada angin mahu pun gosip mengenai masalah rumahtangga, Murai Batu mendapat tahu rupanya pelakon, Nabila Huda mahu bercerai. Terkejut Murai Batu kerana sebelum ini kisah mengenai rumahtangga mereka langsung tak pernah dengar.

Tambahan lagi selepas melahirkan anak (Keisha), Murai Batu sangka kehidupan mereka bahagia saja. Benarlah kata orang air sungai yang tenang jangan disangka tak ada buaya.

Dengarnya Nabila Huda telah pergi menfailkan penceraian di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan Agama Islam Wilayah Persekutuan semalam, setelah merasai kehidupan rumahtangganya bersama Zaidy Zailani yang dibina 3 tahun sudah tak mampu diselamatkan.

Itu antara sebab dia mahu menfailkan penceraian agar dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. Memandangkan masalah antara mereka telah dipendam lama. Tetapi hasrat Nabila tertangguh apabila dia terlupa membawa surat nikah.

Hubungan mereka sememangnya telah pun bergelora sejak 2 tahun lalu, namun Nabila Huda mengharapkan selepas dikurniakan cahayamata segalanya dapat diatasi.Namun kemelut yang melanda mereka tetap juga tak dapat diselesaikan. Malah khabarnya ayahnya, rocker terkenal, Amy Search juga terkejut dengan apa yang berlaku.

Murai Batu pun tak boleh nak mengulas lanjut mengenai masalah dalam sesebuah rumahtangga. Pastinya keputusan yang dibuat oleh Nabila bersebab dan ada hikmah di sebalik segalanya. Doa Murai Batu semoga Nabila baik pun Zaidy dapat menempuh kehidupan yang lebih baik selepas ini. via Murai

Komen Amy Search (Bapa Nabila)

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga. Amy yang dihubungi mStar Online pagi Selasa berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.

“Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya. Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi,” katanya.

Nabila Huda

Nabila Huda

Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.

Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran.

Nabila pada Rabu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dekat sini untuk membuat permohonan cerai.

Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya.

Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun. via Mstar Online

Tags: , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Nabila Huda di Shout! Awards 2010
  • Gambar Nabila Huda di ABP 2009
  • Jawapan Trivia: Nabila Huda HOT!
  • Gambar Nabila Huda dan Nora Danish di Malam Gala PISAU CUKUR
  • Gambar Terbaru Nabila Huda Play Hard Camelia Yang Tak Feminine
  • Drama Amukan Pocong
  • Gambar Seksi Nabila Huda di Festival Filem Malaysia 21
  • Pertandingan Akhir Hits 1 di Stadium Negara Ahad Ini
  • Trailer Filem Jalan Kembali Bohsia 2
  • Ady Putra, Nabila Huda, Natasha Hudson dalam Emily



  • CLEAR Lancar Syampoo Anti Kelumumur Terbaru

    June 6th, 2011 | Category: Events |
    No Comments »


    Penemuan Hebat dalam Kesuburan Kulit Kepala

    Clear memperkenalkan teknologi nutrien kulit kepala pertama yang dipaten – Nutrium 10

    Semuanya bermula dengan kulit kepala yang sihat. Lazimnya, kulit yang menutupi bahagian atas kepala kita dilupakan dan diabaikan hanya kerana ia dilitupi oleh rambut dan tidak kelihatan. Lebih dari 60% daripada warga dunia mengalami masalah kelemumur dan pelbagai masalah lain berkaitan kulit kepala.

    Para pakar di Clear, syampu anti kelemumur terunggul dari Unilever, telah bekerjasama dengan pakar dermatologi terulung di dunia daripada International Academy of Dermatology (IACD) bagi menghasilkan satu penyelesaian revolusioner untuk kesuburan dan pemulihan kulit kepala: Nutrium 10 untuk kaum wanita dan Pro Nutrium 10 untuk kaum lelaki.

    CLEAR Nutrium 10 Launch 10000

    “Syampu-syampu anti-kelemumur yang sedia ada hanya membilas kepingan kelemumur, satu penyelesaian sementara, manakala teknologi unggul CLEAR – Nutrium 10 – mengambil pendekatan lain yang lebih daripada sekadar membilas kepingan: ia merawat punca kelemumur, memberi nutrisi kepada kulit kepala dan memulihkannya menjadi keadaan asal yang sempurna,” kata Vicky Lim, Pengurus Jenama Clear, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

    “Kita semua sudah sedia maklum tentang kepentingan menjaga kulit muka kita tetapi bagaimana pula dengan kulit kepala kita – itu adalah kulit juga. Bagi memiliki rambut sihat, anda perlu bermula dengan menjaga kulit di atas kepala anda. Abaikan kulit kepala dan anda akan mengalami masalah kelemumur, rambut semakin nipis dan kurang, hujung bercabang dan kulit kepala yang kering,” kata Dr. Thanaruch Thanakorn, seorang ahli IACD.

