Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Spekulasi Ida Nerina Terjatuh Kerana Dipukul Suami Tidak Benar



BUKAN sahaja terguris, malah ada sedikit marah yang berbekas di dalam hati sewaktu pengarah Rohani Yusoff mendengar khabar angin tentang punca anak saudaranya, aktres terkenal Ida Nerina terjatuh.

“Saya pun hairan macam mana boleh timbul spekulasi yang bukan-bukan tentang Ida,” jelas Rohani yang baru sahaja kembali melawat Ida di hospital sejurus mendengar kecelakaan yang menimpa Ida kelmarin.

Ida terjatuh ketika menaiki tangga di ruang tamu di dalam rumahnya di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur dan mengalami kecederaan tulang belakang. Disebabkan insiden yang tidak disangka-sangka itu, Ida terpaksa menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) lewat malam Ahad.

Menurut Rohani, pada mulanya dia terkejut mendengar spekulasi yang kononnya Ida ‘dipukul’.

“Teruknya…saya macam tak percaya sampai begitu sekali orang boleh bercakap pasal Ida. Elok saja saya tengok Ida dan suaminya di hospital tu. Panggil darling lagi.., “Cubalah doa yang elok-elok sikit dan jangan buruk sangka. Tidak baik macam tu. Kalau kita asyik cakap perkara begitu, ia seperti satu doa pula,” kata aktres teater yang disegani ini. Kalau dah jatuh teruk, kenalah rehat lama sikit. Ida sudah melalui operasi dan doktor telah letak 8 skru dan 2 plate untuk membetulkan tulang belakangnya. Ida perlu berehat lama….tapi tak adalah sampai lumpuh. Saya dulu pun pernah jatuh, sampai 6 bulan saya tidak boleh jalan dengan baik,” 

Segala dakwaan tentang Ida dipukul suami, Shahrin (bekas anggota Blackrose) adalah karut dan tidak benar sama sekali. Dia juga menafikan desas-desus yang berkata Ida akan ‘lumpuh’ setelah insiden jatuh itu.

Doktor juga telah menasihatkan Ida untuk berehat sekejap daripada kerja. Jadi, dia akan menarik diri dari berlakon teater ‘The Good Body’. Ida juga tidak dapat menjadi juri pertandingan filem pendek ‘BMW Shorties. Ida, yang sememangnya cergas orangnya pernah mengambil bahagian dalam program realiti, ‘The Amazing Race Asia 3″ pada November lalu dengan kawan baiknya, Tania Khan.

Pasangan ini mendapat tempat ketiga dan mendahului pasangan lain pada mulanya tetapi terkandas pada masa genting apabila mereka terlepas penerbangan ke Phuket, destinasi akhir bagi ‘The Amazing Race Asia 3′.

Kali terakhir melihat aksi Ida di kaca TV ialah di saluran Astro di mana Ida merupakan salah seorang pengajar di Akademi Fantasia musim ke-7 dan senang digelar ‘Ida Gorgeous’ oleh murid-murid kesayangannya. [sumber]

Tags:

none

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ida Nerina Telah Bercerai
  • Ida Nerina & Sha’arin Masih Suami Isteri Sah
  • Video Lucah Ida Nerina & Fauzi di Rumah Tumpangan Sabul
  • Gambar Ida Nerina Seksi Pakai Bikini
  • Gambar Ida Nerina Pelakon Filem Susuk di Pelancaran Video Klip Atilia
  • Quotes of The Day: Saya Setuju Bercerai – Ida Nerina
  • Ida Nerina & Shahrin Bercerai Talak Satu
  • Sah! Gambar Seksi & Video Klip Lucah Itu Bukan Milik Ida Nerina
  • Profile Zeyna Pelakon Drama Bersiri KAMI
  • Ida Nerina Jadi Guru Seni Persembahan dan Lakonan di Akademi Fantasia 7



  • 3 Komen untuk entri “Spekulasi Ida Nerina Terjatuh Kerana Dipukul Suami Tidak Benar”

    1. NONA kata:

      betul gak tuh..kalo pun dia ada buat kesilapan..hanya allah saja yg layak menghakiminya…buat pe kita nk doakan yg buruk…kang esok lusa terbalik kt kita plak..kalo cenggini kesnya..adalah lebih baik kita doakan kesihatannya dan di harap dia kan lebih menghargai hayatnya dgn menjadi insan lebih baik lagi..ewah…

    2. Ntahla.. kata:

      Mngkin ape yg trjd tu ade hikmah d sebaliknya….

    3. zaa_ikram kata:

      semua yg terjadi, peringtan dariNya..Dia sygkkan kita..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK