in

Suria FM Beri Hadiah Kepada Pemenang Lagu Berduit

RM30 Ribu minggu ini hanya untuk pendengar Suria FM

PERADUAN Lagu Berduit di Suria FM dijangka akan diteruskan pada masa akan datang atas permintaan pendengar setia stesen radio tersebut.

Kali ini, para pendengar berpeluang merebut hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.

“Lagu Berduit? Sambil berhibur, menang duit. Sangat mudah, ringkas dan praktikal. Hanya perlu mendengar radio Suria FM dan hantarkan SMS. Taipkan LB dan hantarkan ke 33988 Anda mungkin menjadi salah seorang pemenang sebahagian dari sejumlah RM50,000! ”

Suria FM, Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru. Itulah tagline baru Suria FM yang diharapkan agar membawa kesan yang positif dalam usaha menarik lebih ramai pendengar. Lagu Berduit di Suria FM sudah masuk minggu yang kedua. Peraduan ini mempertaruhkan wang sebanyak RM50K, hanya untuk di berikan kepada pendengar setia Suria FM.

Minggu sebelum ini, kira-kira 20 orang telah berjaya memenangi wang berjumlah RM500 dan 2 orang berjaya menang RM5K. Julaidah bte Selamat, 31 yang berasal dari Sg.Udang, Melaka merupakan pemenang pertama yang memenangi wang RM5000 tersebut. Beliau merupakan tukang jahit baju tentera di rumah sepenuh masa. Beliau telah menang sewaktu segmen Suria Drive bersama Linda Onn dari jam 4pm-8pm.

Hamimah Bt Mohd Nor yang berasal dari Sg. Kantan, Kajang adalah pemenang ke dua yang telah menang sewaktu segmen Breakfast@ Suria bersama Halim Othman dan Zizi dari jam 5.30 pagi hingga 10.00 pagi. Lagu Akim – Inilah Cinta yang dirakam sewaktu konsert sebelum ini dijadikan sebagai lagu berduit yang bernilai RM5000.

Kata beliau “ Saya memang mendengar Suria FM dan telah sekian lama saya mencuba dalam peraduan Lagu Berduit ini.

Tetapi kali ini saya bernasib baik dan tidak disangka-sangka RM5000 itu akan menjadi milik saya. Tidak dapat diingat berapa banyak telah saya laburkan untuk menyertai peraduan ini. Ianya merupakan peraduan yang ringkas, menarik dan kalau boleh biarlah Suria FM buat peraduan seperti ini setiap tahun. Sesiapa sahaja boleh memenanginya dan tidak rugi kalau mencuba kerana bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu.”

Minggu ini pula merupakan minggu terakhir peraduan Lagu Berduit di Suria FM. Sebahagian dari RM30 ribu untuk dimenangi. Lagu Gerimis Mengundang nyanyian Kumpulan Slam menjadi pilihan untuk nilai RM500 tetapi lagu yang sama dalam versi “Live” bernilai RM5000. Peraduan lagu berduit ini ialah satu peraduan yang dianjurkan oleh Suria FM dengan memainkan lagu-lagu yang dipilih dan pendengar hanya perlu menghantar SMS dengan menaip LB dan hantarkan ke 33988.

Seorang yang bertuah akan dipilih dan memenangi wang sebanyak RM500. Untuk waktu bonus, Suria FM akan memainkan lagu yang di rakam sewaktu konsert sebelum ini dan lagu itu akan dijadikan lagu berduit yang bernilai RM5000. Tiada peraduan yang semudah dan seringkas ini malahan pulangan yang lumayan.

Menurut En.Azrullah Md Nor, COO Suria FM “ Peraduan Lagu Berduit ini sememangnya sudah sinonim dengan nama Suria FM sendiri. Ianya tetap diadakan setiap tahun atas permintaan dari pendengar setia Suria FM sendiri. Mungkin kerana peraduan ini mudah dan praktikal, sebab itu ramai yang meminta untuk tetap diadakan.

Saya berharap semua pendengar yang mendengar Suria FM akan terhibur dan berpuas hati dengan apa yang kami berikan. Bukan hanya sekadar berhibur, malahan membawakan pulangan yang lumayan. Minggu ini merupakan minggu terakhir dan peluang masih terbuka untuk orang ramai menyertainya, hanya perlu SMS sahaja dan mungkin anda jadi pemenangnya. Teruskan menyokong Suria FM kerana kami hanya memberikan anda yang terbaik.”

Untuk keterangan lanjut berkaitan peraduan Lagu Berduit ini, boleh layari www.suriafm.com.my. ‘Muzik terbaik 90-an dan Terbaru’

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IZ OIAM Bawa Pulang 3 Emas dari WCOPA 2010

Gambar Sekitar Konsert Nawal Al-Zoghbi di KLCC