Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Rahsia Payudara Gebu & Anjal!
www.payudara2u.com

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Lagu Coba Faizal Tahir Lagu Tema Drama Matahari

April 20th, 2009 | Category: Drama, Faizal Tahir |
8 Comments »


Sudah tonton drama Matahari di TV3? Ramai betul kan pelakon handalan dan mantap-mantap dalam drama di slot Akasia ni? Setakat ini, ramai yang kata drama ni memang best! Tambahan pula, lagu Faizal Tahir yang bertajuk Coba menjadi lagu tema. Selain itu ada beberapa versi lagu ini dibuat dalam bentuk akustik gitar… memang ada kelainan dan pastinya memenuhi citarasa pendengar.

Klip Drama Matahari – Lagu Coba

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Faizal Tahir Tak Yakin Menang Separuh Akhir Muzik Muzik 25
  • Rakaman Raya Fenomena Faizal Tahir Ahad Ini
  • Promo Minggu Setiausaha Faizal Tahir & Sharifah Aleya
  • Faizal Tahir Muntah Darah
  • Siti Nurhaliza Terbit Konsert Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya
  • RM100 Ribu Jadi Rebutan Pemenang Finalis Gah 1
  • Muzik Muzik 26 Peringkat Separuh Akhir
  • Faizal Tahir Sakit Lung Infection?
  • Quote of the Day: Faizal Tahir Work Out di Fitness First
  • Gambar Anuar Zain, Ella, Ning Baizura, Faizal Tahir Dalam GhazalRock





  • TIGA FILEM MENARIK SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI di RTM2

    September 18th, 2008 | Category: Ezany Nizariff, Filem, Kartina Aziz, Zul Huzaimy |
    2 Comments »


    RTM2 MENGHIDANGKAN TIGA FILEM MENARIK SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI.

    Aidilfitri merupakan suatu perayaan yang dinantikan oleh setiap umat Islam bagi meraikan kemenangan setelah berjaya menempuhi segala dugaan sepanjang bulan Ramadhan. Bagi menceriakan lagi suasana perayaan Hari Raya Aidilfitri RTM2, Saluran Famili Anda telah membariskan filem-filem menarik lagi menghiburkan buat tatapan anda semua. Diharap ia dapat membantu anda mengisi sambutan perayaan anda seisi keluarga bersama RTM2. 

    Bagi perayaan Aidilfitri kali ini RTM2 telah membariskan tiga buah filem hebat lagi menarik buat tatapan semua. Antaranya, ‘Cinta Yang Satu’ dan ‘Syaitan’ yang menghiasi slot Movie Khas Aidilfitri. Manakala, filem ‘Man Laksa’ akan menghiasi slot Sinema Jumaat. Diharap ia dapat membantu anda mengisi hari cuti anda seisi keluarga.

    Tirai akan dibuka pada 1 Oktober 2008 (Rabu), jam 9.00 malam. Menerusi filem ‘Cinta Yang Satu’, penonton akan dibawa mengikuti kisah Zulaikha dan Wira yang bercinta sejak zaman di bangku sekolah lagi. Setelah mengakhiri zaman persekolahan Zulaikha melanjutkan pengajian ke luar negara sementara Wira mengendalikan perniagaan keluarga.

    Sewaktu ketiadaan Zulaikha, Wira bertemu dengan Jamilah dan mengambilnya menjadi teman wanitanya bagi menghilangkan kebosanannya. Sewaktu Zulaikha pulang ke tanah air dia dapat menyaksikan ada sesuatu yang tidak kena di antara Wira dan juga Jamilah. Terpancar kemesraan yang luar biasa dalam perhubungan mereka bereka berdua. Apakah kesudahan hubungan cinta antara Wira dan Zulaikha ?. Siapakah yang bertuah bertakhta di hati Wira ? 

