Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Alam Juara So You Think You Can Dance

June 29th, 2007 | Category: 8TV |
11 Comments »


Tahniah Alam! Anda kini bergelar penari kegemaran Malaysia dan memenangi wang tunai RM50,000 dan berpeluang berlakon dalam sebuah pementasan teater muzikal terbaru Datin Seri Tiara Jacquelina yang berjudul My Name Is Remy…The Life, The Love & The Inspiration. Malaysia Favorite Dancer untuk musim pertama. Undian SMS daripada penonton berpihak kepada Alam yang begitu hebat menari ala hip hop macam break dance. Lincah, bersemangat dan penuh energetik. Alam berjaya mendapat 33% daripada 160,000 undian sekaligus mengalahkan Dennis Yin yang mendapat tempat kedua dengan 30% undian. Diikuti oleh Sue Michelin dan Brancy Teo.

Grand Finals So You Think You Can Dance berlangsung di The Ruums KL bermula jam 8.30 malam disiarkan secara langsung di 8TV. Program realiti TV bagi mencari penari berbakat dihadiri oleh ramai peminat dan penyokong peserta finals.

Kalau anda penonton setia program ini, anda tentu masih ingat Alam pernah mengejutkan kita apabila tergolong dalam katergori 6 finalis paling lemah dan agak kurang memberangsangkan. Begitu juga dengan finalis Sue yang terpaksa merelakan pasangannya Isaac. Namun, nasib masih menyebelahi Alam dengan usaha gigih Alam mempamerkan kebolehan luar biasa. Saya suka tengok wajah Alam yang nampak cute sebijik macam bintang Malaysian Idol, Saiful. Sebagai selingan, penonton dihiburkan dengan Joe Flizzow & The Kartel dan juga Reshmonu.

Hos pada malam tadi, Jehan Miskin dan Juliana Ibrahim (bintang pelakon Impian Ilyana) mengacarakannya dengan lancar. Tahniah pada 8TV kerana telah melahirkan penari berbakat. Seni, persembahan bergabung dalam satu pentas. Alam juga dijanjikan untuk menjadi pelakon dalam sebuah teater arahan Tiara Jacquelina. Juri Judimar Hernandez, Pat Ibrahim dan Ramli Ibrahim bersetuju Alam memang hebat pada malam tadi.

[tags]So You Think You Can Dance, Sue Michelin, Brancy Teo, break dance, Alam, Juara, tips belajar menari, lagu tarian, tradisional, hip hop song, mp3 download, muat turun mp3, impian Ilyana, TV3, Favorite Dancer, dancing class, Kuala Lumpur, Juliana Ibrahim, Jehan Miskin, 8tv, Grand Finals, peraduan, contest, ujibakat, kuiz, tmnet, jutawan, tips menjadi jutawan, Malaysian Idol, My Name Is Remy…The Life, The Love & The Inspiration, Saiful, Joe Flizzow & The Kartel, Reshmonu, Tiara Jacquelina, gambar Datin Azura, teater, theater, IMAX, Transformers, The Ruums KL[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • LED Lion & Dragon Dance Performances
  • One In A Milion Season 3 Top 12 Finalists Roadshow
  • Floor Fever Juara Dynda Hanya Kamu Dance Off
  • Tune Talk 1Malaysia Lion Dance Chinese New Year
  • Profile Iesya
  • Gambar Sasha Bashir di Red Carpet Anugerah Juara Lagu 24
  • Dance For Your Dream
  • So You Think You Can Dance Season 7
  • Battleground 2011 Auditions
  • CC WINNER SO YOU THINK YOU CAN DANCE SEASON 2



  • Glamour, Sensasi, Hebat – I Wanna Be A Model

    June 7th, 2007 | Category: 8TV |
    No Comments »


    8TV I WANNA BE A MODEL
    Musim kedua kembali dengan lebih hebat dan glam!

    8TV dengan bangganya membawakan rancangan realiti hit I Wanna Be A Model musim kedua dan mengajak para penonton untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan wajah-wajah bertuah yang bakal menyinari persada fesyen negara dengan menghiasi majalah-majalah, papan iklan dan juga iklan TV.

