• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Siti Nurhaliza Batal Konsert Suami Kemalangan di New Zealand Datuk K Patah Tangan

1
  • by Budiey
  • in Berita · Siti Nurhaliza
  • — 13 Dec, 2012
Semasa Budiey makan tengahari di sebuah restoran tadi, hampir tersedak juga setelah membaca di Twitter tentang satu kemalangan telah menimpa keluarga kepada penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza. Berita yang mengejutkan ramai peminat dan media juga.

Penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terpaksa membatalkan konsert terakhirnya, Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin, Indonesia apabila perlu berlepas ke New Zealand untuk melihat keadaan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di sana.

Dato’ Siti Nurhaliza juga telah memohon maaf daripada peminatnya dengan menulis pesanan di Twitter tentang pembatalan konsert pada malam esok di Banjarmasin. Diharap semua peminat yang menunggu persembahan Siti kat sana pada malam ini tidak panik dan tertanya-tanya. Budiey pasti ramai yang bersimpati dan memahami perasaan dan keadaan Siti Nurhaliza ketika ini. Budiey doakan suami Siti Nurhaliza cepat sembuh ya.

“Salam, maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua team konsert, CT tak dapat ke sana kerna ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahami ya.”

twitter datuk siti nurhaliza

Pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Sangdewi juga turut menyiarkan status berkenaan dengan hal ini di Facebooknya:

“Kita merancang Allah menentukan. Setiap sesuatu yg terjadi itu ada hikmahnya. Moga segalanya baik-baik sahaja. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Doa kami semua mengiringi, insyaAllah, tabah hati, dan senantiasa dlm lindungan Allah s.w.t. Kekal cekal. -Sangdewi buat boss. KL-Jakarta-Pekan Baru-Jakarta- KL. (Tidak ke Banjarmasin wpun kami sudah berada di dlm kapal terbang tadi..).”

Budiey pun mencari kepastian di Twitter dan menjumpai jawapan. Setelah beberapa jam, satu berita telah disiarkan di Utusan Online di mana berita ini memberitahu suami kepada Dato’ Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid atau terkenal dengan gelaran Datuk K telah terlibat dalam satu kemalangan di New Zealand.

Datuk K cedera patah bahu, tangan dan kaki dalam kemalangan di New Zealand. Beliau dilaporkan stabil.

Suami penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa cedera dalam kemalangan di New Zealand hari ini dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Siti Nurhaliza, suaminya yang menunggang motosikal kuasa besar mendapat kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya tidak membimbangkan.

Berita ini mengingatkan Budiey dengan gambar-gambar yang pernah Budiey lihat di internet seketika masa dulu di mana sebelum ini, Datuk K ada naik motor bersama Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Batal Konsert Suami Kemalangan di New Zealand Datuk K Patah Tangan

Kata Siti Nurhaliza

“Doakan suami saya beransur pulih.”

Siti Nurhaliza yang sepatutnya menjayakan siri terakhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang di sini malam ini memberitahu, beliau terpaksa membatalkan persembahannya. Beliau akan berlepas ke New Zealand esok untuk bersama suaminya di sana dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa.

Siti Nurhaliza Batal Konsert Suami Kemalangan di New Zealand Datuk K Patah Tangan

Sementara itu, di Portal Murai juga ada memberitakan kemalangan ini:

Kakak ipar Dato’ Siti Nurhaliza, Datin Zaiton Muhd Jiwa memberitahu bahawa penarikan diri penyanyi popular tanahair itu daripada menjayakan Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang sepatutnya dijadual berlangsung di Banjarmasin pada malam ini adalah disebabkan kemalangan yang menimpa suaminya, Dato` Khalid Mohd Jiwa sewaktu dia menunggang motorsikal berkuasan tinggi bersama rakannya di Queenstown, New Zealand, hari ini.

Siti Nurhaliza Batal Konsert Suami Kemalangan di New Zealand Datuk K Patah Tangan

Kata Zaiton, dia mendapat tahu mengenai kemalangan tersebut daripada rakan Dato` Khalid sendiri.

“Dia beritahu bahawa Khalid telah cedera teruk selepas ditimpa kemalangan dan telah pun dimasukkan ke hospital.”

Menurut Zaiton lagi, dia kemudian berusaha untuk menghubungi pihak hospital terbabit untuk mengetahui keadaan adiknhya itu dengan lebih lanjut.