    IACD telah mengesahkan Nutrium 10 sebagai penemuan pendekatan pertama terhadap penjagaan kulit kepala yang bakal mengakibatkan anjakan paradigm dalam pengurusan penjagaan kulit kepala. Penyelesaian anti-kelemumur sedia ada memfokus kepada menyingkirkan kepingan kelemumur yang hanya merupakan gejala kulit kepala yang tidak sihat. Pendekatan baru CLEAR yang memakan masa 4 tahun untuk disempurnakan adalah satu rumusan penjagaan kulit kelapa inovatif yang merawat punca masalah iaitu lapisan pelindung kulit kepala yang rosak dan lemah. Ini menjadikan rumusan printis CLEAR jauh lebih unggul daripada syampu anti-kelemumur lain di pasaran. Rumusan penjagaan kulit kepala baru ini menangani isu perlindungan kulit kepala dengan tiga langkah revolusioner:

    • Menyingkirkan kulat yang mengakibatkan kelemumur dan meletakkan bahan aktif anti-mikrobial di seluruh kulit kepala walaupun selepas dibilas untuk perlindungan yang tahan
    lama

    • Menembusi kulit kepala sedalam tiga lapisan bagi memulihkan dan memberi khasiat kepada lapisan pelindung semula  jadi kulit kepala sekaligus membina sistem pertahanan
    bagi melawan kulat yang mengakibatkan kelemumur (Malassezia)

    •Memberi rawatan optimum untuk helaian rambut sekaligus menjadikan serat rambut lebih lembut, licin dan mudah diurus.

    Sains di sebalik Nutrium10 adalah gabungan unik vitamin dan mineral yang direka untuk merawat tiga lapisan di dalam kulit kepala dan bukan sekadar di permukaan sahaja. Nutrium10 mengandungi vitamin B6, C, E, mineral, asid amino serta bahan aktif yang memulihara kulit kepala seperti Zink Pyrithione dan bahan penjagaan serat seperti Panthenol untuk penjagaan kulit kepala yang menyeluruh. Ia juga memperkayakan kulit kepala dengan bahan berkhasiat bagi menggalakkan keadaan kulit kepala serta kesihatan rambut yang lebih baik.

    Di Kongres Sedunia Ke-7 International Academy of Cosmetic Dermatology (IACD) yang dianjurkan di Kaherah, Mesir, tahun lalu, CLEAR mendapat peluang untuk membentangkan hasil penyelidikan mengenai teknologi baru mereka dan ujian klinikal telah menghasilkan pembangunan Nutrium10. Selepas ulasan ujian klinikal, satu soalselidik telah dilaksanakan. Ia merumuskan bahawa:

    • 90% daripada pakar dermatologi di IACD menyatakan bahawa mereka akan mengesyorkan CLEAR Nutrium 10 kepada pelanggan yang mengalami masalah kesihatan kulit kepala
    • 8 daripada 10 pakar dermatologi di IACD akan yakin dengan CLEAR
    • 9 daripada 10 bersetuju bahawa CLEAR memiliki rumusan yang ternyata lebih unggul, menghalang masalah kelemumur daripada berulang

    IACD percaya bahawa teknologi revolusioner CLEAR akan menyumbang ke arah bukan sahaja kesihatan kulit kepala yang lebih baik malah turut meningkatkan keyakinan serta kualiti hidup penderita masalah kelemumur. Dr Lawrence Parish, Presiden IACD berkata, “Ada yang mungkin mengalami masalah sosial atau keyakinan diri. CLEAR baru adalah penyelesaian untuk kulit kepala, rambut serta kehidupan yang lebih baik bagi para penderita kelemumur hari ini.”

    CLEAR Nutrium 10 Launch 2

    Perbezaan jantina dan keperluan kulit kepala

    Kajian oleh CLEAR telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan ketara dalam kulit kepala berdasarkan jantina. “Kulit kepala kaum lelaki dan wanita adalah berbeza. Semasa ujian dan kajian, kami mendapati bahawa kulit kepala lelaki dan wanita adalah berbeza dari segi fisiologi. Penemuan ini mendorong saintis Clear untuk membentuk dan mengolah rumusan Nutrium10 mereka bagi menepati keperluan spesifik kaum lelaki dan wanita,” tambah Vicky.

