in

SUNDAY DAY TIME SPECIAL BALTIC STORM

SUNDAY DAY TIME SPECIAL : BALTIC STORM, 14 SEPTEMBER 2008 (AHAD), 3.00 PETANG DI RTM2

Sunday Day Time Special akan menyajikan sebuah filem Inggeris bertajuk “Baltic Storm” yang mengetengahkan sebuah filem yang berkisar tentang sebuah tragedi feri karam yang mulanya disangkakan sebagai sebuah kemalangan biasa sebaliknya mempunya hubung kait dengan seorang pegawai kanan Pentagon. 

“Baltic Storm” bermula dengan sebuah tragedi yang menimpa Feri Estonia yang karam di Lautan Baltic pada malam 28 September 2004. Hanya 145 orang terselamat manakali 825 orang lagi menemui ajal mereka. Sehingga hari ini tragedy tragedi ini tercatat dalam lipatan sejarah sebagai tragedi laut terburuk di benua Eropah.


 
Julia Reuter, seorang wartawan dari sebuah rancangan majalah televisyen dari Jerman yang berpangkalan di Berlin. Dia cuba mengupas isu pasaran gelap yang melibatkan pasukan tentera Russia. Penyelidikan tersebut berakhir di Talinn, Estonia yang akhirnya mengakibatkannya terlepas menaiki Feri Estonia pada hari kejadian. Salah satu muatan feri tersebut adalah sebuah trak yang sarat dengan senjata-senjata yang canggih.

Salah seorang penumpang Estonia yang terselamat adalah Erik Westermark yang merupakan seorang peguam yang berasal daripada Sweden. Tapi, dia kehilangan anak lelaki kesayangannya yang berusia 10 tahun. Sewaktu membuat liputan mengenai mangsa tragedi yang terselamat di sebuah hospital yang terletak di Stockholm, Julia bertemu dengan Erik. Dalam pertemuan itu, mereka menjadi sahabat dan Erik meluahkan gerak hatinya kuat menyatakan anaknya masih hidup. Seterusnya mereka bersama mencari anaknya akhirnya mereka mendapati tragedy tersebut ada kaitan dengan unit perisikan juga pasukan ketenteraan. Lebih mengejutkan mereka mendapati tragedy tersebut ada hubung kait dengan salah seorang pegawai kanan Pentagon

“Baltic Storm” dibintangi oleh Greta Scacchi, Jurgen Prochnow, Donald Sutherland, Dieter Laser, Jurgen Schornage, Thure Riefenstein dan Barbara Schone.

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton filem “Baltic Storm” bakal bersiaran pada 14 September 2008 (Ahad), jam 3.00 petang menerusi slot Sunday Day Time Special di RTM2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nak Gambar Datuk K dan Isteri Baru Seorang Pramugari?

DANCING FOR THE DREAM