in ,

Superman Returns dan Night At The Museum Di TV2

SLOT SATURDAY NIGHT SPECIAL @ 2 SEMPENA CUTI SEKOLAH: SUPERMAN RETURNS (14 MAC 2009) DAN NIGHT AT THE MUSEUM (21 MAC 2009) DI TV2

Cuti persekolahan adalah waktu terluang yang amat ditunggu-tunggu oleh seisi keluarga untuk berehat dan meluangkan masa bersama insan tersayang. Kesempatan itu diambil Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menayangkan dua filem yang pernah menduduki carta box- office filem tehebat Hollywod yang pastinya akan memeriahkan lagi malam minggu anda.

Menerusi slot Saturday Night Special @ 2, RTM mempersembahkan Superman Returns dan Night At The Museum  yang akan bersiaran secara berturutan pada hari Sabtu, 14 dan 21 Mac 2009, jam 10 malam di TV2.

Superman Returns sebuah filem ’superhero’ terbitan Warner Bros yang telah diadaptasi dari komik popular berdasarkan watak utama, Superman garapan pengarah Bryan Singer. Superman berasal dari sebuah planet yang telah lama musnah. Anak kecil yang bernama Kal-El ini telah dibesarkan oleh ibu dan bapa angkat di ladang Kent, Kansas. Dia juga diberikan nama baru iaitu Clark Kent.

Krisis di serata dunia semakin berleluasa setelah ’kehilangan’ Superman menyebabkan jenayah di kota Metropolis semakin meningkat. Pada masa yang sama Lex Luthor telah berjaya membebaskan diri dari penjara dan mula merancang cara untuk menggunakan rahsia teknologi Superman untuk kepentingan dirinya.

Watak Lois Lane yang cukup sinonim dengan Clark Kent merupakan seorang wartawan yang bertugas dengan akhbar Daily Planet. Dia merupakan bekas teman wanita Clark Kent yang telah memulakan hidup baru setelah kehilangan Clark Kent tanpa khabar berita. Akibat kecewa dengan tindakan Clark itu, Lois telah bertunang dengan dengan sepupu kepada editor akhbar Daily Planet.

Clark Kent akhirnya kembali ke bandar Metropolis dan menyedari dunia sebenarnya memerlukan pertolongan Superman. Dalam pada masa yang sama, Lex Luthor telah memulakan rancangan jahatnya untuk menggunakan Kryptonian kristal yang telah di curi untuk dia menubuhkan kerajaan di bawah pimpinannya dan menakluki dunia.

Superman The Returns menampilkan barisan pelakon handalan seperti Brandon Routh yang melakonkan watak Superman, Kate Bosworth, Kevin Spacey, James Marsden, Parker Posey dan Frank Langella.

Menyusul seterusnya filem Night At The Museum yang mengisahkan mengenai seorang penjaga ’National Histoy Museum’ untuk syif malam, Larry Daley lakonan mantap Ben Stiller. Dia tidak pernah kekal dengan satu pekerjaan membuatkan anak lelakinya kecewa lantas terpaksa mencari pekerjaan untuk memenangi hati anaknya yang semakin rapat dengan teman lelaki kepada bekas isterinya.

Kejadian pelik berlaku apabila larry mendapati semua benda yang terdapat di dalam muzium itu bernyawa di waktu malam termasuklah  rangka dinasour T-Rex, askar kecil Romania termasuklah patung lilil Presiden Roosevelt. Pelbagai insiden pelik serta kejadian lucu berlaku sewaktu Larry bertugas menyebabkan Larry semakin bingung lalu membawa anaknya ke muzium tersebut untuk meyakinkan anaknya mengenai kejadian pelik tersebut. Akan tetapi, usaha Larry gagal apabila kesemua benda di situ tidak bernyawa seperti yang dilaluinya.

Night At The Museum turut di barisi oleh Carla Gugino, Dick Van Dyke, Mickey Rooney, Bill Cobbs, Jake Cherry dan Ricky Gervais yang membantu menjayakan filem hebat ini.

Filem yang berkonsepkan pengembaraan komedi ini turut menerapkan unsur-unsur moral yang boleh dijadikan pengajaran di samping pelbagai aksi lucu yang pasti mencuit hati para penonton dengan lawak serta lakonan bersahaja Ben Stiller. Berjayakah Larry merungkai misteri yang berlaku di muzium tersebut? Mengapakah bahan pameran di muzium  bernyawa di waktu malam?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kedua-dua buah filem menarik, Superman The Returns diikuti dengan Night At The Museum pada hari Sabtu berturut-turut, 14 dan 21 Mac 2008, jam 10 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile AMIM AF7

Profile HAFIZ Akademi Fantasia 7