    Kembali dengan nafas baru, musim kedua ini bakal menampilkan lebih banyak wajah-wajah baru yang akan menghiasi kaca tv anda dalam masa terdekat ini. 

    Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan di 8TV, Cik Airin Zainul begitu teruja dengan pelancaran rancangan ini berkata, “Semasa rancangan ini mula disiarkan pada tahun lepas, siri I Wanna Be A Model telah meletakkan satu standard yang tinggi dengan visi inovatifnya dalam pencarian wajah-wajah baru sebagai model yang bukan sahaja  perlu mempunyai rupa paras yang menarik tetapi juga harus mempunyai personaliti dan perawatakan yang ‘tepat’ dan bersesuaian untuk terus bertahan dalam industri tempatan ini.”

    “Kini 8TV dengan bangganya membawakan kepada anda rancangan realiti pencarian model musim yang kedua, bertujuan untuk memberi peluang kepada lelaki mahupun perempuan yang berbakat besar dan berhasrat menjadikan bidang peragaan sebagai kerjaya profesional mereka. Inilah satu-satunya rancangan yang menampilkan ‘transformasi’ para peserta sehingga menjadi model yang terkenal dan berpotensi, apabila mereka perlu menjalani ujian dan tugasan pada setiap minggu yang akan memperlihatkan mereka yang benar-benar layak sahaja akan bertahan.”

    Rancangan realiti I Wanna Be A Model ini  terbuka kepada lelaki dan wanita yang berperawatakan fotogenik dan  boleh bertutur dalam bahasa Cina, berumur antara 18 hingga 26 tahun dan tidak terikat dengan mana-mana kontrak peragaan. Selain itu, mereka yang berminat perlu mempunyai minimum ketinggian 175sm untuk peserta lelaki dan sekurang-kurangnya 160sm bagi peserta perempuan.     

    I Wanna Be A Model musim kedua yang diilhamkan oleh 8TV (menampilkan 13 episod) ini akan bermula dengan sepuluh peserta lelaki dan sepuluh peserta perempuan yang bakal dipilih selepas melalui tiga sesi ujibakat yang akan dilakukan di seluruh Malaysia.  

    Para peserta akan bersaing sesama sendiri dalam misi mencari supermodel yang berpotensi di samping mengelakkan diri dari tersingkir pada setiap minggu. Para peserta perlu berjaya di dalam setiap sesi seperti acara fesyen catwalk, sesi fotografi, solekan, penggayaan dan tatarias serta penggambaran video klip bersama para peserta yang lain.

    Empat peserta finalis (dua peserta perempuan dan dua peserta lelaki) pula akan bersaing sesama sendiri dalam menentukan juara mutlak yang bakal bergelar Top Model . Para penonton boleh menghantar undian untuk peserta pilihan masing-masing di pusingan final melalui SMS, yang akan bersiaran SECARA LANGSUNG pada 28 Oktober, hari Ahad, jam 8.30 malam. Episod pertama I Wanna Be A Model pula akan disiarkan secara ekskusif di 8TV bermula 5 Ogos 2006, hari Ahad, jam 7 malam.

    Untuk musim yang kedua ini, sekali lagi personaliti 8TV iaitu Lynn Lim (Hey Morning) dan juga Dylan Liong (Step Forward) begitu berbesar hati kerana diberi peluang menjadi pengacara bersama dalam rancangan realiti pencarian bakat-bakat baru untuk model tempatan ini. Siri realiti ini juga akan memberi informasi kepada para penonton tentang fesyen dan trend terkini.

    Siri uji bakat yang pertama akan diadakan di Kuala Lumpur dari 15 hingga 17 Jun 2007 di lokasi yang akan diumumkan kemudian. Pada musim lepas, sessi uji bakat yang telah dijalankan menyaksikan penyertaan sebanyak 4,000 orang semasa pembukaan sesi pemilihan yang telah diadakan di Johor Bahru, Penang dan juga Kuala Lumpur. 

