Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Sekitar Majlis Perasmian Kompleks Penyiaran Negeri Pahang

July 13th, 2008 | Category: RTM |
3 Comments »


MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS PENYIARAN NEGERI PAHANG YANG BAHARU

Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang kini meyambut ulang tahun yang ke-62 kini melangkah maju setapak lagi dengan tersergamnya Kompleks Penyiaran Negeri Pahang yang memulakan proses pembinaannya sejak 6 Februari 2003. Tanggal 14 Julai ini telah dipilih sebagai tarikh keramat dimana kompleks penyiaran yang tersergam megah menjadi salah satu kebanggaan RTM bakal dirasmikan. Majlis bakal disempurnakan oleh Sultan Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah.

Projek yang menelan belanja kira-kira RM50 juta ini dimiliki Jabatan Penyiaran Negeri Pahang yang bertanggungjawab terhadap proses pengurusan dan pentadbirannya. Kini, RTM Pahang terus melangkah maju ke hadapan dibawah kepimpinan Encik Mohd Fakhrur Razi Ismail selaku Pengarah Penyiaran Negeri Pahang. 

Ternyata dengan wujudnya Kompleks Penyiaran Negeri Pahang ini menyumbang kepada banyak kemudahan yang membantu melancarkan lagi program-program dan aktiviti melibatkan Jabatan Penyiaran Negeri Pahang kepada lebih teratur dan berjalan lancar.

Namun hakikatnya dari segi pentadbiran Jabatan, ia telah bermula sejak tahun 1981. Seorang pegawai dihantar mengetuai stesen yang sesuai dengan taraf sebuah stesen penyiaran. Jawatan ketika itu dikenali sebagai Ketua Stesen dan kini dinaik taraf sebagai Pengarah Penyiaran Negeri. Penambahan kakitangan juga dinaikkan dari semasa ke semasa dan seorang jurutera juga ditempatkan untuk mengetuai bahagian Kejuruteraan stesen ini pada tahun 1982 sehinggalah kini.

Antara kemudahan Kompleks Penyiaran Negeri Pahang yang menjanjikan keselesaan kepada semua ialah Konti Radio Pahangfm, Studio Rakaman Audio, Studio Suntingan Audio, Studio Berita TV, Studio Pelbagai Guna, Pentas Terbuka (Amphitheatre) dan Auditorium yang baharu dan dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan lebih canggih.

Antara pencapaian yang membanggakan yang telah dicapai oleh RTM Pahang ialah Anugerah Khas Titian Murni, Anugerah Sri Angkasa – Berita TV Terbaik dan Anugerah Ketua Pengarah Penyiaran pada tahun 1995. Manakala pada tahun 1996 mereka telah berjaya menggondol Anugerah Titian Murni dan juga Anugerah DJ Pengguna Radio Terbaik.  Pada tahun 2003 mereka memperoleh Anugerah Pengguna Radio Terbaik. Menyusul pada tahun 2004, RTM Pahang telah memenangi Anugerah Rancangan Agama Radio Terbaik anjuran IKIM.

Produk yang menjadi kebanggaan RTM Pahang adalah PAHANG fm. Kini siarannya meliputi ke seluruh negeri Pahang. Antara rancangan yang mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pendengar setia PAHANG fm adalah Ceramah Pilihan, Forum Al Muqarrabin, Drama Mingguan, Bicara Malam, Tiara Mesra, Chit Chat Remaja, Hits PAHANG fm, Topik Bual Pagi, Buai Laju-Laju dan Dr. di Radio. PAHANG fm boleh didengari di gelombang siaran seperti berikut daerah Kuantan dan Pekan (104.1 MHz), daerah Jerantut (92.7 MHz), daerah Maran (92.0 MHz), daerah Kuala Rompin (91.9 MHz), daerah Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera (107.5 MHz), Muadzam Shah (87.7 MHz) dan Cameron Highlands (100.3 MHz).  

Daripada sudut lain, sumbangan dan peranan stesen RTM Kuantan bukan hanya terhad kepada siaran tempatan sahaja tetapi juga berperanan menyumbang kepada siaran daerah dan siaran nasional. Ini mewujudkan semangat intergrasi nasional. Sekaligus ia menyumbang kepada menambahkan lagi kreadibiliti stesen tempatan dalam member hiburan, maklumat dan pendidikan kepada orang ramai.

