in

Stacy & Tomok Hangatkan Konsert Minggu Ke-4 POP KREW

Pada 29 November ini, bakal berlangsung Konsert Siaran Langsung Minggu Ke-4 POP KREW. Sedar tak sedar dah minggu ke-4. Budiey memang seronok tengok program ni sebab ianya memang lain dari yang lain.

Minggu ini ada 6 Krew bakal berentap iaitu 5 BEATS, AURORA, ALGEBRA, BAEQ, BRIGED & NOVEMBOYS. Budiey ucapkan selamat maju jaya buat semua peserta. Do the best okay? Kalau nak tahu, minggu ni juri jemputan yang akan memberi komen dan menilai persembahan ialah Cat Farish.

pop-crew

Pengacara: Nana Mahazan & Deen Hot FM
Coach: Stacy & Tomok
Juri: Altimet & Edry Abdul Halim
Juri Jemputan: Cat Farish

Penonton juga boleh menjadi juri untuk mengundi markah peserta Pop Krew kesayangan mereka dengan aplikasi “Pop Itu Krew” mulai episod ke-4!

Pop Krew juga menampilkan kelainan dengan konsep “simpan” dan “rampas” dimana coach Stacy & Tomok berhak simpan salah seorang ahli yang daripada kumpulan terkeluar dan “rampas” satu ahli daripada kumpulan lawan yang terkeluar. Namun, ini semua hanya boleh berlaku sekali sahaja setiap coach (simpan dan rampas) sepanjang konsert Pop Krew.

Pop Krew bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 8.30 malam tetapi pada 29 November ini Pop Krew akan bersiaran pada jam 10 malam kerana memberi laluan pada Piala AFF Suzuki 2014 di mana pasukan Malaysia melawan Singapura. Layari www.tv9.com.my dan follow sosial media @TV9MALAYSIA untuk dapatkan maklumat lanjut. Segarkan dunia anda dengan #POPKREW

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Calon Akhir Anugerah Industri Muzik Ke 21

Pengalaman Beli Mountain Bike di Roadshow Basikal di SenQ Klang Parade