SUMMER LIVE CONCERT 2008

SUMMER LIVE CONCERT 2008
Konsert muzikal Cina terhangat kembali lagi…

Kembali lagi! Konsert Summer Live iaitu konsert percuma yang bersiaran secara langsung di Malaysia yang dianjurkan oleh satu-satunya stesen televisyen hip di Malaysia, 8TV, akan kembali lagi buat kali keempatnya dengan lebih banyak lagi keseronokan dan keriangan pada 23 August 2008, jam 9.30 malam dengan mempersembahkan barisan artis dan para selebriti terkenal dalam dan luar negara di Perkarangan Luar Tempat Letak Kereta MITC, Bandar Bersejarah Bandar Melaka.

Konsert Summer Live yang dianjurkan oleh 8TV secara tahunan ini  bakal menggabungkan para artis dan selebriti terkenal di Asia. Pada tahun 2007, konsert ini yang telah berlangsung di Padang Ipoh, Perak mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dan  telah berjaya mengumpul sebanyak lebih 100,000 pencinta seni muzik Cina.

“Selama tiga tahun berturut-turut, Konsert Summer Live telah menjadi hit di kalangan para peminat kami dan juga peminat setia muzik Cina. Ini adalah konsert yang dianjurkan secara percuma untuk menyambut kegemilangan para pemuzik dan secara tidak langsung memberi peluang kepada orang ramai untuk berkumpul dan meraikan keindahan muzik bersama,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif di 8TV, Encik Ahmad Izham Omar.

“Konsert Summer Live ini juga merupakan salah satu cara kami untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih buat para peminat dan penyokong yang selama ini memberikan sokongan padu yang tidak terhingga buat kami. Kami berharap konsert pada tahun ini akan menarik lebih ramai lagi peminat untuk datang dengan bertambahnya penaja bersama untuk tahun ini.”

Antara barisan artis terkenal dan selebriti yang akan membuat persembahan di dalam konsert pada tahun ini adalah Jolin Tsai, Rainie Yang, Stanley Huang, Show Luo, Energy, Awaking, Jam Hsiao. Selain itu, Finalis-finalis Top 2 dari Project Superstar (musim pertama dan kedua) iaitu John, Des, Henley, dan juga Orange juga akan turut serta untuk memeriahkan lagi konsert ini.

Bakat baru serta juara musim ketiga Project Superstar, Kay dan pemenang tempat kedua, Hau juga turut sama bakal memeriahkan konsert yang ditunggu-tunggu ramai ini. Untuk menghangatkan lagi konsert nanti, 8TV turut membawa pengacara-pengacara popular 8TV pada masa kini – Gary Yap, Dylan Liong, Cheryl Lee, dan juga Xiao Yu.

Kembali sebagai penaja utama buat tahun keempat berturut-turut termasuk tahun ini adalah Magnum Corporation Berhad. Silky Girl dan juga Daia buat kali keduanya akan menjadi penaja bersama manakala Baskin Robbins buat julung-julung kalinya akan turut menjadi penaja bersama. 988 sekali lagi akan memberi sokongan moral dengan menjadi radio rasmi utama buat Konsert Summer Live 2008 ini. Better Events and Productions telah dilantik untuk menguruskan acara konsert pada tahun ini dan pada masa yang sama disokong oleh Kementerian Pelancongan Dalam Negeri Melaka.

Pengurus Kanan Operasi dan Pemasaran Magnum Corporation Berhad, Encik Seah Kok Leong berkata, “Buat tahun keempat ini, membuktikan lagi penglibatan dan komitmen kami di dalam konsert ini dalam merealisasikan hasrat kami untuk membawa peminat-peminat muzik di dalam dan di luar negara berkumpul bersama-sama. Kami sangat-sangat  teruja kerana dapat bekerjasama lagi buat kesekian kalinya bersama 8TV, dalam cita-cita kami menyediakan  platform buat pemuzik-pemuzik untuk menonjolkan bakat dan sekaligus menghargai usaha dan kerja mereka selama ini”.

Konsert Summer Live 2008 ini juga mempunyai satu tema yang sangat menarik iaitu Sporty bagi memvisualisasikan sukan dan tarian serta  membawa slogan ‘City in Rock! Go!’.

Butir-butir lanjut untuk mengetahui cara untuk mendapatkan tiket-tiket PERCUMA bagi menghadiri konsert ini akan diumumkan tidak lama lagi! Jadi, jangan lupa untuk menukar apa saja rancangan anda untuk musim panas pada kali ini dan menanda tarikh  23 Ogos untuk Konsert Summer Live yang ditungu-tunggu ramai ini.

[tags]summer live, concert, muzikal cina, Jolin Tsai, Gary Yap, Dylan Liong, Cheryl Lee, dan juga Xiao Yu, magnum.com, Rainie Yang, Stanley Huang, Show Luo, Energy, Awaking, Jam Hsiao[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Casa Impian Musim Baru di TV3

FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR 2008