in

Street Fair Deodorant Gatsby Sangat Meriah & Catat Sejarah

Kalau korang perasan, minggu lalu, Budiey telah mencari 10 pasang pembaca untuk hadir di Temasya Jalanan Deodoran Gatsby yang berlangsung di Berjaya Times Square pada hari Ahad lalu. Tahniah kepada 10 pasang pemenang itu dan mereka ternyata begitu seronok dapat enjoy the games dan pelbagai program kat sana. Seronok dapat makan-makan kat Papa John.

Yang pasti, lebih 500 bloggers dari segenap ceruk negara telah berjaya mencipta sejarah di Temasya Jalanan Deodoran Gatsby dengan terbentuknya “Perhimpunan Bloggers Terbesar” justeru mencipta nama untuk usaha ini di dalam Malaysia Book Of Records.

Para bloggers, dari Nuffnang Malaysia, komuniti blog pengiklanan terulung di Asia-Pasifik, telah berduyun-duyun hadir di Temasya Jalanan Deodoran Gatsby yang dipenuhi dengan kegembiraan dan keceriaan pada 17 April 2010 lalu di Berjaya Times Square , Boulevard (Pintu Masuk Utama), Kuala Lumpur dari 10 pagi hingga 5 petang.

Temasya Jalanan ini dianjurkan oleh Gatsby jenama kosmetik lelaki tersohor di Jepun, dengn sokongan Nuffnang Malaysia.

Acara yang berupa kanival ini adalah sebahangian dari kempen untuk mempromosikan jenama baru “Kawalan Berganda Siri Deodoran” (Double Protection Deodorant Series) dan juga untuk memupuk budaya blogging secara sihat dan kecenderungan untuk rekreasi kepada rakyat Malaysia.

Acara ini diserikan dengan kehadiran Datuk Danny Ooi, Pengasas PJN & Pengarah Urusan Malaysia Book Of Records, Encik Chin Choon Keng, Presiden Mandom (M) Sdn Bhd, Encik Kuniyuki Ota , Timbalan Presiden Mandom (M) Sdn Bhd , dan Encik Timothy Tiah , pengasas bersama Nuffnang Sdn Bhd.

Semasa para bloggers sedang melakukan blogging serentak secara beramai-ramai, suasana keceriaan ini juga dikongsi bersama dengan masyarakat umum yang disediakan oleh penganjur degan pelbagai permainan jalanan. Permainan yang akan diadakan di Temasya Jalanan Deodoran Gatsby merangkumi Snake & Ladder, Rocky Mountain, F1 Kraze, Krazy Beans, Can Smash, Balingan Bola , Electrifying Maze dan banyak lagi.

Para peserta dari pelbagai lapisan umur menikmati keseronokan dan keceriaan dengan mencuba kemahiran mereka di lebih 40 gedung permainan yang di sediakan oleh penganjur. Kesemua dari mereka pulang dengan hadiah hebat yang ditawarkan oleh Gatsby.

Disamping sorkan dan jeritan beralun “ wows and whoops” dari gedung permainan,para promoter Gatsby, yang diperagakan dengan seragam menarik perhatian dan bergiat aktif penuh bertenaga, mempromosikan jenama terbaru Gatsby “Kawalan Berganda Siri Deodoran” (Double Protection Deodorant Series) kepada para hadirin yang penuh keriangan.

Siri penyegaran semula terdiri daripada jumlah 7 variasi produk canggih, yakni Crystal Musk,Fresh Fougere,Clear Ocean,Lime Green,Ozone Blue,Cool Aroma,and Woody Fourgere yang boleh didapati dari Jenis “Deodoran Sapu” (Roll-on) dan “Siri Perenjis Semburan Wangian” (Deodorant Perfume Spray). Para hadirin tidak melepaskan peluang untuk memiliki deodoran kegemaran mereka.

Gatsby jenama kosmetik lelaki tersohor yang menawarkan kepelbagaian produk perapian diri secara meluas dari kerapian rambut, penjagaan badan, perapian rupa, kepada pewarnaan rambut dan produk pencukuran bagi kaum lelaki.

Untuk maklumat lanjut, sila layari lamanweb www.gatsby.com.my.

Antara program dan aktiviti blogger di Street Fair…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Super Boy Satukan 8TV & Hunan TV International

Farah Asyikin Ajak Setiausaha & Peminat Santai di Scrumptious Restaurant