    [tags]I Wanna Be A Model, 8TV, personality TV, duta produk, sensasi, selebriti, actor, film, movie[/tags]

    Tags: , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • I Wanna Be A Model New Season di 8TV
  • Asia’s Next Top Model
  • America’s Next Top Model Season 10 di 8TV
  • Gambar Sekitar Tea Party Glow & Glamour di Amcorp Mall
  • Jemputan Ke Tea Party Glow & Glamour
  • Nora Danish & Ijoy Pemenang Pakaian Paling Glamour ABP 2007
  • Aswara Menang Awards di 13th Lyon Asian Film Festival
  • Drama Step of Dance Kisah Penari @ 8TV
  • Noorfara Atilia Pemenang Estee Lauder Model Search Grand 2011
  • Sensasi Selebriti Punya Kad Bisnes!



  • Kejutan So You Think You Can Dance

    June 2nd, 2007 | Category: 8TV |
    1 Comment »


    Episod yang penuh dengan kejutan
    Satu kejutan berlaku pada episod rancangan realiti tarian, So You Think You Can Dance yang berlangsung pada 31 Mei lalu. Pihak juri telah mengambil keputusan untuk mengumumkan enam finalis yang mempunyai prestasi yang kurang memberangsangkan dan menyerahkan kepada para penonton untuk menyingkirkan dua peserta yang memiliki undian paling rendah.

    Peserta kegemaran ramai, Alam dan Noor yang sebelum ini sentiasa memberikan persembahan yang meyakinkan telah mengejutkan para penonton apabila tergolong dalam kategori peserta terlemah. Sue juga turut terpaksa merelakan pasangannya Isaac tergolong dalam kategori yang sama di samping Jimmy, Jo dan Becky.

    Rancangan secara langsung yang dibawakan dari Ruums (KL Life Centre) malam tadi telah memperlihatkan peserta Top 12 menari mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu ‘Malam Irama Malaysia’. Sekali lagi, para peserta dikehendaki memilih jenis tarian yang dipersembahkan secara rawak dari tarian kontemporari Melayu, Bollywood sehinggalah tarian kontemporari Cina.

    Isaac & Jo

    Pengurus Besar, Pembangunan Perniagaan, Komunikasi dan Pemasaran di 8TV, Cik Lam Swee Kim berkata, “Pada minggu ini, kita sudah melengkapkan separuh dari rancangan pada musim ini. Jadi, kami mengambil keputusan untuk menghangatkan lagi bahang pertandingan dengan mengenakan tema ‘irama Malaysia’ dalam persembahan mereka. Tema yang telah ditetapkan sedikit sebanyak memberi peluang kepada para peserta untuk menonjolkan bakat yang mungkin dapat menyelamatkan mereka ke pusingan seterusnya. Pada peringkat ini, kami mengharapkan sesuatu yang luar biasa dapat diberikan oleh para peserta. Mereka semua adalah penari hebat tetapi ujian pada minggu ini dapat membuktikan kepada semua tentang versatiliti dan kemampuan masing-masing.”

    “Walaupun para penonton terpaksa melihat penyingkiran di antara enam peserta terlemah, ini telah membuktikan bahawa tiada sesiapa yang boleh terselamat jika prestasi mereka menurun dan ini merupakan satu amaran kepada para peserta. Mereka perlu memberikan komitmen 100% jika mereka benar-benar ingin menjadi juara. Tema ‘irama Malaysia’ nyata telah menguji kebolehan dan kecekalan peserta secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, minggu ini ternyata bukan milik Jo mahupun Isaac!”

    Joanne Beryl Christine atau lebih dikenali sebagai Jo nyata kecewa dengan penyingkirannya apabila sudah mara sehingga ke peringkat ini. “Penyingkiran ini tidak akan melemahkan semangat saya dari terus menari. Saya akan bekerja dengan lebih keras dan terus menari sehinnga ke akhir hayat saya. Saya hendak membuktikan kepada semua bahawa rakyat Malaysia telah membuat pilihan yang salah,” ujar penari professional dan ibu kepada seorang anak yang telah melalui pengalaman terindah sepanjang pertandingan ini.

    Isaac atau Lin Chih Seng, yang terkenal melalui persembahan akrobatik di atas pentas juga turt kecewa kerana terkeluar tetapi tidak akan menjadikannya sebagai alasan untuk berhenti menari. Sebagai penari professional tarian Cina yang pernah membuat persembahan sehingga ke luar negara ini berazam untuk mengharumkan nama negara melalui tariannya.

