in

SUSANNE BIER Pengarah Filem AFTER THE WEDDING

Susanne Bier adalah pengarah filem Denmark yang terkenal dengan filem arahan beliau yang terkenal antaranya Brothers, After the Wedding dan filem pemenang Anugerah Akademi, In a Better World.

Pada 1999, Susanne Bier mengarahkan The One and Only yang telah memenangi pelbagai anugerah Robert dan Bodil selain menjadi filem yang paling kerap ditonton pada tahun tersebut, dan meletakkannya antara 5 buah filem paling ditonton dalam sejarah filem Denmark.

Susanne Bier kemudiannya mengarah filem bertajuk ”Once in a Lifetime” (2000) dan filem Dogme yang menerima sambutan bertajuk “Open Hearts” (2002), yang memenangi tidak kurang daripada lima anugerah Robert dan tiga anugerah Bodil, salah satu daripadanya bagi filem terbaik Denmark. Pada 2004, Susanne meraikan satu lagi kejayaan menerusi filem ”Brothers”, yang telah dipasarkan ke serata dunia termasuk ke Amerika Syarikat, UK, Jerman dan Perancis, selain menyertai beberapa festival filem antarabangsa seperti
Toronto Film Festival, San Sebastian Film Festival and London Film Festival. ”Brothers” turut menerima pelbagai anugerah dan pencalonan antarabangsa, termasuk 6 pencalonan di Anugerah Filem Eropah.

Pada 2008, Susanne telah mengarahkan filem keluaran Dreamworks Productions bertajuk Things We Lost In The Fire yang dibintangi oleh Halle Berry dan Benicio Del Toro.

Bier kemudiannya berjaya memenangi anugerah Oskar bagi Filem Terbaik dalam Bahasa Asing melalui filem In a Better World pada 2011.

Pada 2013, beliau telah menjadi ahli juri bagi Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-63.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater KENA MAIN Arahan Khalid Salleh

Kemewahan Hotel Rosewood Beijing