in , ,

Supertots Supersquad The Movie

SUPERTOTS SUPERSQUAD THE MOVIE

“Bila langit menjadi hitam, mahkluk dari kegelapan angkasa akan membawa kemusnahan di Bumi.” – Terjemahan dari simbol kitab kuno Nagasakti.

Majlis Supertots Bersama Blogger diadakan pada 28 Februari 2012 (Selasa) jam 12.00 tengahari bertempat di Bsync Studio, No. 26, Jalan Permai, Off Robson Heights, Seputeh, Kuala Lumpur bertujuan memperkenalkan kepada blogger-blogger artis yang terlibat sebagai pelakon suara bagi filem animasi Supertots Supersquad The Movie yang dijangka akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada tahun 2013 nanti.

DD from the control room

Netcarbon Sdn. Bhd. turut mengumumkan senarai pelakon suara (voice over) untuk membintangi watak-watak melalui filem animasi 3D, Supertots Supersquad The Movie.

Supertots Supersquad The Movie adalah filem yang berdasarkan siri animasi Supertots yang memenangi anugerah Animasi Terbaik di Anugerah NEF-AWANI pada tahun lepas.

Filem Supertots Supersquad The Movie adalah filem animasi pertama di Malaysia yang mengunakan teknik ‘Hybrid Motion-Capture’ yang telah juga digunakan dalam filem Avatar dan Adventures of Tin-Tin.

“Filem Supersquad yang mempunyai 3 orang adiwira, Kapten Danny, Elly dan Alan terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan Bumi dan ayah mereka, iaitu Laksamana Aaron. Semua ini telah diramalkan di dalam kitab Nagasakti berabad dahulu yang mana bumi akan diserang oleh makhluk asing. Untuk melengkapkan Supersquad, watak Shasha dan Blinq bakal menyerikan lagi pengembaraan mereka.”

Sebuah filem epik ‘action comedy’, Supertots Supersquad The Movie mengandungi babak peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung, babak cemas apabila makhluk asing ganas mendarat di Bandaraya Kuala Lumpur pertempuran sengit di langit di atas KLCC dan berbagai lagi.

Pelakon seperti Dafi, Diana Danielle, Radhi Khalid, Na’a Murad, Elza Irdawaty, Megat Shahrizal, Maya Arisa Tan dan Marina Aris Tan akan menerajui watak utama Supertots Supersquad The Movie.

Supertots Supersquad The Movie dijangka akan ditayangkan di Malaysia pada tahun 2013 dan disusuli dengan tayangan antarabangsa di lebih 20 buah negara.

Dafi and Danny (inspirasi watak Kapten Danny)

Diana and Dafi

Dafi menjiwai watak

Diana and Dafi 2

in the control room with Naa (voice director) and Ashraf (sound engineer)

Script reading (Dafi pulak serius)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

U Mobile Bids For A Greener Future

Muzik Video Rasmi Caprice CHIKARO