in

Suria FM Mahu Bayar Bil Anda

Setiap bulan pasti anda dibebani dengan bil-bil yang harus diselesaikan. Alangkah bagusnya jika ada yang boleh bayarkan bil anda dan anda juga tak perlu ke pejabat pos, bank atau ke mana-mana sahaja kaunter bayaran. Pernah terbayang, anda tidak perlu membayar bil-bil itu? Apa sahaja bil yang anda ada, serahkan sahaja pada kami! Suria FM akan bayarkan bil-bil anda dalam kempen terbaharu, Suria Bayarkan.

Bagaimana Caranya?

[dropcap]B[/dropcap]ermula 2 September 2013 ini, Suria FM akan menjelaskan bil-bil anda! Bagaimana caranya? Anda boleh hantarkan sebanyak bil yang anda mahu. Tak kira bil utiliti, bil membeli-belah, bil telefon, bil kad kredit atau bil apa-apa sekali pun asalkan ia dalam SATU BIL! Anda hanya perlu mengisi borang dan memuat naik gambar bil-bil yang mahu kami jelaskan di laman web Suria FM.

Kemudian, dengarkan segmen Ceria Pagi, Ceria Suria atau Santai Ceria dan Ceria Petang untuk mendengar jika nama anda disebut. Jika nama anda yang diumumkan oleh penyampai, anda ada 15 minit untuk menelefon kami di talian 03-77242115 dan mejawab soalan ringkas berkaitan Suria FM. Semudah itu untuk kami bayar bil anda! Peraduan ini akan berakhir pada 29 September 2013.

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat muat naik bil-bil anda di www.suriafm.com.my dan anda boleh bersenang-lenang kerana Suria FM yang akan menjelaskan bil-bil anda. Like kami di Facebook dan follow kami di Twitter @suriafmradio. Suria FM, Menceriakan Poketmu!

Suria FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Sertai Perarakan Maya Maxis di Hari Merdeka

Astro Bawa Booker T Jumpa Peminat di Malaysia