in

Suria FM Sokong Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita

Saban tahun, tarikh 25 November pasti akan disambut diseluruh dunia kerana tarikh itu telah dipilih oleh pihak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita.

Khas di dalam segmen Ceria Pagi Suria pagi ini, Suria FM telah menjemput Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datin Munirah Abdullah Bajanuddin bagi mengulas lanjut mengenai topik Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita.

Suria FM

Antara topik perbincangan pagi ini bersama dengan Adibah Noor dan Bob Ringgo adalah apakah penderaan yang selalu dilakukan terhadap wanita, apakah perlindungan yang boleh diberikan serta contoh-contoh kes keganasan terhadap wanita yang pernah berlaku.

Menurut Datin Munirah Abdullah Bajanuddin:

“Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita hanyalah satu daripada banyak inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi memastikan wanita dapat hidup dalam persekitaran yang selamat, bebas dari sebarang bentuk penderaan, penganiayaan dan keganasan.”

Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin:

“Suria FM menyokong Hari Antarabangsa Menanangi Keganasan Terhadap Wanita serta Jabatan Pembangunan Wanita. Mungkin ada diantara masyarakat yang masih tidak mengetahui akan hal ini atau lebih malangnya menjadi mangsa keganasan. Oleh itu, Suria FM tampil untuk menjalankan tanggungjawab sosial kami. Selain daripada sesi temubual, kami juga akan kerap memutarkan pesanan khidmat masyarakat (PSA) mengenai Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita untuk memberikan kesedaran kepada semua pendengar mengenai hal ini.”

Suria FM

Suria FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saif Adam Ke Malaysia Sempena Album Heart

Yang Menarik di Petrosains Science Festival 2013