“Kata salah seorang kakitangan hospital tersebut, Khalid berada di dalam keadaan stabil. Namun, mereka terpaksa merawatnya dengan lebih lanjut kerana ada beberapa bahagian di badannya itu patah termasuk di bahu dan mereka bimbang kalau-kalau ada berlakunya kecederaan dalaman. Buat masa ini, itu sajalah yang mampu Kak Tun beritahu. Sebab, Khalid masih belum boleh bercakap lagi. Mungkin kesan daripada ubat yang diberikan.

“Hendak cakap lebih-lebih pun susah, sebab Kak Tun tak tengok lagi keadaan diri dia. Apatah lagi bercakap. Tuhan sajalah yang tahu macamana perasaan Kak Tun pada waktu ni. Ibu Kak Tun pula dari tadi asyik break down saja. Kalau boleh, hari ni jugak Kak Tun hendak terbang ke Queenstown melawat dia di sana. Malangnya, semua flight telah pun habis ditempah. Maklumlah cuti sekolah.”

Pun begitu, Zaiton berkata, dia berhasil mendapatkan tiket ke Queenstown pada 12 tengahari esok.

“Saya akan ke sana bersama Siti dan seorang ahli keluara angkat iaitu Datuk Yahya. Dialah yang urusakan tempahan tiket kami semua.”

Jelas Zaiton lagi, sebaik saja mengetahui tentang berita kemalangan Khalid itu, dia cepat-cepat cuba untuk menghubungi adik iparnya, Siti.

“Tapi mungkin waktu itu dia sedang dalam penerbangan dari Jakarta ke Banjarmasin, jadi Kak Tun tidak dapat berhubung dengannya dan kebetulan pula telefon bimbitnya rosak.

“Tapi, akhirnya Kak Tun dapat juga cakap dengan dia. Dia juga terkejut dengar berita itu dan cepat-cepat membatalkan konsertnya di Banjarmasin. Yalah, macam mana dia nak buat persembahan sedangkan suaminya kemalangan.

“Dia kemudian beritahu kak Tun supaya menempah tiket cepat-cepat untuk ke Queenstwon. Kini dia dalam perjalanan pulang ke Malaysia bersama pengrusnya Rozi Abdul Razak. Mereka dijangka tiba di tanah air kira-kira jam 6 petang hari ini.”

“Kak Tun pun tak tahu berapa lama Kak Tuan akan berada di sana (Queenstown) nanti. Semuanya bergantung kepada keadaan diri Khalid. Apapun, Kak Tun harap ramai yang akan doakan yang terbaik untuk adik Kak Tun itu.”

Sementara itu, Zaiton turut memberitahu bahawa ramai peminat di Banjarmasin yang kecewa apabila mendapat tahu bahawa Siti terpaksa membatalkan konsertnya di wilayah itu.

Konsert di Banjarmasin adalah konsert Ekspresi Karya Gemilang untuk siri yang ketiga. Ia turut dijayakan artis-artis Malaysia dan Indonesia yang lain seperti Rossa, Amy Search, Shila Amzah, Ungu, Armada, Inka Christie dan Titi DJ.

datuk siti nurhaliza dato k datuk k

Sementara itu, berita yang sama telah pun disiarkan di Portal Mstar:

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand pada Khamis.

Adik kepada ahli perniagaan tersebut iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang rakan Datuk K yang berada bersama usahawan itu di negara tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis (5 petang waktu New Zealand).

Katanya akibat kemalangan itu Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.

Siti memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya di Banjarmasin, Indonesia.

“Saya terkejut dengan berita itu dan akan berangkat ke sana pada esok (Jumaat) bersama Siti dan seorang lagi rakan. Siti sekarang ini berada di Banjarmasin, Indonesia untuk mengadakan konsert. Beliau terpaksa membatalkan konsert itu.”

Zaiton berkata, Datuk K berada di New Zealand atas urusan perniagaan dan beliau menghabiskan masa petangnya di bandar Queenstown dengan menunggang motosikal sebelum terjadinya kemalangan.

Bagaimanapun Zaiton tidak mendapat gambaran jelas bagaimanakah kemalangan itu berlaku.

