in , ,

Ada Sebab Syura Tersingkir di Separuh Akhir Gegar Vaganza

PENYANYI, Syura menjadi peserta terakhir yang tersingkir dan gegarannya terhenti pada peringkat separuh akhir pertandingan Gegar Vaganza 4 (GV4), malam tadi.

Penyanyi berusia 31 tahun ini memperoleh markah terendah daripada juri profesional selepas menyanyikan dua lagu iaitu Dokter Cinta nyanyian asal Dewi Dewi dan Cinta Antara Benua (Arni Nazira (OST Cinta Antara Benua).

“Saya ucapkan terima kasih di atas peluang ini untuk bersama panyanyi yang berkualiti tinggi dan semua peminat serta juri. Saya percaya rezeki ada di mana-mana saja. Terima Kasih!,” katanya.

Dengan penyingkiran itu sekali gus melayakkan Hazami, Aishah, Firman, Tia Jinbara, Liza Hanim dan Lan ke pentas akhir GV4.

Semua peserta diadili oleh juri profesional iaitu daripada Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, Datuk Tarmimi Saregar dan Datuk Wah Idris.

Pentas separuh akhir menampilkan bintang GV4 dalam dua tema berbeza iaitu Goyang Kaki Goyang Tangan dan Runut Bunyi (OST).

GV4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juara GV4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan trofi.

Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Pentas separuh akhir berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Konsert akhir GV4 bakal menyaksikan setiap peserta mempersembahkan dua lagu menerusi tema Berani Ke Idok 2.0? secara solo dan battle di antara bintang GV4.

Ia akan berlangsung di Studio Pinewood Iskandar Malaysia, Johor Bharu pada 17 Disember depan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Terus Berteka Teki Tentang Jantina Anak dalam Kandungan

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Uptown Puchong Night Bazaar