    Filem hebat ini dibintangi oleh Zul Huzaimy sebagai teraju utama. Mungkin sebelum ini, kita sudah terbiasa kita menonton Zul Huzaimy memegang watak jahat atau antagonis, tetapi kali ini beliau mencuba untuk memegang watak hero yang baik dan romantis. Turut menjayakan filem ini adalah Siti Elizad, Sharifah Sofea, Nabila, Sheera, Ezany Nizariff dan Aida Radzwill.

    Pada keesokan harinya, 2 Oktober 2008 (Khamis) pada jam 9.00 malam menerusi dengan menampilkan sebuah filem hebat bertajuk ‘Syaitan’ khas buat tontonan seisi keluarga. Filem ini berkisar tentang Dalila yang dipaksa kahwin oleh kedua ibu bapanya. Dia telah dipaksa berkahwin dengan Muslim dan menjadi isteri keduanya. Keadaan ini menyebabkan Dalila berasa amat tertekan. Hal ini menyebabkannya terus berhubung dengan Saad, bekas teman lelakinya.

    Saad masih tidak dapat menerima hhakikat bahawa gadis idamannya telah menjadi isteri orang. Dendam kesumat yang beraja di hati Saad menyebabkannya bertindak di luar batasan terhadap Muslim dengan merancang pembunuhan Muslim. Akhirnya, Muslim terlantar koma dan adakah ia berlaku hasil pakatan Saad dan Dalila untuk membunuhnya ?  
     
    Barisan pelakon yang terlibat menjayakan filem ini adalah Rosyam Nor, Lisdawati, Que Haidar, Liyana Jasmay, Zul Huzaimy, Azri Iskandar, Noorkhiriah dan Ellie Suriati.

    Manakala pada 3 Oktober 2008 (Jumaat) jam 1.00 petang para penonton berpeluang menonton sebuah filem bertajuk ‘Man Laksa’. Cereka ini mengisahkan tentang seorang jejaka yang terkenal dengan nama panggilan Man Laksa. Dia merupakan seorang jejaka yang pemalu dan mencari rezeki dengan menjual laksa di kampungnya.

    Dalam diam Man Laksa menyimpa perasaan terhadap Chah, anak kepada Ketua Kampung Tuan Hj. Sukarno. Man berhasrat untuk melamar Chah pada satu majlis malam amal. Namun begitu, berlakunya kekecohan sewaktu malam amal tersebut lantaran ramai artis yang dijanjikan tidak dapat hadir. Berjayakah Man melamar chah menjari ratu hatinya ?
     
    Barisan pelakon terkenal yang menjayakan filem ini Yassin Senario, Sharifah Aleya, Saiful Apek, Harun Salim Bachik, Zami Ismail dan Kartina Aziz.

    Pastikan anda semua tidak akan melepaskan peluang keemasan ini bagi menonton semua program menarik dan menghiburkan yang disajikan khas untuk anda sempena Hari Raya Aidilfitri menerusi RTM2, Saluran Famili Anda. 

    [tags]Yassin Senario, Sharifah Aleya, Saiful Apek, Harun Salim Bachik, Zami Ismail, Kartina Aziz, Siti Elizad, Sharifah Sofea, Nabila, Sheera, Ezany Nizariff, Aida Radzwill, Rosyam Nor, Lisdawati, Que Haidar, Liyana Jasmay, Zul Huzaimy, Azri Iskandar, Noorkhiriah, Ellie Suriati, akasia, amrin tv3, apple mac, gangstarz season 2, handphone, naked, football jerseys, Funny Youtube Videos, gita gutawa, bugil, satin nightwear, sexy black dress, Shop Online, singapore, sleepwear, spaghetti strap, richest[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MAWI, MIMIE AISHA DALAM UCAPAN HARI RAYA SIARAN LANGSUNG SALAM LEBARAN
  • Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
  • RTM EDAR SAGUHATI DI STESEN KL SENTRAL & HENTIAN DUTA
  • Program Hebat Sempena Aidilfitri 1430H di Astro
  • Amalan Mulia Di Hari Raya Aidilfitri
  • Kad Raya, E-kad Aidilfitri, TV Raya, Pelita Raya, Apa Lagi?
  • DRIVING MISS WEALTHY & FUN WITH DICK AND JANE
  • Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5
  • HASNOL RAHMAT, DAYANG NAZILA, KUNA DALAM SLOT TELEMOVIE RAYA RTM2
  • Ucapan SMS Salam Aidilfitri daripada Fouziah Gous