Sementara itu Siti Nurhaliza yang akan mengadakan konsert terakhirnya iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang pada malam Khamis terpaksa membatalkan persembahan tersebut.

Updated: Pada jam 7 malam tadi, Dato’ Siti Nurhaliza telah selamat sampai di KLIA. Menurut pengurusnya, Rozi, Siti dalam keadaan yang masih sedih dan beliau telah bercakap dengan suaminya, Datuk K melalui telefon. Memetik status kak Rozi yang katanya kehilangan Blackberry di Jakarta siang tadi:

“Selamat tiba di KLIA sekitar jam 7 malam tadi. Mohon maaf rakan-rakan media dan teman-teman jika saya tak menjawab pertanyaan atau telefon bimbit saya tak dapat dihubungi. Saya dlm flight tadi dan baru saja sampai di sini. Saya juga mohon pihak media bertanya terus kepada ahli keluarga DK kerana mereka lebih berhak mjadi jurucakap.Sedikit sebanyak insyaAllah saya bantu nanti. Boss saya memang kelihatan sedih dan Alhamdulillah di KLIA tadi barulah beliau dapat bercakap menerusi telefon dengan suaminya. Keadaan masih lemah mungkin kerna faktor ubat ttp kita doakan segalanya baik sahaja.Esok, boss akan berangkat ke New Zealand..kita juga doakan perjalanan pergi pulang mereka selamat. Maaf kpd peminat-peminat Boss di Banjarmasin.. mohon semuanya memahami keadaan yg tak diduga ini berlaku. Tkasih di atas doa2 kalian. Amiin.”

Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan.

“Salam… maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.

Siti Nurhaliza Batal Konsert Suami Kemalangan di New Zealand Datuk K Patah Tangan

Siti Nurhaliza Batal Konsert Suami Kemalangan di New Zealand Datuk K Patah Tangan

Siti Nurhaliza Batal Konsert Suami Kemalangan di New Zealand Datuk K Patah Tangan

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: accidentAmy SearchAn accident in new zealandarmadaBanjarmasinconcert in banjarmasindato k kemalanganDato K Patah BarhuDato K Patah TanganDato' Siti NurhalizaDatuk K accidenDatuk K InjuredDatuk K Kemalangandatuk siti nurhalizadatuk siti nurhaliza tarudinfacebookfoto motosikal datuk kGambar Datuk K KemalanganGambar motor datuk Kgambar siti di konsert jakartainka christieinsidenkemalangan Datuk Kkhalid muhammad jiwaKonsertkonsert di indonesiaKonsert Ekspresi Karya Gemilangkonsert eskpresi karya gemilangNew Zealandpenyanyiriding a bikeRossarozi abdul razakShila AmzahSitiSiti NurhalizaSuami Dato' Siti Nurhalizasuami penyanyi terkenalsuami siti nurhalizaTiti DJtwitterUnguzaitun mohanmmed jiwa

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Yus & Uchop Sertai Nadeera Mara Ke Pusingan Separuh Akhir
  • Next story ESPN STAR Sports Brings Sensational ABL Experience to Malaysian Fans

ENTRI BERKAITAN

  • Sekitar Pelancaran Shawal FC 11 May, 2007
  • Gambar Siti Nurhaliza di Fashion Show Raya 5tars 27 May, 2011
  • Halle Berry Confirms Pregnancy To Nancy O’Dell 5 Sep, 2007
  • LoQue Selamat Dikurniakan Anak Sulong Perempuan 19 Apr, 2013

1 Comment

  1. nur says:
    Friday, December 14, 2012 at 12:37 pm

    Ya lah sama sama sibuk menjalankan tugasan kerja masing2. Keduanya di tempat yang berasingan dalam jarak yang jauh, Siti di indonesia dan Datuk K di New Zealand. Segalanya ketentuan tuhan. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin selepas ini kasih sayang antara mereka lebih kukuh dan mungkin juga kurang aktiviti bermotosikal dimasa kelak. Apa pun banyak bersabar dan insyallah doa peminat untuk Datuk k pulih sembuh segera di makbulkan allah swt. Amin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • nashOne Nite Only With Nash LefthandedSaturday, May 25, 2013
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nura on:Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • nina on:Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
    • nina on:Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • nina on:Gambar Nubhan & Mila Jirin Berkaraoke Lagu Cinta Kasih di Red Box
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.