in

ST12 Kembali Dengan Lagu Terbaru Putih Putih Melati

Putih Putih Melati, ST12 Kembali

Identiti setiap kumpulan muzik sangat penting. Secara klise, kumpulan muzik (band) sering dikenali melalui vokalisnya. Maka apabila vokalis tekad keluar dari band, ahli-ahli lain pincang. Akhirnya band berpecah dan membawa haluan sendiri.

Nasib ST12 hampir menemui destinasi yang sama. Lebih empat tahun ST12 terumbang-ambing dengan hanya mengekalkan pemain drum nya sahaja. Ilham Febri atau nama komersialnya, Pepep hampir menemui jalan buntu untuk terus mengekalkan band ST12. Namun benar sekali kata hikmah, usaha itu tangga kejayaan.

ST 12

Mengambil masa hampir 4 tahun untuk mencari vokalis baru dan menelan waktu hampir setahun untuk proses rakaman dan adunan, Pepep dan ST12 akhirnya berjaya melancarkan album terbaru mereka berjudul Lentera Hati. ST12 kini siap beraksi kembali di arena muzik dengan menampilkan vokalis baru bernama Ridho Tuah. Single pertama mereka berjudul Putih Putih Melati sudah mulai mendapat respon positif peminat di laman youtube.

Bercerita tentang album terbaru, Pepep menjelaskan bahawa album terbaru ini sesuatu album yang istimewa. Album ini menyimpulkan setiap duka lara, penat jerih kariernya bersama ST12 dan meluahkan seribu rasa bahagia bersama ahli baru ST12. Lagu-lagu dalam album ini cukup serasi dengan vokal Ridho dan Pepep yakin Ridho mampu pergi jauh dengan bakat yang ada padanya.

Pengurus A&R Rumpun Records, Nino menafsirkan album Lentera Hati sebagai album yang amat menakjubkan. “Ridho memberikan persembahan nyanyian yang jujur dan mereka mengadunkan melodi yang catchy bersama susunan muzik yang ringan menjadikan album ini mampu menjadi dendangan untuk beberapa tahun akan datang. “

Album Lentera Hati sudah mulai dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara oleh Rumpun Records dan Universal Music. Album ini juga boleh dimuat turun secara digital dari iTunes dan syarikat telekomunikasi tempatan.

Kumpulan ST 12 bakal buat sidang media dan Mini Showcase di Malaysia pada 27 Mac ini.

Perkembangan terbaru ST12 boleh diperoleh dari laman rasmi Facebook dan twitter mereka di :

Facebook: https://www.facebook.com/officialST12

Twitter: https://www.twitter.com/officialST12

Portal Gila Muzik: www.gilamuzik.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Psy Tamatkan Gangnam Style di Malaysia

Drama Life Unexpected Di TV2