  • KARNIVAL HOTLINK BERSAMA GANG STARZ

    July 7th, 2008 | Category: Gangstarz, TV3 |
    2 Comments »


    5,000 HADIRIN GEGARKAN ”KARNIVAL HOTLINK BERSAMA GANG STARZ”

    Pada 5 Julai lalu, Budiey sempat mengunjungi Karnival Hotlink Bersama Gangstarz yang telah diadakan di Astaka Taman Tasik Titiwangsa. Tidak ramai media yang buat liputan mungkin sibuk dengan aktiviti hujung minggu.

    Untuk gambar dan photo karnival lain yang lebih besar sila klik SINI.

    Lebih 5,000 pengunjung membanjiri Karnival yang bermula dari jam 2.00 petang itu menyediakan pelbagai gerai Hotlink yang menarik seperti permainan dan aktiviti riang dan riadah untuk kanak-kanak mahupun pengunjung dewasa yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan poster, tandatangan dan beramah-mesra bersama peserta-peserta Gangstarz Musim Ke-2 kali ini.

    Grup Akasia, bukan sekadar untuk makcik-makcik aje! Vote mereka ya!

    Lapan kumpulan Gang Starz yang terdiri daripada One Nation Emcees, Akasia (Malaysia), Paragon Child, 3.5 (Filipina), D’Reborn, D’Raz, 3 Voices (Indonesia) termasuk kumpulan Step (Thailand) yang telah tersingkir minggu lalu membuat penampilan khas dan menghiburkan para pengunjung yang hadir ke Karnival Hotlink tersebut.

    Penampilan istimewa daripada peserta Gang Starz musim pertama yang lalu iaitu kumpulan The Lima dan Infinatez telah berjaya menghangatkan suasana showcase pada hari tersebut. Pengunjung dilihat begitu terhibur dan tetap meluangkan masa di karnival walaupun terpaksa bertahan berjemur dibawah matahari.

    Persembahan showcase dimulai oleh D’Raz yang mendendangkan medley Kekasih Gelapku/Keliru dan Gila Judi/Yang Sedang-Sedang Saja diikuti oleh gabungan kumpulan Malaysia, Akasia dan Thailand, Step yang akan membawa lagu Oh Oh Oh diikuti oleh Paragon Child dengan lagu Lelaki Ini dan Let’s Get It Started.

    Gabungan kumpulan D’Reborn dan One Nation Emcees pula membawakan lagu My Love/Pump It membuka tirai kepada kumpulan comel dan cilik dari Indonesia, 3 Voices dengan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi dan Cublak Cublak Suwang. Turut menghiburkan penonton ialah peserta Gang Starz musim pertama, Infinatez yang muncul dengan lagu Paparazzi dan Ada Masa.

    Persembahan istimewa daripada Paragon Child dan 3.5 menyanyikan lagu Bring Me To Life dan kemudian kumpulan Akasia dengan lagu Seksis dan Drama. Kemunculan Step untuk kali kedua menarik dan lebih gamat dengan persembahan lagu etnik Thailand Loi Kratong/Fa Ja dan Tee Kau. Juara Gangstarz musim pertama, The Lima menyanyikan lagu Kau Ada Dia dan Separuh Masa diikuti dengan persembahan duet daripada kumpulan D’Raz dan 3 Voices menyanyikan lagu Ketahuan.

