in ,

Tabung Bantuan SETULUS BUDI Untuk Mangsa Kebakaran – Rosdi Ibrahim

Tanggal 11.10.2015 mencatat sejarah hitam buat sahabat kami, saudara Rosdi Ibrahim apabila rumah ibu serta anak anak beliau di Kampung Tasek Pauh, Pasir Puteh musnah akibat kebakaran. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan beliau apabila melihat rumah yang menempatkan 11 orang adik beradik beliau sekeluarga ranap dimakan api, musnah dalam sekelip mata sahaja.

Kami di Budiey.com bersimpati dengan nasib malang yang menimpa Rosdi Ibrahim dan ingin menyeru kepada semua pembaca Budiey.com untuk menderma sekadar mampu bagi meringankan beban beliau sekeluarga.

Kempen Tabung Bantuan Setulus Budi Untuk Rosdi Ibrahim

Pada hari kejadian beliau yang merupakan seorang Pegawai Keselamatan Penerbangan Malaysia Airlines Berhad baru sahaja tiba di KLIA dari Kota Bahru untuk menjenguk 7 anak beliau yang tinggal bersama ibunya.

Menurut saudara Rosdi Ibrahim, kebakaran berkenaan adalah berpunca dari kebocoran gas memasak di bahagian dapur. Kebakaran berkenaan telah memusnahkan segalanya termasuk pakaian serta buku sekolah anak anak beliau.

Budiey sekadar memetik luahan rasa Rosdi dari Facebooknya:

“Tiada apa yang tinggal semuanya hangus terbakar… hanya air mata yg tertahan… Tempat kami 11 adik beradik dibesarkan dan tempat anak2 cucu menumpang kasih hangus dlm sekelip mata… Hanya nyawa yg sempat di selamatkan.. Terima kasih pada dermawan yg tanpa henti memberi sumbangan dari pagi sampai ke malam.. Masih ade yg dtg berkongsi kesedihan.”

Prihatin dengan apa yang dilalui oleh saudara Rosdi Ibrahim dan keluarga beliau, kami di Budiey.com dengan ini melancarkan Tabung Bantuan Setulus Budi bagi membantu meringankan beban yang sedang beliau lalui.

Kami dengan ini ingin mengajak semua pembaca dan follower Budiey.com bersama sama kami membantu dengan menghulurkan bantuan seikhlas mungkin. Segala bantuan kewangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank 162964007954 – Shahida Abdul Rahman.

Kempen Tabung Bantuan Setulus Budi Untuk Rosdi Ibrahim

Kempen Tabung Bantuan Setulus Budi Untuk Rosdi Ibrahim

Kempen Tabung Bantuan Setulus Budi Untuk Rosdi Ibrahim

Kempen Tabung Bantuan Setulus Budi Untuk Rosdi Ibrahim

Kempen Tabung Bantuan Setulus Budi Untuk Rosdi Ibrahim

Kempen Tabung Bantuan Setulus Budi Untuk Rosdi Ibrahim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Menarik Dalam Drama Bersiri DHIA SOFEA

Peraduan Premiere With Budiey – Filem THE WALK 3D