in

Suria FM Sabah Bantu Mangsa Gempa Bumi

Suria FM Sabah dengan kerjasama Persatuan Pendengar Setia Suria FM Sabah (PSSFMS) telah bersatu hati membantu malim gunung yang terkesan berikutan peristiwa gempa bumi di Sabah baru-baru ini.

Penyampai Suria FM Sabah, Farish Aziz, Dudu Lotter, Rey Kimara dan Pengurus Operasi Suria FM Sabah, Ivy Stanislaus beserta dengan Persatuan Pendengar Setia Suria FM Sabah diketuai oleh Presidennya iaitu Encik Tika San telah ke Taman Kinabalu di Kundasang, Sabah untuk bertemu dengan Mount Kinabalu Guides Association (Pemangkina). Barangan keperluan harian yang dikumpulkan adalah hasil sumbangan ahli-ahli persatuan, krew Suria FM Sabah serta pendengar yang turut prihatin dengan nasib yang menimpa malim-malim gunung ini.

Mt guide, fan club and SuriaFM

Menurut Pengurus Operasi Suria FM Sabah, Ivy Stanislaus:

“Kami amat berbangga dengan langkah PSSFMS dalam menyokong hasrat murni kami ini kerana dengan kerjasama mereka, majlis ini terlaksana. Kehadiran penyampai Suria FM Sabah seperti Farish Aziz, Dudu Lotter dan Rey Kimara menyemarakkan lagi majlis ini berikutan kebanyakan daripada malim gunung ini adalah pendengar Suria FM Sabah. Majlis ini merapatkan lagi hubungan Suria FM Sabah bersama dengan pendengar sekaligus membantu mereka meringankan beban.”

Menurut Dudu Lotter, penyampai Ceria Pagi Sabah bersama Farish Aziz:

“Majlis ini walaupun serba sederhana, namun ia amat bermakna buat kami. Meskipun bukan semua mangsa gempa dapat merasakan agihan bantuan dari Suria FM Sabah dan PSSFMS, ia lahir dengan seikhlas hati kami. Tiba di Kundasang dan melihat sendiri Gunung Kinabalu dengan jelas, terbayang-bayang tragedi 5 Jun yang lalu. Maka, saya berbangga apabila banyak pihak terpanggil untuk sama-sama memberikan bantuan susulan selepas kejadian tersebut. Kami di Suria FM Sabah turut bersimpati dengan musibah yang menimpa dan berharap rakyat Sabah terus tabah dan semangat kita berdiri teguh.”

Antara barangan yang disumbangkan adalah beras, makanan dalam tin, minuman serbuk, air mineral, barangan kering dan sebagainya. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi Pemangkina, Richard Soibi serta ahli-ahli Pemangkina. Kini, ada seramai 250 malim gunung yang berdaftar di bawah Pemangkina. Layari www.suriafm.com.my untuk sebarang maklumat lanjut.

SuriaFM with the wounded mt.kinabalu

Rey

Rey with his die heart fan a mountain guide

Group picture

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Petua Rambut Tebal & Bermaya

Jualan Raya Potongan Sehingga 70% di GEMFIVE