in

STUART LITTLE 3 Call of The Wild di TV2

NANTIKAN STUART LITTLE 3 DI KACA TV ANDA CUTI SEKOLAH INI
Stuart Little sebuah filem animasi yang telah diadaptasikan dari sebuah novel hasil tulisan E.B White kembali lagi! Filem animasi yang telah ke layar perak ini diberikan sentuhan efek-efek khas yang membuatkan ia sungguh menarik untuk di tonton. Tiada siapa yang tidak akan terhibur dengan gelagat si tikus putih yang comel ini. Kanak-kanak pasti akan menyukainya dan tidak terkecuali kepada golongan dewasa juga.

Jika anda telah mengikuti sekual ‘Stuart Little’ sebelum ini, para penonton pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi-aksi menarik yang akan ditonjolkan oleh seekor tikus yang dinamakan ‘Stuart’ ini. Pada kali ini, ‘Stuart Little’ kembali lagi dengan plot-plot cerita yang lebih memukau di dalam ‘Stuart Little 3: Call of The Wild’.

Filem animasi ini bukan sahaja akan dapat menghiburkan para penontonnya di musim cuti sekolah ini, malah ia juga dapat memberi pengajaran dan mendidik kita dengan adanya unsur-unsur kekeluargaan dan tolong-menolong yang terdapat di dalam plot-plot filem ini.

Justeru sebagai penghargaan kepada penonton setianya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi jadual siarannya dengan membawakan khas kepada anda filem animasi kanak-kanak ‘Stuart Little 3: Call of The Wild’. Filem animasi yang penuh dengan konflik ini akan disiarkan pada 16 Disember 2010, jam 10.30 malam di TV2.

Di dalam sekual Stuart Little sebelum ini, Stuart, si tikus putih yang comel, bijak dan sofistikated ini memulakan pengembaraannya dengan di ambil sebagai anak angkat oleh keluarga Whites. Kehadirannya di dalam keluarga Whites pada mulanya sukar untuk diterima oleh George Whites iaitu anak lelaki kepada keluarga tersebut. Dia mengharapkan ibu dan bapanya untuk mengambil seorang anak angkat dan bukannya seekor tikus putih.

Selain daripada George, kedatangannya ke dalam keluarga tersebut turut di benci oleh Snowbell, kucing peliharaan keluarga tersebut. Snowbell merasakan bahawa Stuart akan menggugat kedudukannya sebagai binatang kesayangan yang telah menjadi sebahagian daripada keluarga Whites.

Pelbagai halangan yang terpaksa Stuart harungi di dalam menjalani kehidupan sehariannya terutamanya di dalam mencari sahabat di bandar besar yang dikenali sebagai ‘Big Apple’ tersebut. Lain pula konflik yang terpaksa di hadapi oleh Stuart di dalam ‘Stuart Little 3; Call of The Wild’ ini. Pada kali ini, pengembaraan Stuart lebih mencabar dan menarik. Mereka sekeluarga ingin pergi menghabiskan cuti musim panas mereka dengan pergi bercuti ke sebuah kawasan yang berhampiaran dengan tasik. Pemandangan kawasan tasik yang sungguh cantik dan tenang itu telah menarik minat keluarga tersebut. Stuart si tikus putih yang comel ini dengan sukarelanya ingin mengetuai perjalanan percutian tersebut. Mereka tidak sabar untuk meluangkan masa dengan berkayak, mendaki dan sebagainya.

Malangnya percutian mereka tidak jadi seperti yang telah dirancang. Sesuatu telah menghalang keseronokan percutian tersebut. Mereka mendapati terdapat seekor binatang buas yang memerintah kawasan hutan tersebut. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Snowbell, kucing peliharaan keluarga White telah di tawan oleh binatang buas tersebut. Stuart dengan bantuan rakan barunya Reeko, tanpa rasa gentar telah pergi untuk menyelamatkan Snowbell yang telah di kurung di dalam sebuah penjara buatan binatang buas itu. Di dalam penjara tersebut, terdapat juga hidupan-hidupan hutan lain yang telah di tawan. Mereka juga telah menyelamatkan binatang-binatang di dalam hutan tersebut yang telah terperangkap di dalam penjara buatan itu.

Berjayakah Stuart dan Reeko menyelamatkan Snowbell serta hidupan-hidupan hutan yang di tawan oleh binatang buas tersebut? Untuk mengetahui kesudahannya, nantikan kemunculan ‘Stuart Little 3: Call of The Wild’ Disember ini hanya di ‘TV 2 Dunia Ria’.

Barisan celebriti Hollywood yang membintangi ‘Stuart Little 3: Call Of The Wild’ ialah Geena Davis,Virginia Madsen, Michael J. Fox, Peter MacNichol, dan Wayne Brady.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Band Hujan Lancar Album Lonely Soldier Boy

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sidang Media Pelancaran Sity Avita