    Apabila ditanya tentang komen barisan juri, Isaac menjelaskan, “Saya yakin mereka memberi komen yang tulus tentang persembahan tetapi saya kurang bersetuju apabila dikatakan terlalu bergantung kepada pasangan saya. Saya hanya ingin memastikan pasangan saya selamat apabila saya membuat pusingan akrobatik dan julungan. Saya tidak dapat mengelak dari bersikap mengambil berat dalam memastikan tiada sesiapa yang tercedera. Selain itu, saya amat menitikberatkan kerjasama berkumpulan kerana ia penting apabila menari secara berpasangan.”

    Malam tadi, bintang yang semakin menyinar, Jehan Miskin telah menemani Juliana di atas pentas dan akan terus mengacarakan rancangan ini secara berpasangan. Sebagai bintang yang menyinar melalui lakonan di TV dan filem, jejaka berusia 27 tahun ini yang juga merupakan seorang model telah diakui kebolehannya dalam melakukan pelbagai acara di bidang seni.

    Sama seperti pada minggu lepas, stail tarian akan dipilih oleh setiap pasangan secara rawak. Salah seorang daripada pasangan tersebut akan diminta untuk mencabut undi bagi menentukan stail tarian yang akan dipersembahkan pada minggu seterusnya. Tiada pasangan baru untuk minggu ini kerana pasangan Orange dan Vish disingkirkan.

    Para juri akan memilih empat peserta yang paling lemah di antara finalis yang bertanding. Mereka akan diberi peluang kedua untuk menari secara solo dan rakyat Malaysia perlu mengundi peserta kegemaran mereka supaya terus bertahan dalam meneruskan perjuangan dalam pertandingan ini.

    Para penonton juga boleh melayari laman web 8TV, www.8TV.com.my/sytycd atau mendengar stesen rasmi SYTYCD , Fly FM atau menonton 8TV Quickie dan media cetak terpilih untuk mendapatkan tiket mahupun informasi terkini berkaitan dengan rancangan SYTYCD.

    Bagi mereka yang ingin menonton pertandingan ini secara langsung di Ruums, Live Centre, Kuala Lumpur, mereka bolehlah mendapatkan tiket di balai pengawal Sri Pentas, Bandar Utama pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari 9 pagi hingga 6 petang. Tiket – tiket adalah terhad. Bagi mereka yang dapat mengumpulkan 8 tiket dari episod mingguan, mereka boleh menukarkannya dengan dua tiket untuk ke pertandingan akhir SYTYCD. Hanya 100 orang pertama akan dipilih untuk mendapatkan tempat bagi menonton pertandingan akhir apabila kaunter penebusan dibuka bermula 21 Jun nanti.

    Sebagai penaja bersama, Tranz dari Poh Kong dan radio rasmi Fly FM berbesar hati menyokong dalam pencarian bakat baru dalam bidang seni tari di Malaysia. SYTYCD diterbit dan diarahkan oleh Sunil Kumar dan diacarakan oleh Juliana Ibrahim.

    Para penonton akan dihiburkan dengan persembahan yang lincah, cergas dan bersemangat dari para peserta. Tontonilah rancangan ini secara langsung pada setiap hari Khamis pada jam 9.30 malam dari Ruums di Live Centre, Kuala Lumpur. Rancangan ini juga diulang tayang pada setiap hari Isnin jam 10 pagi dan boleh ditonton secara langsung di 8TV atau saluran 18 di Astro.

    [tags] Realiti TV, Kelas Tarian, So You Think You Can Dance, 8TV, astro[/tags]

    Tags: , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • LED Lion & Dragon Dance Performances
  • Tune Talk 1Malaysia Lion Dance Chinese New Year
  • Dance For Your Dream
  • Battleground 2011 Auditions
  • Alam Juara So You Think You Can Dance
  • CC WINNER SO YOU THINK YOU CAN DANCE SEASON 2
  • GAMBAR DAFI & SYARIFAH AMANI DI PELANCARAN PERADUAN SAYANG YOU CAN DANCE
  • Grand Final Dance For Your Dream
  • Ujibakat Filem Muzikal Terbaru Tayangan Unggul
  • Floor Fever Juara Dynda Hanya Kamu Dance Off








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK