in

Sundance Channel Tayang Drama Popular The Hour

SUNDANCE CHANNEL MEMPERSEMBAHKAN TAYANGAN EKSKLUSIF DRAMA TERSOHOR THE HOUR BERMULA 14 APRIL

SIRI YANG DIBINTANGI DOMINIC WEST DARI THE WIRE DAN DICALONKAN UNTUK ANUGERAH EMMY, GOLDEN GLOBE DAN BAFTA

MUSIM PERTAMA DAN KEDUA AKAN DITAYANGKAN SEKALIGUS

Sundance Channel hari ini mengumumkan ia akan mempersembahkan tayangan perdana eksklusif Asia untuk siri drama tersohor The Hour yang dibintangi Dominic West (The Wire). Rangkaian itu akan menayangkan musim pertama dan kedua siri itu yang terdiri daripada enam episod setiap satu, secara sekaligus bermula 14 April jam 9 malam.

Digarap oleh penulis Abi Morgan (Sex Traffic, White Girl) yang memenangi anugerah BAFTA, The Hour adalah siri thriller yang asli dan seksi berlatar belakangkan dunia kewartawanan televisyen pada tahun 1956. Siri ini telah dicalonkan untuk Anugerah Emmy, Golden Globe dan Anugerah BAFTA, dan West sendiri baru sahaja dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik oleh Broadcasting Press Guild.

The Hour

Mendebarkan, penuh misteri dan disulami percikan asmara, The Hour membawa kita meneroka adegan belakang tabir bilik berita BBC di London yang berdaya saing, sarat dengan mereka yang bijak berkata-kata dan dibelenggu kisah cinta tiga segi yang mengghairahkan. Dibintangi barisan bintang antarabangsa, genre drama ini memaparkan kehidupan peribadi, interaksi serta kecemburuan profesional di antara Freddie Lyon (Ben Whishaw, Bright Star), wartawan penyiaran yang beraspirasi tetapi penuh hasad dengki; Bel Rowley (Romola Garai, calon anugerah Golden Globe 2012), penerbit yang cantik dan bercita-cita tinggi serta dicintai Freddie; dan Hector Madden (dilakonkan oleh West), musuh Freddie yang kacak dan merupakan watak utama pasukan berita televisyen yang sedang meningkat naik ini. Kita dapat menyaksikan dunia berada pada bucu perubahan yang besar menerusi watak-watak yang hebat ini.

Drama ini meneroka politik rakus di sebalik sandiwara sopan santun social. Di kemuncaknya ia mendedahkan rahsia yang akan menggulingkan seorang Perdana Menteri British dan memaknakan semula dunia untuk generasi baru bagi tahun-tahun mendatang yang dipercayai ramai menandakan perpindahan terakhir kuasa kepada kuasa dunia baru, iaitu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet.

The Hour mendapat pujian pengkritik secara meluas sewaktu ia ditayangkan oleh BBC di UK. The Guardian menyifatkannya sebagai “kesempurnaan mutlak TV,” sementara The Times menamakannya sebagai Pilihan Minggu Ini dan menyifatkannya sebagai “drama cinta tiga segi yang strategik dengan dialog pintar bilik berita yang penuh tekanan.” The Daily Mirror menyifatkannya sebagai “penuh gaya dan keyakinan,” sementara Time Out London merumuskannya sebagai “siri yang mempunyai citra kemewahan dan rasa yang indah. Ia dipersembahkan dengan sempurna, lari daripada kebiasaan namun tepat pada masanya. Wartawan sebagai wira yang mencari kebenaran, teliti serta berani adalah idea yang tepat pada masanya.” Episod perdananya menarik hampir tiga juta penonton di BBC2, dan ia muncul sebagai siri drama dengan penarafan kedua tertinggi sepanjang tahun.

The Hour turut mempunyai barisan pelakon pembantu yang hebat, termasuklah Tim Pigott-Smith (Quantum of Solace) dan aktres yang telah merangkul pelbagai anugerah, Juliet Stevenson (Mona Lisa Smile) sebagai Lord dan Lady Elms. Anton Lesser membawa watak Clarence Fendley, Ketua Unit Berita BBC dan Anna Chancellor (Four Weddings and a Funeral) sebagai Lix, koresponden asing The Hour yang berani dan licik tetapi kuat minum. Julian Rhind-Tutt berlakon sebagai Angus McCain, mata dan telinga kepada Perdana Menteri, dan Oona Chaplin sebagai Marnie Madden, isteri Hector yang cantik tetapi terlalu dimanjakan.

The Hour diterbitkan Kudos Film and Television, yang merupakan pakar dalam drama berskrip dan pembikin Life on Mars yang memenangi anugerah Emmy, Spooks yang memenangi anugerah BAFTA, dan Occupation serta Law and Order UK. Siri-siri ini diedarkan oleh Shine International.

Sundance Channel boleh ditonton secara HD menerusi Astro b.yond. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.sundancechannelglobal.com.

The Hour

The Hour

The Hour

The Hour

The Hour

The Hour

Tentang Sundance Channel
Didedikasikan buat misi pengasas Robert Redford untuk meraikan kreativiti, Sundance Channel adalah destinasi televisyen untuk penonton yang berfikiran bebas dan mencari sesuatu yang berbeza. Berani, berimaginasi dan tidak meragukan, Sundance Channel
menawarkan penonton pelbagai filem bebas, dokumentari dan program asli berkualiti tinggi yang menarik perhatian. Selain diedarkan di seluruh Amerika Utara, Sundance Channel juga terdapat di Eropah dan Asia. Dimiliki dan dioperasikan oleh AMC Networks Inc., Sundance Channel adalah jenama magnetik yang dikenali ramai dan tersedia dalam HD dan merentasi pelbagai platform.

Tentang AMC Networks Inc.
Berdedikasi menghasilkan kandungan filem dan program berkualiti selama lebih 30 tahun, AMC Networks Inc. (NASDAQ: AMCX) memiliki dan mengoperasi beberapa jenama popular dan pemenang anugerah dalam televisyen kabel. AMC, IFC, Sundance Channel, WE tv, dan IFC Films menerbit dan mempersembah kandungan yang berbeza, menakjubkan, dan sesuai dengan budaya yang melibatkan penonton merentasi pelbagai platform. Syarikat ini juga mengoperasikan AMC/Sundance Channel Global, satu program perniagaan antarabangsa, dan AMC Network Broadcasting & Technology, syarikat pengedar dan rangkaian servis penuh program asli.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Jom Heboh 2013 di Angsana Johor Bahru

Sinopsis Drama The Hour Musim Pertama