in

Swarms Dan Arlington Road di TV2

2 FILEM MENARIK : SWARMS DAN ARLINGTON ROAD MENGISI SUNDAY DAYTIME SPECIAL DI TV2
 
Menerusi saluran Dunia Ria, TV2, RTM akan menyajikan filem-filem terbaik bagi memenuhi citarasa para penonton termasuklah dua filem hebat  Swarms (19 Julai 2009) dan Arlington Road (26 Julai 2009) disiarkan setiap Ahad, jam 3.00 petang menerusi slot Sunday Daytime Special.


 
Menampilkan pelakon seperti Antonio Sabato Junior dan Jessalyn Gilsing, slot tontonan ramai ini menyiarkan filem Swarms, yang memaparkan hakikat kehidupan yang berkaitan dengan sekumpulan serangga, dan pepijat yang telah membawa penyakit yang boleh merebak. Selain itu, menceritakan kehidupan sekumpulan burung, kelawar, dan lipas dengan  menunjukkan bagaimana manusia memberikan tindak balas kepada kumpulan binatang tersebut.
 
Walaupun pelbagai pandangan dan tindakan sehingga menyebabkan manusia berada dalam ketakutan, namun sesetengahnya adalah ancaman kepada manusia. Lebah Afrika misalnya yang dibawa masuk dari Brazil untuk meningkatkan jumlah pengeluaran madu bagaimanapun telah menyerang Amerika Syarikat dan telah mengancam kehidupan dan sektor ekonomi. Pastikan anda menonton kesudahan filem ini yang berkisarkan mengenai kehidupan sekumpulan serangga yang mengancam manusia.
 
Menyusul kemudiannya menerusi slot sama dengan filem Arlington Road yang menampilkan lakonan hebat Jeff Bridges, Tim Robbins, Joan Cusack, Hope Davis, Robert Gossett dan Mason Gamble.
 
Kisah bermula dengan watak Michael Faraday, seorang duda yang bekerja sebagai seorang profesor sejarah di sebuah kolej tinggal bersama dengan anak lelakinya yang berumur 10 tahun iaitu Grant. Kematian Leah, isteri Michael sewaktu isterinya menjalankan tugas sebagai ejen FBI menyebabkan hidup Michael begitu sunyi.

Michael dan Grant begitu gembira kerana telah berkenalan dengan Langs. Mereka telah hidup berjiran dan ibubapa Langs iaitu Oliver dan Cheryl selalu membawa Michael dan anaknya bercuti untuk megembalikan semangat mereka.

Tidak lama selepas itu, Grant dan Brody, anak kepada Lang telah berkawan rapat. Waktu berkabung yang begitu lama bagi Michael telah berakhir. Hubungan kedua keluarga telah menjadi semakin rapat, dan Michael mula was-was dengan Oliver. Michael cuba untuk menjejaki Oliver dan setelah penipuan Oliver berjaya diketahui Michael, maka telah banyak yang Michael ketahui mengenai Oliver. Ditambah pula dengan Grant yang lebih banyak menghabiskan masa di rumah Langs, Michael membuat keputusan untuk memerikasa latarbelakang jirannya itu. Michael dapat menyelami misteri yang disyaki terhadap Oliver. Langs sebenarnya tidak seperti yang Michael kenali sebelum ini.
 
Jangan ketinggalan menyaksikan dua filem menarik ini dalam Sunday Daytime Special pada hari Ahad, jam 3.00 petang hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sam Bunkface Jalani Pembedahan Tekak

Gambar Lisa Surihani di Majlis Pra-Tonton Gempak Universe