in

Suria FM Kekal Radio Nombor Satu Peningkatan Pendengar

 NO 1 DALAM PENINGKATAN JUMLAH PENDENGAR RADIO DARI TAHUN KE TAHUN, TERIMA KASIH!

Pada jam 11 pagi tadi telah berlangsung satu sidang media di pejabat urusan Radio Suria FM yang terletak di tingkat 9, Tropicana Office Tower untuk mengumumkan tentang kedudukan terkini stesen radio Suria FM dan Red FM.

Meningkat dan terus meningkat! Ia sesuai sekali untuk menggambarkan kedudukan SuriaFM ketika ini dimana kaji selidik Nielson kedua 2011 menunjukkan stesen radio berbahasa melayu ini semakin memikat hati pendengar. SuriaFM mencatatkan anjakan positif bagi suku kedua tahun ini apabila berjaya kekal sebagai peningkatan tertinggi dalam jumlah pendengar dari tahun ke tahun dimana pendengar SuriaFM telah meningkat sebanyak 415,000 orang.

Hasil kajian suku kedua ini berjaya mengekalkan momentum peningkatan bagi stesen radio berbahasa melayu yang mana kenaikannya melibatkan jumlah pendengar pada hari Isnin hingga ke hujung minggu. Jumlah pendengar dari hari Isnin hingga ke hari Jumaat telah meningkat sebanyak 392,000 orang dan jumlah pendengar di hujung minggu meningkat sebanyak 300,000 orang pendengar. Kedudukan SuriaFM dalam pasaran radio berbahasa Melayu diperkuatkan lagi dengan pelbagai program dan pengisian yang sentiasa berinformasi dan menghiburkan.

Memperlihatkan kepada persembahan segmen-segmen yang ke udara, segmen Breakfast@Suria yang dihoskan oleh Halim, Shiera dan Zizi telah meningkat bukan sahaja dari segi jumlah pendengar malah meningkat dari segi jumlah masa mendengar. Peningkatan yang positif juga ditunjukkan oleh segmen-segmen yang dikendalikan oleh para penyampai di sebelah petang dan juga malam.

SuriaFM juga telah melakar sejarah sekali lagi apabila jumlah pendengar setia kami semakin meningkat. SuriaFM juga menerima respon positif apabila jumlah pendengar yang berumur 20 tahun hingga 39 tahun semakin membanggakan.

Hasil dari peningkatan ini telah membuktikan SuriaFM telah berusaha keras demi memberikan yang terbaik kepada semua pendengar. Daripada barisan penyampai radio yang sememangnya mesra pendengar, putaran lagu-lagu terbaik 90-an dan terbaharu hinggalah kepada aktiviti-aktiviti untuk menghargai para pendengar, SuriaFM amat menitikberatkan setiap saat ke udara berteraskan kualiti untuk kepuasan pendengar.

Menurut En. Azrullah Mohd Nor, Ketua Pegawai Operasi SuriaFM dan RedFM, “Insyallah SuriaFM akan memastikan peningkatan positif dari tahun ke tahun. Keputusan kali ini berjaya membuktikan bahawa format 90-an dan terbaharu yang kami bawa semakin diterima ramai. Kami ingin memanjangkan ucapan terima kasih kepada pendengar, rakan media dan rakan perniagaan untuk sokongan yang tidak berbelah bagi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang telah banyak bekerja keras dan menghasilkan keputusan yang terbaik. “

SuriaFM akan memastikan bahawa peningkatan yang positif ini akan berterusan dan dari semasa ke semasa, stesen ini akan memberikan yang terbaik. Terima kasih kerana menjadikan SuriaFM nombor 1 dalam peningkatan jumlah pendengar!

Tentang Suria FM
Suria FM adalah sebuah stesen radio berbahasa Malaysia yang bersiaran selama 24 jam. Stesen ini boleh didengari di kawasan Lembah Klang dengan frekuansi 105.3FM dan juga di seluruh semenanjung Malaysia dan Sabah. Suria FM memainkan muzik-muzik dari era tahun 90-an hinggalah kepada lagu-lagu yang terkini. Menampilkan pelbagai pilihan lagu terbaik dan terkini Bahasa melayu, Bahasa Inggeris dan juga Indonesia, Suria FM mensasarkan pendengar yang berumur di antara 25 tahun hingga ke 39 tahun. Stesen ini juga telah menerima respon yang cukup baik iaitu 2.3 juta pendengar setakat ini dan ia semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Suria Fm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi 20 Keping Tiket Anugerah Skrin 2011

Sitkom Hujung Minggu Terbaru Kopi O