Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Gadget & New Website
Great Movies For 2011

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Filem Menarik Sempena Hari Wesak di RTM

May 16th, 2011 | Category: RTM |
No Comments »


LIMA FILEM INGGERIS HEBAT SEMPENA HARI WESAK DI RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan tayangan lima program khas berturut-turut sempena Hari Wesak yang disambut pada 17 Mei ini. Ternyata RTM mengutamakan penonton setia salurannya dengan variasi program yang menghiburkan terutama ketika meraikan sesebuah perayaan.

Lima filem hebat yang dijanjikan tayangannya sepanjang 17 Mei ini termasuklah filem Monster Vs Alien : Mutant Pumpkin From Outer Space (jam 9.30 pagi), Secret of The Furious Five (jam 10.00 pagi), Mulan 2 (jam 10.30 pagi), George of The Jungle (jam 01.00 petang) dan The Golden Child (jam 03.00 petang) menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

filem secret of the furious five

Bermula tayangan filem Monster Vs Alien : Mutant Pumpkin From Outer Space yang menonjolkan kesemua watak dijayakan Reese Witherspoon, Seth Rogen, Hugh Laurie, Will Arnett, Conrad Vernon, Rainn Wilson, Kiefer Sutherland, Stephen Colbert dan Paul Rudd. Filem animasi komputer terbitan tahun 2009 yang dihasilkan oleh DreamWorks Animation dan diedarkan oleh Paramount Pictures ini menceritakan bagaimana orang mempersiapkan diri untuk Halloween dan banyak mengangkat tema Halloween dan dekorasi membuat animasi pendek yang tampak sangat meriah. Filem ini ditujukan terhadap anak-anak kerana banyak kelimpahan gula-gula dalam setiap babak.

Menyusul animasi Secret of The Furious Five yang mengambil suara Jack Black, Dustin Hoffman, David Cross, Randall Duk Kim, Carol Kane, Jaycee Chan, Jessica Dicicco dan Tara Strong yang mengisahkan watak Po yang ditugaskan untuk melatih sekumpulan arnab dengan seni Kung Fu. Po menggunakan pendekatan melalui teknik bercerita tentang asas konsep falsafah ‘ Furious Five’ untuk melatih mereka menjadi individu yang hebat dalam seni Kung Fu.

Setelah itu saksikan pula Mulan 2 yang mengambil latar kisah kesinambungan Mulan bersama tunangnya General Lee Shang dengan misi baru mereka mengiringi tiga orang puteri Maharaja menyeberangi negera untuk bertemu dengan bakal tunang mereka. Filem animasi ini berkisar kepada mengatur perkahwinan, ketaatan, perhubungan, membuat keputusan, kepercayaan dan bertemu cinta sejati. Filem ini mengetengahkan watak Fa Mulan menggunakan suara Ming Na, Mark Moseley (Mushu), B.D. Wong (General Li Shang) dan Lucy Liu (Puteri Mei).

Bagi mereka yang gemarkan filem bercorak komedi, luangkan masa menonton George of The Jungle lakonan hebat Brendan Fraser, Leslie Mann, Thomas Haden Church dan Richard Roundtree yang mengajak penonton bergelak ketawa dengan watak George yang telah membesar bersama sekumpulan beruk di dalam sebuah hutan. Pelbagai kejadian yang mencuit hati berlaku setiap hari yang menyaksikan bagaimana George menyesuaikan diri di situ.

Peminat aktor hebat Eddie Murphy jangan ketinggalan menyaksikan filem The Golden Child yang mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai kebolehan misteri di sebuah kuil yang terletak di sebuah lokasi di Tibet. Kanak-kanak tersebut digelar ‘Golden Child’. Kanak-kanak itu diculik dan Chandler Jarrell seorang pekerja sosial berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Filem ini turut dibintangi Charles Dance, Charlotte Lewis, Victor Wong, Randall Cobb dan James Hong.

FILEM GEORGE OF THE JUNGLE

Tags: , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Bulletproof Monk Tayangan Khas Hari Wesak
  • Filem Stitch The Movie & Raising Helen di TV2
  • The Golden Child & The Glimmer Man di TV2
  • Jom Sertai Kuiz Bapaku Sayang di Suria FM
  • NASKAH ISTIMEWA SEMPENA DEEPAVALI DI TV3!
  • DRAMA KANAK-KANAK DAN FILEM ANIMASI SEMPENA MERDEKA
  • Malaikkotai dan Sivaji The Boss di RTM Sempena Deepavali
  • Gone With the Wind Filem Klasik Sempena Krismas
  • Ucapan Hari Deepavali Artis Bollywood di TV2
  • Filem Pertama Bollywood Shooting di China Chandni Chowk To China di TV2





  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah Planet Muzik 2008

    April 22nd, 2008 | Category: Anugerah Planet Muzik, Gambar, Siti Nurhaliza |
    49 Comments »


    Memang dah boleh agak, Datuk Siti Nurhaliza memang suka pakai busana berona cerah dan terang untuk majlis anugerah. Untuk nampak lebih menyerlah, lebih glamour dan lebih menampakkan radiant personality seorang diva. Siti juga selesa memilih busana yang sama ini untuk persembahan lagu Fantasia Bulan Madu; tribute kepada kumpulan Search yang memenangi Anugerah Khas Planet Muzik di APM 2008.

    Tahniah atas kemenangan Most Popular Female Artiste untuk kali ke delapan berturut-turut di APM 2008.

    Korang tau tak siapa yang reka baju biru laut ni? Haha, Budiey pun tengah cari sape yang buat ni. Kalau ada yang tahu, boleh kasi tau kita. Sorry lah, tak sempat tanya Siti masa ambik gambar ni.

    Budiey cuma tak berapa suka dengan jaringan labuci biru yang glitter dilekatkan secara rawak di baju ini. Nampak terlalu berserabut dan tiada simplicity. Less is more. Anda pula bagaimana?

    [tags]Movie Reviews, patung kertas, pondah, 3gp, anak ellah, baby, bogel, cikgu nadia, cikgu suraya, emak ella, jojie, lucah ella,  spender biru, st john, victoria instituition, siti nurhaliza, video melayu, pusat pelancongan ampang, teater patung kertas, popular, artist, sitizone.com, glamour, ibu, teenagers, the story of an old boy, bangladeshi workers, bersamamu tv3, breakthrough performance, brian tracy, cari duit internet[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Senarai Penuh Pemenang Anugerah Planet Muzik 2008
  • Gambar Fesyen Siti Nurhaliza di Anugerah MACP 2008
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza & Nash Ubaidillah di Perasmian Kayla Baverly Hills
  • Gambar Siti Nurhaliza @ Anugerah Industri Muzik 1998
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Malam Cipta Ekpres 2008, Yayasan Nurjiwa, Siti Nurhaliza & Barisan Nasional
  • Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2009
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K di Majlis Wedding Rusdi Ramli












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK