in

Supernatural, Smallville New Season

Musim baru Supernatural, Smallville sudah bermula

ISTIMEWA Ogos ini, penonton TV3 dapat menonton dua siri aksi fantasi hebat di malam minggu bermula dengan Smallville dan diikuti oleh Supernatural sejam kemudiannya.

Siri Smallville yang ditayangkan sejak Mei lalu kini bertukar waktu siarannya kepada jam 9 malam pada Ahad, manakala musim baru Supernatural akan mula disiarkan pada 2 Ogos, jam 10 malam di hari yang sama.

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2006, Supernatural semakin digemari penonton dan di atas permintaan ramai pengembaraan yang mencemaskan dan mendebarkan adik-beradik Winchester diteruskan lagi di TV3. Untuk mengetahui perkembangan drama aksi hebat terbitan Warner Bros. Television ini pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan lakonan hebat memaparkan Jared Padelecki sebagai Sam dan Jensen Ackles sebagai Dean, dua beradik yang memburu kuasa jahat yang telah memusnahkan keluarga mereka.  

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar, berkata, sempena bulan kemerdekaan ini, TV3 menyediakan buah tangan istimewa terutama kepada penggemar siri barat dengan memaparkan dua siri aksi hebat yang menggunakan teknologi CGI secara berterusan selama dua jam.

“Kami sentiasa menjalankan kajian untuk mempertingkatkan lagi mutu program yang disiarkan di TV3. Malah untuk dua siri ini, kadar peratusan penonton ialah sebanyak 1.5 juta dan diharap dengan perubahan waktu tayangan dan mempersembahkan Supernatural musim baru ini dapat menarik lebih ramai penonton,” katanya.

Smallville adalah berdasarkan pentafsiran semula mitologi Superman muncul dengan watak klasiknya dicampur adegan dan pengembaraan kepada siri aksi yang menyeronokkan. Siri ini sudah memasuki musim keenam dengan menampilkan barisan pelakon seperti Tom Welling, Kristin Kreuk, Michael Rosenbaum, Erica Durance, Allison Mack, John Glover dan Annette O’Toole.  

Musim ini, Clark mesti berusaha melepaskan diri dari Phantom Zone. Selepas disumbat dalam penjara Krypton yang dicipta oleh Jor-El, Clark mendapati dirinya tidak mempunyai kuasa dan dikelilingi penjenayah yang ingin menuntut bela. Bekas pembantu Jor-El, Raya (Pascale Hutton) datang ke Phantom Zone menolong Clark melarikan diri, malangnya, penjenayah yang lain juga terlepas.

Siri baru Supernatural pula mengisahkan Sam (Padalecki) dan Dean (Ackles) Winchester kehilangan ibu mereka yang terbunuh dalam keadaan penuh misteri. Sejak itu, bapa mereka, John (Jeffrey Dean Morgan) membesarkan dua beradik wira ini berbekalkan penahanan dari segi mental dan fizikal. John membuka minda dan mata mereka mengenai wujudnya kuasa syaitan luar biasa yang tinggal di sudut-sudut gelap dan di sebalik jalan di Amerika serta cara membunuh makhluk halus itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siri Lie To Me Drama Penyiasatan Terbaru Di ntv7

Slot Teater Hito Idol