in ,

Synopsis Film 10,000 BC

Synopsis Film 10,000 BC
Dari pengarah terkenal, Ronald Emmerich, setelah mengarah filem terhebat seperti Independence Day (ID4), Godzilla dan The Day After Tomorrow, maka dia menghasilkan filem pra sejarah yang belum pernah anda tonton sebelum ini iaitu 10, 000 BC. Bagi Budiey, keseluruhan filem ini memang menakjubkan dengan elemen teknologi CGI yang dieksploitasi sepenuhnya untuk menampakkan lebih realiti pengambaran di zaman lampau.

Filem yang berkisar pada zaman sepuluh ribu tahun sebelum masehi ini berkisar mengenai D’Leh (Steven Strait) yang telah jatuh hati kepada Evolet, mereka ditakdirkan akan bersama dengan syarat D’Leh akan menjadi hero apabila bertarung dengan makhluk ganas iaitu Mannak. Namun, setelah dia berjaya, Evolet telah dilarikan oleh penjenayah misteri yang membawanya jauh ke hujung ketamadunan.

Oleh kerana rasa cinta yang cukup mendalam kepada Evolet, D’Leh telah melakukan satu pengembaraan yang penuh dengan aksi bagi menyelamat kekasihnya itu. Namun, akhirnya dia mengetahui bahawa kekasihnya telah dibawa lari untuk bekerja sebagai hamba kepada Firaun untuk membina piramid. Apakah kesudahan kepada hubungan cinta antara D’Leh dan Evolet? Saksikan 10,000 BC, kisah pengembaraan yang penuh aksi di pawagan berhampiran pada 06 Mac 2008.

[tags]synopsis film 10,000 bc, ronald emmerich, director film, cgi how to be, dleh, edison chen film, gossip pelakon malaysia, apm, patung kertas theater, dolah, ulasan filem indonesia[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Diana Danielle @ Pelancaran Filem Revolusi KL Drift

KAMAL ADLI

Kamal Hero Remaja 2008, Pelakon Pelapis Yang Bakal Menyinar