    Kulit kepala lelaki lazimnya lebih lemah dan mengalami stres, pencemaran dan haba. Pro-Nutrium10 untuk lelaki adalah satu adunan asas 10 pro-vitamin, nutrien mineral bagi menyingkirkan sel kulit mati di kulit kepala, memberi khasiat kepada kulit kepala yang dibersihkan dan meningkatkan keupayaan perlindungan semula jadi kulit kepala bagi melawan kelemumur, kegatalan dan keguguran rambut bagi menghasilkan:

    • keupayaan melawan kelemumur yang dua kali ganda lebih pantas bertindak
    • penembusan ke dalam kulit kepala yang tiga kali ganda lebih dalam
    • lima kali ganda lebih perlindungan melawan kelemumur berbanding syampu anti-kelemumur lain

    Kulit kepala wanita pula lebih cenderung kepada masalah sisa bahan kimia dan ketegangan. Nutrium10 untuk wanita menawarkan cucian pelembab yang mengandungi vitamin dan mineral untuk menyokong pertumbuhan rambut yang lebih kuat dan memperkayakan kulit kepala agar beliau tidak lagi mengalami kelemumur, kekeringan dan keguguran rambut. CLEAR Nutrium10 memberikan wanita:

    • tiga kali ganda lebih pro-vitamins berbanding syampu anti-kelemumur terkemuka lain
    • rambut yang tiga kali ganda lebih licin berbanding dengan rambut tanpa perapian
    • lima kali ganda kurang rambut terputus dan bercabang berbanding dengan rambut tanpa perapian

    Rangkaian syampu anti-kelemumur baru CLEAR, untuk lelaki dan wanita, mensasarkan bukan sahaja kelemumur malah turut menangani sumber kelemumur, iaitu kulit kepala. Setiap botol syampu anti-kelemumur baru CLEAR mengandungi Nutrium10.

    CLEAR baru dengan Nutrium10 ditawarkan di semua farmasi terkemuka, kedai ubat, pasaraya, pasaraya hyper dan kedai runcit dengan harga RM4 untuk 80ml; RM11 untuk 180ml; RM18.50 untuk 350ml dan RM36 untuk 700ml.

    LATAR BELAKANG CLEAR

    Clear adalah jenama anti-kelemumur terunggul Unilever. Sejak pertama kali ia dilancarkan pada tahun 1972, di Asia, rumusan Clear telah terus berevolusi dengan penyelidikan intensif dan ujian klinikal yang dijalankan oleh para saintis di Clear Paris Institute. Setelah mengenalpasti keperluan berbeza bagi kulit kepala lelaki dan wanita, para saintis Clear telah membangunkan rumusan kesuburan kulit kepala dwi jantina yang pertama. Berasaskan fokus konsisten terhadap teknologi terkini, Clear dinobatkan sebagai syampu penjagaan kulit kepala paling terkemuka di dunia dan terus memperkukuhkan kedudukannya di 35 pasaran dengan rancangan untuk berkembang menjadi jenama 1 bilion di masa terdekat.

    CLEAR Nutrium 10 Launch 3

    CLEAR Nutrium 10 Launch 4

    CLEAR Nutrium 10 Launch 5

    CLEAR Nutrium 10 Launch 7

    CLEAR Nutrium 10 Launch 6

    Tags: , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Mila Jirin Bakal Lancar Album Terbaru & Showcase
  • Kecapi Keanggunan Bersama Minuman Anti-Penuaan Eterna’
  • Rakaman Unzipped HUJAN di Ruums KL
  • Video Sekitar Pelancaran Anugerah Skrin 2009
  • Video Sex Skandal Khairy Jamaludin Tersebar di Internet?
  • Gambar Diana Danielle di Pelancaran Sunsilk Hello Perfection
  • Harris Alif Lancar Single Terbaru Kisah Yang Terindah
  • Maya Karin Berkempen Untuk Alam Sekitar
  • Sidang Media Anugerah Skrin 2008 Berkonsepkan DIAMOND
  • Mila Lancar Produk Kecantikan LUVMILA



  • Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah Media Islam Negara ke-2

    July 18th, 2008 | Category: Siti Nurhaliza |
    8 Comments »


    DATO’ SITI NURHALIZA SERIKAN SIARAN LANGSUNG ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KALI KEDUA PADA 24 JULAI 2008 DI RTM1

    Malam pengiktirafan Anugerah Media Islam Negara (AMIN) yang memasuki tahun kedua pengajurannya kali ini diserikan persembahan Dato’ Siti Nurhaliza selain meletakkan kepercayaan penuh kepada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkannya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi RTM1, jam 09.00 malam pada 24 Julai 2008 (Khamis).