    Kumpulan dari Filipina  yang terdiri dari 3 gadis dikenali sebagai 3.5 mendendangkan lagu One Night Only dan Sweet Escape/Sweet Child of Mine, kemudiannya D’ Reborn meneruskan persembahan menyanyikan lagu Keroncong Protol dan Biarlah. Kumpulan yang sering mendapat sorakan hangat di Konsert Gang Starz, One Nation Emcees meneruskan persembahan hebat dengan membawakan lagu Goyang Inul dan Music/Dont’ Stop The Music. The Lima menutup tirai persembahan showcase dengan membawakan lagu dari album terbaru mereka berjudul Boronan Cinta.

    Menurut Penerbit Gang Starz, Mohd Sufian Isa:

    “Kami amat teruja dengan sambutan hangat yang diberikan oleh beribu pengunjung yang sanggup menahan cuaca panas demi untuk memeriahkan Karnival Hotlink Bersama Gangstarz petang ini. Karnival ini bukan sahaja memberi peluang untuk para peserta berjumpa dan beramah-mesra dengan peminat-peminat Gang Starz dengan lebih dekat, malah juga satu platform yang bagus untuk mereka berlatih membuat persembahan dan memperlihatkan bakat vokal dan tarian mereka. Terima kasih sekali lagi kepada penaja Hotlink dan para pengunjung kerana terus memberikan sokongan kepada tv3 dalam menjayakan rancangan ini.”

    Di samping meluangkan masa di gerai-gerai Hotlink dan menikmati persembahan mantap daripada 8 kumpulan Gang Starz, para peminat juga berpeluang melihat dan bergambar dengan helikopter Gang Starz yang menjadi salah satu tarikan utama karnival apabila dipamerkan untuk tatapan umum buat pertama kalinya. Karnival ini juga turut dimeriahkan dengan pertandingan karaoke Hotlink yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuklah telefon bimbit 3G sebelum acara tamat pada jam 7.00 malam.

    Budiey sentap dan naik angin jugak la apabila salah satu grup Gang Starz yang tak nak berkerjasama untuk sesi foto shoot untuk Sensasi Selebriti. Tidak mengapalah, mungkin diorang letih masa tu. Tapi harap diorang ni jangan berlagak diva atau sombong bodoh sebab korang belum lagi menang! Korang ingat grup korang tu gempak sangat ke? Kalau betullah korang berniat sombong dan berlagak, harap hentikan… contohi grup The Lima dan Infinatez yang begitu mesra melayan media. Walaupun fungsi blog ini sangat kecil berbanding media diva yang lain… tapi blog juga boleh menggoncangkan dunia! Ingat industri kat Malaysia ni kecil aje, kat mana korang pergi pun, alih-alih kita akan berjumpa dengan orang yang sama jugak! Jadi, jangan nak berlagak sangatlah!

    Peminat cilik Infinatez

    [tags]gang starz, karnival, hotlink, contrary, pakatan rakyat, One Nation Emcees, Akasia, Malaysia, Paragon Child, 3.5, Filipina, D’Reborn, D’Raz, 3 Voices, leaders, lim guan eng, Parti Keadilan Rakyat, isu liwait, video liwat, gambar saiful, The Lima, Infinatez[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Pemenang Percutian SPA & Isitirehat BALI Tajaan Hotlink
  • Majlis Penyampaian Hadiah Hotlink Cabaran Iklan TV Hotlink
  • Konsert Gang Starz Pertama Malam Ini di TV3
  • Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi
  • Sekitar Sidang Media Pelancaran Gang Starz Musim Ke-2
  • Wana My Starz LG Lancar Album Pertama
  • My Starz – Program Realiti TV Terbaru TV3
  • Showcase My Starz LG
  • Quote of the Day: Faizal Tahir Work Out di Fitness First
  • INFINATEZ LAHIR SINGLE KEDUA ADA MASA












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK