in

Star Radio Group Menyokong Kempen #BringBackOurGirls

Tanggal 14 April 2014 yang lalu menyaksikan detik hitam di dalam kalangan penduduk negara Nigeria apabila 276 pelajar perempuan sekolah di Nigeria telah diculik dari sekolah mereka oleh kumpulan militan Bako Haram.

Kami di Kumpulan Star Radio berkumpul baru-baru ini bagi menunjukkan sokongan terhadap kempen Bring Back Our Girls yang telah bermula sejak awal Mei. Kempen Bring Back Our Gilrs adalah petisyen secara atas talian, menyeru sokongan seluruh masyarakat dunia untuk memulangkan kembali 276 kanak-kanak perempuan yang telah diculik.

Group photo - #BringBackOurGirls

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Star Radio, Kudsia Kahar:

“Perlu bagi kita untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen ini bagi mewujudkan kesedaran dan memainkan peranan sebagai sebuah badan media. Doa dan ingatan kami ada bersama dengan kanak-kanak yang hilang dan juga keluarga mereka.

“Ini adalah inisiatif yang ringkas tapi cukup bermakna buat kami dalam menunjukkan sokongan terhadap kempen ini. Semoga mereka yang diculik berada dalam keadaan selamat dan segera pulang ke pangkuan keluarga”, kata penyampai segmen Ceria Pagi, Adibah Noor.

“Kami berharap kempen ini dapat sampai kepada ahli keluarga, teman-teman dan semua pendengar. Ia sangat membantu dalam menyampaikan mesej-mesej sokongan”, kata Janice Yap, penyampai segmen Capital Breakfast di Capital FM.

MichelleObamaBringBackOurGirls

Kempen Bring Back Our Girls bermula apabila seorang peguam di Nigeria memuat naik status di Twitter. Setelah itu, ia telah berkembang dan kini menjadi bualan ramai.

Kempen ini turut disokong oleh orang berpengaruh di dunia seperti Michelle Obama, Malala Yousafzai, Hillary Clinton, Ellen DeGeneres, Amy Poehler, Miranda Kerr, Gisele Bundchen, Anne Hathaway, Usher, Mary J. Blige, The Rock dan ramai lagi. Mereka memuat naik gambar bersama dengan kertas yang bertulis #BringBackOurGirls. Semoga kanak-kanak ini segera dijumpai dalam keadaan selamat ke pangkuan keluarga masing-masing.

Anne Hathaway

ellen degeneres

Malala Yousafzai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alami Pengalaman Escape Games di BREAKOUT Avenue K

Sinopsis Telemovie Nur Balqis Sempena Hari Ibu