in

Suatu Malam Kubur Berasap Kutip RM580 Ribu

Suatu Malam Kubur Berasap Kutip RM580 Ribu

Filem komedi seram Suatu Malam Kubur Berasap telah berjaya mengutip RM580,000 sejak ditayangkan di 61 pawagam tempatan bermula 22 Disember lalu.

Menurut pengarahnya, Ernie Chen, kebanyakan penonton yang telah menonton filem itu memberikan respons yang positif.

Suatu Malam Kubur Berasap

“Saya sangat teruja dan mengucapkan terima kasih kepada semua penonton yang menonton filem “Suatu Malam Kubur Berasap” serta pihak media yang membantu mempromosikan filem ini. Seperti yang saya katakan, objektif filem ini adalah untuk menghiburkan penonton dan saya mendapati kebanyakan peminat di laman Facebook Suatu Malam Kubur Berasap mengatakan filem ini menghiburkan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Ain Nordin melakonkan watak Siti dalam Suatu Malam Kubur Berasap.

Melihat kepada sambutan penonton, Ernie menyasarkan filem ini untuk mendapat setanding atau melebihi kutipan filem komedi seram Hantu Bonceng iaitu RM8.53 juta.

“Pada hari pertama filem ini ditayangkan, saya mendapati kebanyakan pawagam yang menayangkan filem ini penuh. Bagaimanapun, saya memerlukan sokongan daripada penonton untuk mencapai sasaran kutipan melebihi RM8 juta,” katanya lagi.

Filem ini dilakonkan oleh Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Ruminah Sidek, Zach Diamond, Azrul Raja Lawak dan pelakon baru, Ain Nordin. via Mstar Online

Suatu malam kubur berasap

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Nikah Yusry KRU & Lisa Surihani 23 Februari

Ulasan Filem The Adventures of Tintin