Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









SURIANI ABDUL RAHMAN PENYAMPAI BERITA WARTA SERUMPUN



SURIANI ABDUL RAHMAN BANGGA TERPILIH MENJADI PENYAMPAI BERITA WARTA SERUMPUN
 
Jika diukur daripada bentuk fizikalnya yang kecil molek, pastinya tiada siapa yang menyangka telah begitu banyak pengalaman dikutip pemilik nama Suriani Abdul Rahman ini terutama menerusi penglibatannya menjadi penyampai berita selain mengendalikan program lasak, Eksplorasi.

Sejak sedekad lalu memulakan kerjayanya di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Suriani pastinya mampu berbangga dengan pencapaiannya kini kerana terpilih menyampaikan berita Warta Serumpun yang telah mencatat sejarah negara kerana  berkonsepkan berita serantau hasil kerjasama Malaysia-Indonesia menerusi RTM dan Televisi Republik Indonesia (TVRI).

Justeru pertaruhannya memilih untuk memberikan tumpuan yang lebih dalam bidang penyampian berita berbanding pengacaraan dilihat menjadi. Apatahlagi di hatinya telah tertancap pemilihannya untuk lebih fokus kepada berita dapat membawa lebih keselesaan dalam dirinya. Malah menerusi pembacaan berita baginya dia turut dapat meneroka berita atau maklumat yang disampaikan dengan lebih mendalam lagi.

Seketika tumpuan wanita berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang ini teruja membincangkan perbezaan ketara dan keistimewaan Warta Serumpun yang disampaikannya secara bergilir bersama teman setugasnya, Fathil Hidayat Ghazali di samping penyampai TVRI, Harismen.
 
“Paling ketara, cara penyampaiannya berbeza berbanding penyampaian berita kebiasaannya kerana konsep yang diperkenalkan menerusi Warta Serumpun dilihat mampu mencapai tahap CNN. Ia merujuk kepada konsep pendekatan interaksi yang membolehkan informasi membabitkan berita dua negara disampaikan kepada penonton secara santai tetapi berkesan dalam mampu difahami dengan mudah,” terangnya sambil mengukir senyuman manis.

”Warta Serumpun sesuatu yang besar dan mencatat sejarah dalam negara. Justeru perasaan berdebar-debar sewaktu pertama kali bersiaran memang ada. Namun pengalaman bertugas dalam majlis dan program besar melibatkan Agung juga Perdana Menteri sebelum ini digunakan sepenuhnya untuk mengawal debar perasaan ketika bersiaran. Malah pada masa sama pengalaman itu sememangnya cukup membantu dalam penyampaian saya,” tambahnya sewaktu berkongsi perasaannya tanggal 17 Ogos lalu apabila buat pertama kalinya muncul mengendalikan Warta Serumpun.

”Cuma yang penting, jangan terlalu confident kerana situasi itu akan membuatkan seseorang penyampai berita itu mengambil mudah semua perkara,” sambungnya berkongsi tips yang mungkin boleh dikongsikan bersama pembaca berita lain.

”Setelah dipilih menjadi pembaca berita Warta Serumpun, saya menjalani latihan selama tiga minggu hingga sebulan sebagai persediaan. Antara persediaan yang dilakukan termasuklah dari segi ilmiah yang melibatkan bahan pembacaan yang lebih meluas. Untungnya saya seorang yang suka membaca melibatkan pengetahuan am samada dalam mahu pun luar negara,” luahnya berterus-terang.

”Segalanya tidak menjadi masalah kerana kebetulan saya memang minat dan banyak meluangkan masa membaca. Ia sekaligus menambahkan ilmu pengetahuan saya. Oleh kerana Warta Serumpun melibatkan negara Indonesia, maka bahan bacaan berkaitan negara itu lebih sedikit berbanding negara lain.”

Malah informasi yang menarik dapat dikongsi sama apabila Suriani membuka cerita ibunya juga berasal dari Sumatera, Indonesia.

Mengimbas kembali penglibatannya mengacarakan program Eksplorasi yang disiarkan menerusi RTM sekitar tahun 2001 hingga 2004 sebelum lebih menumpukan fokusnya dalam bidang penyampaian berita lima tahun lalu, ibu kepada seorang putera bernama Shamel, 14 tahun ini pantas menyatakan rasa terujanya dapat mengendalikan program lasak yang menguji mental dan fizikalnya itu.
 