    Majlis yang dianjurkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini pastinya lebih gemilang dan meriah kerana penambahan dua kategori yang dipertandingkan berbanding sebelumnya menjadikan semuanya enam kategori. Enam kategori itu termasuklah Anugerah Penerbitan Radio, Anugerah Penerbitan TV, Anugerah Penerbitan Media Cetak, Anugerah Penerbitan Drama, Anugerah Laman Web dan Anugerah Perdana Media Islam Negara.

    Menerusi Anugerah Penerbitan Radio dan Anugerah Penerbitan TV melibatkan pencarian kepada memilih Penerbit Dokumentari Berunsur Islam Radio Terbaik, Penerbit Majalah Berunsur Islam Radio Terbaik, Penerbit Bicara Wara Berunsur Islam Radio Terbaik, Penyampai Rancangan Agama Radio Lelaki Terbaik, Penyampai Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik, Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Lelaki Terbaik dan Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik.

    Namun menerusi Anugerah Penerbitan TV iaitu Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik tidak dipertandingkan kali ini.

    Manakala Anugerah Penerbitan Media Cetak pula menarik penyertaan kepada individu berminat menghantar penyertaan bertanding Penerbit Akhbar Terbaik, Penerbit Terbitan Berkala Terbaik, Penerbit Buku Terbaik, Penulis Rencana Terbaik dan Penulis Buku Terbaik.

    Sementara itu menerusi Anugerah Penerbitan Drama menyaksikan anugerah dipertandingkan iaitu Penulis Skrip Drama Berunsur Islam Radio Terbaik, Penulis Skrip Drama Berunsur Islam TV Terbaik, Pelakon Drama Berunsur Islam Radio Lelaki Terbaik, Pelakon Drama Berunsur Islam Radio Wanita Terbaik, Pelakon Drama Berunsur Islam TV Lelaki Terbaik dan Pelakon Drama Berunsur Islam TV Wanita Terbaik.

    Anugerah Laman Web yang baharu diperkenalkan pula menyaksikan pencalonan untuk kategori Penerbit Drama Berunsur Islam Radio Terbaik dan Penerbit Drama Berunsur Islam TV Terbaik. Selain pencalonan istimewa mencari satu-satunya memilih pemenang dinobatkan Anugerah Perdana Media Islam Negara.

    Pastinya kriteria pemilihan pemenang kepada setiap anugerah yang dipertandingkan dipatuhi oleh seramai 180 penyertaan yang diterima.

    Antaranya melibatkan kandungan cerita yang dapat memberikan sumbangan dan kemajuan ummah, dinamik dan relevan, persembahan yang berkualiti, personaliti yang menampilkan imej baik dan sopan semasa penyampaian, tokoh yang bergiat aktif dalam rancangan agama radio dan TV, akbar yang dominan, aktif dan realistik boleh diaplikasikan, skrip yang baik dan berkualiti selain drama yang diarahkan mestilah berkualiti.

    Selain menyaksikan persembahan artis tersohor Dato’ Siti Nurhaliza, majlis penganugerahan ini turut menampilkan Aris Ariwatan, Nassier Wahab, Siti Fairus, Mohram selain Kumpulan Rabbani, Far East dan An Najwa yang pastinya dapat menghiburkan tetamu dan penonton dengan ranngkaian lagu popular masing-masing.

    Pengacara majlis yang di ketengahkan juga melibatkan Shamsul Ghau Ghau, Dr. Fazley dan juga pelakon drama dan filem sensasi Fahrin Ahmad.

    Kepada anda menyokong usaha menggalakkan penerbitan media penyiaran, media cetak, penulis dan pengkarya di negara ini menghasilkan karya berkaitan Islam, jangan ketinggalan menyaksikan Anugerah Media Islam Negara (AMIN) secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi RTM1, jam 09.00 malam pada 24 Julai 2008 (Khamis).

    [tags]dato’ siti nurhaliza, anugerah media, islam, negara, Anugerah Laman Web, amin, Pelakon Drama, Berunsur Islam, Radio Wanita, Terbaik, rtm, jakim, Penulis Buku Terbaik, akhbar, popular, aris ariwatan, fahrin ahmad, Shamsul Ghau Ghau, Dr. Fazley, Aris Ariwatan, Nassier Wahab, Siti Fairus, Mohram[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Gambar Siti Nurhaliza di Anugerah PPMH 2011/12
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Tahun 1997
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Siti Nurhaliza Bersama Idola Kecil 3
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah PPMH Media Hiburan
  • Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABPBH2011
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cover Majalah EH! Bulan Mei 2010








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK