in

Suria FM, Red FM, 988 FM & Capital FM Bergabung Demi MH370

Bersempena dengan peristiwa kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, Star Radio Group telah mengambil inisiatif untuk melakukan siaran bersama – BERSATU DALAM HARAPAN, siaran gabungan daripada empat stesen radio iaitu Suria FM, Red FM, 988 FM dan Capital FM. Selari dengan kempen Kamilah Malaysia yang telah dianjurkan pada tahun 2013, siaran bersama ini diadakan bagi berkongsi luahan, pandangan dan perasaan berkaitan dengan kehilangan pesawat MH370.

JJ, ADIBAH NOOR, SAM MAK, ANSON, JANICE, PAMELA & CHAN FONG

[pullquote]Bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi, Star Radio Group telah bersatu menerusi penyampai Suria FM, Adibah Noor, penyampai Red FM, JJ dan penyampai Capital FM, Janice Yap dan Pamela Chong dimana mereka menyertai penyampai 988 FM, Sam Mak, Chan Fong dan Anson untuk bersiaran bersama-sama di dalam studio 988.[/pullquote]

Istimewanya siaran bersama ini, ia pertama kali diadakan di dalam bidang penyiaran radio Malaysia. Bersempena dengan MH370, mereka bergabung untuk memberi peluang kepada para pendengar untuk menyampaikan mesej dan harapan mereka. Bersiaran menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Kantonis, lagu-lagu yang disiarkan sepanjang 4 jam bersiaran juga meliputi lagu dari ketiga-tiga bahasa ini.

Menariknya lagi pagi ini, di Suria FM, sajak-sajak yang dihantar oleh para pendengar telah dideklamasikan oleh kakitangan Kumpulan Radio Star yang berbilang kaum. JJ dari Red FM serta Janice Yap dan Pamela Chong dari Capital FM telah melakukan pelbagai temubual bersama dengan pakar dalam bidang ketenteraan, penerbangan dan psikologi manakala penyampai-penyampai 988 pula menemubual ahli keluarga dan kenalan rapat kepada penumpang dan anak kapal pesawat MH370.

Para pendengar juga sama-sama berkongsi pandangan dan perasaan bersama dengan para penyampai dengan menghubungi studio di talian 03-77103988 dan meninggalkan mesej-mesej harapan berbentuk kata-kata, gambar dan audio di Facebook Suria FM, Red FM, 988 FM, Capital FM dan di Facebook Kamilah Malaysia Fb.Kamilahmalaysia.com serta di Twitter #Kamilahmalaysia

“Pagi ini, kami di Star Radio Group telah bergabung untuk bersiaran bersama bagi menunjukkan sokongan kami terhadap misi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Kami disini sentiasa ada bersama dengan penumpang, anak kapal, ahli keluarga, kenalan rapat serta semua rakyat Malaysia kerana semangat muafakat Kamilah Malaysia. Semua pendengar telah berpeluang untuk berinteraksi bersama dengan para penyampai dalam pelbagai bahasa dan kami sentiasa mendengar pandangan dan luahan mereka”, Kata Kudsia Kahar, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Radio Star.

Siaran bersama Bersatu Dalam Harapan ini menyatukan kesemua penyampai segmen pagi Suria FM, Red FM, 988 dan Capital FM demi rasa cinta yang menebal pada negara. Semoga dengan inisiatif ini dapat memberikan semangat dan kekuatan pada kesemua penumpang, anak-anak kapal dan ahli keluarga pesawat MH370.

BERSATU DALAM HARAPAN_2

BERSATU DALAM HARAPAN_3

BERSATU DALAM HARAPAN_1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Global Preview of Samsung GALAXY S5 & Gear

TV2 Siar Dokumentari Swamp Brothers