[tags]kronik, beyonce, rtm rasmi, dj popular, dadah, reman, ganja, muzik tempatan, isma halil, halim othman, farah fauzana, nana, edlin aman ramli, azizan nin, zahid, adam, sofaz, tertangkap, menunding jari, ramli sarip, jordin sparks[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS PENYIARAN TUANKU MUHAMMAD NEGERI SEMBILAN
  • Konsert Jelajah Orkestra Simfoni Kebangsaan 2007
  • Lagu Joget Pahang dari Datuk Siti Nurhaliza
  • Gambar Sekitar Kembara TV3 di Pahang
  • Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing
  • SRI GEDOMBAK vs TITIH PUSAKA di PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT 2010
  • Majlis Perasmian Tower Beach Soccer Langkawi 2009
  • RTM Dilantik Sebagai Hos Penyiar Le Tour De Langkawi 2011
  • Senarai Peserta Finalis Pertandingan Bintang Klasik Nasional 2010
  • Sekitar Kembara TV3 di Pahang



  • Showcase ulang tahun ke 16 KRU @ Ruums KL

    July 12th, 2008 | Category: KRU, Rozita Che Wan, Showcase |
    7 Comments »


    Showcase ulang tahun ke 16 KRU akan diadakan pada 25 Julai 2008, bertempat di RUUMS KL jam 8 malam.

    Sempena sambutan ke 16 ini, KRU mengadakan showcase khas untuk orang ramai menyaksikan persembahan dari artis-artis di bawah naungan KRU Studios. Antara barisan-barisan artis yang akan mengadakan persembahan pada malam itu adalah seperti Edry KRU, Aznil, Adam, The Lima, Dafi, Sleeq dan sebuah kumpulan yang di terbangkan dari Sweden iaitu Ladylike.

    Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk hadir ke showcase ulangtahun ke 16 KRU.

    MASUK ADALAH PERCUMA!

    [tags]Edry KRU, Aznil, Adam, The Lima, Dafi, Sleeq, kru, ladylike, george michael, teri hacter, carrie, reese, jake, periuk belanga, serina, malaysia dan brunei, sudu garfu, santai-santai, ceriakan hujung minggu anda, gerak khas, saka, anita sarawak, rozita che wan, ayu raudhah, showcase kru, ruums, kl[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rakaman Unzipped HUJAN di Ruums KL
  • Top Up Tour Nidji Live Showcase in KL di Ruums KL
  • Showcase Letto di Ruums Kuala Lumpur 27 Julai
  • Promo: Jams With PETERPAN Live in KL
  • Showcase & Pelancaran Album Terbaru Peterpan – Hari Yang Cerah
  • Explosions in the Sky Live In Malaysia at RUUMS KL
  • Showcase Jinbara di Ruums KL & Lagu Lirik Lelaki Ini Anuar Zain
  • Spotted! Promosi Album Letto Meet Fans di MidValley
  • Showcase Meet Uncle Aznil Times Square First World Hotel Genting Highlands
  • Sekitar Showcase Nidji Top Up Tour di Ruums KL



  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM

    June 29th, 2008 | Category: RTM |
    No Comments »


    RTM akan mengadakan Rakaman Zoom In @ RTM Raya pada 2 Julai 2008 (Rabu) jam 8 malam di Auditorium Perdana, Wisma Radio, Angkasapuri Kuala Lumpur.

    Antara artis jemputan yang bakal menjayakan rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri ialah Adam, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Misha Omar, Apek, Dafi, Daniel Lee, Iwan, Haiza, Raja Azura & Sharifah Shahirah.

    Penonton yang ingin memeriahkan suasana hendaklah datang dengan pakaian tema hari raya dan tiba seawal jam 7.30 malam.

    [tags]rakaman, hos, hari raya, aidilfitri, Zoom In Hari Raya Aidil Fitri, Adam, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Misha Omar, Apek, Dafi, Daniel Lee, Iwan, 7 eleven, awek indon, azlee, cewek, Haiza, Raja Azura, Sharifah Shahirah[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kad Raya MMS Dari Pembaca Budiey.com
  • Lagu Nur Abadi Nash Ubaidillah dan Gambar Rakaman Melodi Raya
  • Temui Artis KRU di Rumah Terbuka KRU 2008
  • Program Khas Aidil Adha di Saluran Muzik Aktif RTM
  • Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Nikah
  • Gambar Dafi @ Rakaman Zoom In Raya RTM
  • Ulasan Album Raya Sakan
  • Zoom In Bersama Siti Nurhaliza 2 Mac Ini
  • Gambar Ziana Zain & Mohd di Rakaman Mentor Raya
  • Ziana Zain Mas Idayu Rakaman Raya Mentor 4








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK