in ,

Siti Nurhaliza Batal Konsert Suami Kemalangan di New Zealand Datuk K Patah Tangan

[dropcap]S[/dropcap]emasa Budiey makan tengahari di sebuah restoran tadi, hampir tersedak juga setelah membaca di Twitter tentang satu kemalangan telah menimpa keluarga kepada penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza. Berita yang mengejutkan ramai peminat dan media juga.

Penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terpaksa membatalkan konsert terakhirnya, Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin, Indonesia apabila perlu berlepas ke New Zealand untuk melihat keadaan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di sana.

Dato’ Siti Nurhaliza juga telah memohon maaf daripada peminatnya dengan menulis pesanan di Twitter tentang pembatalan konsert pada malam esok di Banjarmasin. Diharap semua peminat yang menunggu persembahan Siti kat sana pada malam ini tidak panik dan tertanya-tanya. Budiey pasti ramai yang bersimpati dan memahami perasaan dan keadaan Siti Nurhaliza ketika ini. Budiey doakan suami Siti Nurhaliza cepat sembuh ya.

“Salam, maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua team konsert, CT tak dapat ke sana kerna ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahami ya.”

twitter datuk siti nurhaliza

Pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Sangdewi juga turut menyiarkan status berkenaan dengan hal ini di Facebooknya:

“Kita merancang Allah menentukan. Setiap sesuatu yg terjadi itu ada hikmahnya. Moga segalanya baik-baik sahaja. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Doa kami semua mengiringi, insyaAllah, tabah hati, dan senantiasa dlm lindungan Allah s.w.t. Kekal cekal. -Sangdewi buat boss. KL-Jakarta-Pekan Baru-Jakarta- KL. (Tidak ke Banjarmasin wpun kami sudah berada di dlm kapal terbang tadi..).”

[dropcap]B[/dropcap]udiey pun mencari kepastian di Twitter dan menjumpai jawapan. Setelah beberapa jam, satu berita telah disiarkan di Utusan Online di mana berita ini memberitahu suami kepada Dato’ Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid atau terkenal dengan gelaran Datuk K telah terlibat dalam satu kemalangan di New Zealand.

[pullquote align=”right”]Datuk K cedera patah bahu, tangan dan kaki dalam kemalangan di New Zealand. Beliau dilaporkan stabil.[/pullquote]

Suami penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa cedera dalam kemalangan di New Zealand hari ini dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Siti Nurhaliza, suaminya yang menunggang motosikal kuasa besar mendapat kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya tidak membimbangkan.

Berita ini mengingatkan Budiey dengan gambar-gambar yang pernah Budiey lihat di internet seketika masa dulu di mana sebelum ini, Datuk K ada naik motor bersama Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Batal Konsert Suami Kemalangan di New Zealand Datuk K Patah Tangan

Kata Siti Nurhaliza

“Doakan suami saya beransur pulih.”

Siti Nurhaliza yang sepatutnya menjayakan siri terakhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang di sini malam ini memberitahu, beliau terpaksa membatalkan persembahannya. Beliau akan berlepas ke New Zealand esok untuk bersama suaminya di sana dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa.

Siti Nurhaliza Batal Konsert Suami Kemalangan di New Zealand Datuk K Patah Tangan

Sementara itu, di Portal Murai juga ada memberitakan kemalangan ini:

Kakak ipar Dato’ Siti Nurhaliza, Datin Zaiton Muhd Jiwa memberitahu bahawa penarikan diri penyanyi popular tanahair itu daripada menjayakan Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang sepatutnya dijadual berlangsung di Banjarmasin pada malam ini adalah disebabkan kemalangan yang menimpa suaminya, Dato` Khalid Mohd Jiwa sewaktu dia menunggang motorsikal berkuasan tinggi bersama rakannya di Queenstown, New Zealand, hari ini.

Siti Nurhaliza Batal Konsert Suami Kemalangan di New Zealand Datuk K Patah Tangan

Kata Zaiton, dia mendapat tahu mengenai kemalangan tersebut daripada rakan Dato` Khalid sendiri.

“Dia beritahu bahawa Khalid telah cedera teruk selepas ditimpa kemalangan dan telah pun dimasukkan ke hospital.”

Menurut Zaiton lagi, dia kemudian berusaha untuk menghubungi pihak hospital terbabit untuk mengetahui keadaan adiknhya itu dengan lebih lanjut.

“Kata salah seorang kakitangan hospital tersebut, Khalid berada di dalam keadaan stabil. Namun, mereka terpaksa merawatnya dengan lebih lanjut kerana ada beberapa bahagian di badannya itu patah termasuk di bahu dan mereka bimbang kalau-kalau ada berlakunya kecederaan dalaman. Buat masa ini, itu sajalah yang mampu Kak Tun beritahu. Sebab, Khalid masih belum boleh bercakap lagi. Mungkin kesan daripada ubat yang diberikan.

“Hendak cakap lebih-lebih pun susah, sebab Kak Tun tak tengok lagi keadaan diri dia. Apatah lagi bercakap. Tuhan sajalah yang tahu macamana perasaan Kak Tun pada waktu ni. Ibu Kak Tun pula dari tadi asyik break down saja. Kalau boleh, hari ni jugak Kak Tun hendak terbang ke Queenstown melawat dia di sana. Malangnya, semua flight telah pun habis ditempah. Maklumlah cuti sekolah.”

Pun begitu, Zaiton berkata, dia berhasil mendapatkan tiket ke Queenstown pada 12 tengahari esok.

“Saya akan ke sana bersama Siti dan seorang ahli keluara angkat iaitu Datuk Yahya. Dialah yang urusakan tempahan tiket kami semua.”

Jelas Zaiton lagi, sebaik saja mengetahui tentang berita kemalangan Khalid itu, dia cepat-cepat cuba untuk menghubungi adik iparnya, Siti.

“Tapi mungkin waktu itu dia sedang dalam penerbangan dari Jakarta ke Banjarmasin, jadi Kak Tun tidak dapat berhubung dengannya dan kebetulan pula telefon bimbitnya rosak.

“Tapi, akhirnya Kak Tun dapat juga cakap dengan dia. Dia juga terkejut dengar berita itu dan cepat-cepat membatalkan konsertnya di Banjarmasin. Yalah, macam mana dia nak buat persembahan sedangkan suaminya kemalangan.

“Dia kemudian beritahu kak Tun supaya menempah tiket cepat-cepat untuk ke Queenstwon. Kini dia dalam perjalanan pulang ke Malaysia bersama pengrusnya Rozi Abdul Razak. Mereka dijangka tiba di tanah air kira-kira jam 6 petang hari ini.”

“Kak Tun pun tak tahu berapa lama Kak Tuan akan berada di sana (Queenstown) nanti. Semuanya bergantung kepada keadaan diri Khalid. Apapun, Kak Tun harap ramai yang akan doakan yang terbaik untuk adik Kak Tun itu.”

Sementara itu, Zaiton turut memberitahu bahawa ramai peminat di Banjarmasin yang kecewa apabila mendapat tahu bahawa Siti terpaksa membatalkan konsertnya di wilayah itu.

Konsert di Banjarmasin adalah konsert Ekspresi Karya Gemilang untuk siri yang ketiga. Ia turut dijayakan artis-artis Malaysia dan Indonesia yang lain seperti Rossa, Amy Search, Shila Amzah, Ungu, Armada, Inka Christie dan Titi DJ.

datuk siti nurhaliza dato k datuk k

Sementara itu, berita yang sama telah pun disiarkan di Portal Mstar:

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand pada Khamis.

Adik kepada ahli perniagaan tersebut iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang rakan Datuk K yang berada bersama usahawan itu di negara tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis (5 petang waktu New Zealand).

Katanya akibat kemalangan itu Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.

Siti memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya di Banjarmasin, Indonesia.

“Saya terkejut dengan berita itu dan akan berangkat ke sana pada esok (Jumaat) bersama Siti dan seorang lagi rakan. Siti sekarang ini berada di Banjarmasin, Indonesia untuk mengadakan konsert. Beliau terpaksa membatalkan konsert itu.”

Zaiton berkata, Datuk K berada di New Zealand atas urusan perniagaan dan beliau menghabiskan masa petangnya di bandar Queenstown dengan menunggang motosikal sebelum terjadinya kemalangan.

Bagaimanapun Zaiton tidak mendapat gambaran jelas bagaimanakah kemalangan itu berlaku.

Sementara itu Siti Nurhaliza yang akan mengadakan konsert terakhirnya iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang pada malam Khamis terpaksa membatalkan persembahan tersebut.

Updated: Pada jam 7 malam tadi, Dato’ Siti Nurhaliza telah selamat sampai di KLIA. Menurut pengurusnya, Rozi, Siti dalam keadaan yang masih sedih dan beliau telah bercakap dengan suaminya, Datuk K melalui telefon. Memetik status kak Rozi yang katanya kehilangan Blackberry di Jakarta siang tadi:

“Selamat tiba di KLIA sekitar jam 7 malam tadi. Mohon maaf rakan-rakan media dan teman-teman jika saya tak menjawab pertanyaan atau telefon bimbit saya tak dapat dihubungi. Saya dlm flight tadi dan baru saja sampai di sini. Saya juga mohon pihak media bertanya terus kepada ahli keluarga DK kerana mereka lebih berhak mjadi jurucakap.Sedikit sebanyak insyaAllah saya bantu nanti. Boss saya memang kelihatan sedih dan Alhamdulillah di KLIA tadi barulah beliau dapat bercakap menerusi telefon dengan suaminya. Keadaan masih lemah mungkin kerna faktor ubat ttp kita doakan segalanya baik sahaja.Esok, boss akan berangkat ke New Zealand..kita juga doakan perjalanan pergi pulang mereka selamat. Maaf kpd peminat-peminat Boss di Banjarmasin.. mohon semuanya memahami keadaan yg tak diduga ini berlaku. Tkasih di atas doa2 kalian. Amiin.”

Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan.

“Salam… maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.

Siti Nurhaliza Batal Konsert Suami Kemalangan di New Zealand Datuk K Patah Tangan

Siti Nurhaliza Batal Konsert Suami Kemalangan di New Zealand Datuk K Patah Tangan

Siti Nurhaliza Batal Konsert Suami Kemalangan di New Zealand Datuk K Patah Tangan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Yus & Uchop Sertai Nadeera Mara Ke Pusingan Separuh Akhir

ESPN STAR Sports Brings Sensational ABL Experience to Malaysian Fans