in

Syed Alwi Pengacara Program Seru Qasidah

Kembara Sepanjang Ramadan Di RTM Dengan Program Seru Qasidah Di TV1

Qasidah Itu Doa, Qasidah Itu Ilmu, Qasidah Itu Dakwah, Qasidah Itu Perjuangan dan Qasidah Itu Akhlak dan Perjuangan. Justeru dalam usaha mendekati dan mendalami lagi maksud dan keindahan yang ada di dalamnya, khas sepanjang Ramadan ini, RTM menjanjikan tayangan program Seru Qasidah dimana pengacaranya, Syed Alwi bin Syed Mustafa menjejak Qasidah hingga ke negara Yaman.

Bersiaran mulai 27 Julai 2012, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.00 petang menerusi TV1, episod pengenalannya membawa tontonan penonton ke beberapa tempat menarik dilawati sepanjang pengembaraan antaranya di Shibam Kawkabam, Darul Hajar, Masjid Saleh dan Kota Lama Sana’a. Dalam segmen pertama, Syed Alwi menemurah beberapa orang tokoh penting dalam persatuan pengqasidah Yaman untuk ditemuramah. Mereka ditanyakan mengenai Evolusi Qasidah yang telah berlaku di Yaman juga evolusi di serata dunia. Tokoh yang ditemubual juga sempat mengalunkan bait-bait qasidah. Kemudian pengacara sempat menemui penduduk di Yaman yang terlibat dengan Qasidah serta turut serta dalam majlis-majlis yang mengalunkan Qasidah didalamnya. Segmen ketiga adalah video klip Qasidah yang dialunkan di negara Yaman.

Suasana di Darul Mustafa

Kemudiannya kembara diteruskan ke negeri Hadramawt di Yaman. Di Hadramawt, pengacara mengembara ke daerah yang diberi nama Tarim, Sei’ un dan perkampungan Nabi Hud. Di Tarim, beberapa orang tokoh ditemubual untuk berbicara mengenai Qasidah itu Doa. Syed Alwi telah dibawa berjalan-jalan di sekitar bandar Tarim oleh penduduk tempatan yang bernama Adeil. Di sepanjang perjalanan mereka berbual mengenai qasidah dalam kehidupan orang-orang Yaman dan juga dalam kehidupan Adeil. Mereka saling bertukar pandangan dan pendapat sesama sendiri serta melawat tempat-tempat yang menarik di Hadramawt menjadikan pengambaraan Qasidah Syed Alwi sangat menarik.

Episod seterusnya diteruskan dengan pengambaraan memaparkan mengenai Institusi pengajian di Tarim iaitu Darul Mustafa yang telah melahirkan ramai ilmuan dalam bidang agama termasuk pelajar dari negara kita. Di sini Syed Alwi bersama penduduk tempatan, Akram melawat ke Masjid Al- Fatah dimana dulunya ia merupakan rumah kepada penulis Qasidah Burda. Akram juga membawa Syed Alwi masuk ke dalam Darul Mustafa untuk melihat sesi pembelajaran yang berlaku di sana.

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang dilawati Syed Alwi. Syed Alwi juga dibawa oleh Mohammad Haddad Al-Qaf iaitu ketua kumpulan Al-Massarah untuk pergi ke majlis yang mengalunkan qasidah didalamnya contohnya Majlis Samrah yang terdapat bacaan Qasidah pada permulaannya. Mohammad Al-Qaf juga mengajak Alwi ke majlis-majlis qasidah yang disertai olehnya juga semasa latihan pada malam hari bersama kumpulan Al-Massarah.

Dari Hadramawt pengacara kembali semula ke Sana’a ibu negeri Yaman. Syed Alwi mencari tokoh-tokoh membicarakan tentang qasidah itu perjuangan. Di Sana’a juga Syed Alwi banyak ke tempat menarik dan bersejarah di Sana’a antaranya ialah tinggalan Kaabah yang dibina oleh Abrahah untuk menggantikan Kaabah yang sedia ada di Mekah. Syed Alwi juga pergi ke Masjid tertua di Sana’a iaitu Masjid Al-Kabir di Babul Yaman kemudian Syed Alwi sekali lagi berpeluang ke Kota lama Sana’a bagi melihat reka bentuk rumah-rumah di sana yang telah bertahan selama 300 tahun.

Saksikan juga kunjungan ke tempat-tempat yang menarik di Sana’a seperti Muzium Yaman, Babul Yaman, Masjid Al-Bakiriyah. Menariknya, program ini turut merakamkan kunjungan mereka berkongsi semangat kental dikalangan orang-orang kurang upaya dimana mereka berusaha untuk berdikari menghasilkan produk-produk yang boleh dijual kepada orang ramai. Mereka tidak meminta-minta malah berusaha sendiri disinilah akhlak dan tauladan yang ditunjukkan oleh mereka. Tokoh-tokoh yang ditemuramah juga membicarakan tentang Qasidah itu akhlak dan tauladan.

Saksikan 13 episod menarik Seru Qasidah hanya di TV1.

Aktiviti di Darul Mustafa

Babul Yaman ... destinasi menarik di Yaman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Majlis Berbuka Puasa MIG 2012

Review Hotel Crowne Plaza Jakarta