”Bidang pengacaraan membuka deria lebih meluas dan bermacam perkara dan situasi diperolehi dalam satu masa,” ujarnya yang turut terlibat menjadi penyampai Warta Jam 5 di RTM.

Tambahan pula minatnya sejak dahulu tidak pernah berubah sukakan aktiviti yang mendekatkan diri dengan alam sekitar dan peluang mengacarakan program Eksplorasi sememangnya membuka peluang lebih luas memenuhi aktiviti kegemarannya itu.

Sesuatu yang istimewa dari sudut pandangannya kerana program ini membuka mata semua masyarakat bahawa semua orang boleh melakukan apa sahaja aktiviti meskipun tiada pengalaman dan fizikal bukanlah satu penghalang.

”Namun pengalaman paling manis yang akan sentiasa terpahat di hati pastinya ketika berada di New Zealand ketika melakukan aktiviti Bunjee Jump yang dianggap paling mencabar,” tambahnya berkongsi cerita.

Justeru usaha kerajaan mengadakan  Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) disokong sepenuhnya wanita yang jelas terserlah karismanya ini yang begitu menggalakan dan menyokong supaya anak-anak muda melibatkan diri dengan aktiviti yang mampu mendekatkan diri dengan alam semulajadi.

”Apa sahaja benda alam semulajadi, mengajar lebih pengalaman diri dan anggapan bahawa masalah lain di luar lebih mudah sebenarnya,” ujarnya berpengalaman dua tahun berada di hutan juga menerusi pengalaman perjalanan pergi ke Endau-Rompin, dimana dia satu-satunya wanita yang terlibat dalam produksi itu.

”Kesukaran meneruskan hari-hari mendatang ketika berada di dalam hutan lebih mencabar dan mematangkan seseorang. Malah pengalaman itu lebih sukar jika mahu dibandingkan dengan masalah hutang atau pun kewangan seseorang itu,” tambahnya jujur.

Memandang dari sisi hobi waktu senggangnya, personaliti RTM yang telah ditawarkan berlakon namun ditolak atas alasan tidak minat berlakon yang sejak berjinak-jinak melibatkan diri dalam bidang pengacaraan ini ini gemar berkongsi momen lapangnya dengan melakukan aktiviti scuba diving bersama suaminya tersayang. Di samping itu suka menyediakan hidangan istimewa air tangannya untuk mereka keluarga.

Warta Serumpun yang menampilkan Suriani sebagai penyampainya boleh diikuti setiap hari Ahad, jam 10.30 malam menerusi RTM1 manakala jam 9.30 malam menerusi saluran TVRI.

 

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • WARTA SERUMPUN KERJASAMA MALAYSIA – INDONESIA
  • WARTA SERUMPUN JAMBATAN MALAYSIA-INDONESIA
  • WARTA WILAYAH DI RTM1
  • PERUBAHAN JADUAL BERITA RTM MULAI 20 APRIL 2009
  • Dokumentari Profil Tun Sambanthan & Tunku Abdul Rahman
  • Keputusan Peraduan Jom Menonton Teater Muzikal Patung Kertas @ MTC
  • Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Nikah
  • LINTAS LANGSUNG PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KE-51
  • Video Di Sebalik Tabir Hikayat Merong Mahawangsa
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru



    • http://www.obefiend.blogspot.com/ obefiend

      even RTM ones wanna play the glamour game is it?

    • http://www.yahoo.com ros

      ..alahai..komen di atas umpama otak sempit. look at the bigger picture la..usaha yang dibuat untuk menyatukan dua negara..sempit la fikiran orang kita ni semua..pandai buat komen murahan saja..tahniah kpd rtm!..berbaik baik lah selalu.. jgn jadi manusia yg nak cari silap orang je..anyways suriani is a good choice!

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      yup ROS … u r rite! (“>)

    • bon

      sokong sue !dia memang the layak,penyampai berita yg memang saya minati.

    • Aisyah

      Untuk jadi yang terbaik memang terpaksa berdepan dengan pelbagai onak dan duri.Syabas Suriani untuk berada ditempat anda sekarang sememangnya sukar.Orang yang melihat mungkin tak tahu.Tapi apa pun setiap hari kita akan lalui pelbagai proses pembelajaran.Pedulikan apa orang kata.Teruskan usaha!!

    • mr.great_zaradisty@become_century

      as’kum,saya suka menonton kak suriani di tv. Dia bukan sahaja berprestasi tinggi,malahan manis orangnya.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK