in ,

Spa Percuma di The Holiday Beach Danang Hotel & Resort Vietnam

Tiap kali berbicara tentang pantai-pantai yang cantik, Malaysia dan Indonesia pasti tersenarai dalam pilihan para pelancong asing yang ke Asia Tenggara. Tapi tahukah anda sebenarnya ada juga pantai yang menyeronokkan di Vietnam?

Di antara pantai peranginan yang sering menjadi tumpuan di sana adalah di kota Danang. Sebuah bandar pantai yang terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan. Dan sekiranya tercari-cari tempat untuk menginap, pastikan The Holiday Beach Danang Hotel & Resort menjadi pilihan utama anda. Hotel yang terletak di tepi pantai ini sangat sesuai untuk mereka yang masih bujang ataupun berkeluarga. Dengan pemandangan pantai serta lautan yang indah, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik.

Junior Spa Suite Beachfront's Bathroom

Kedudukan hotel ini sangat strategik kerana berada di tepi pantai dan tidak jauh dari kawasan utama Danang serta lapangan terbang. Lebih menarik lagi, hotel ini menyediakan perkhidmatan shuttle atau pengangkutan percuma ke pusat bandar Danang di mana para tamu akan diturunkan di pasar Han, pasar terkenal Danang untuk membeli barangan tempatan seperti pakaian, makanan, kain dan macam-macam cenderamata lagi. Mereka juga menyediakan pengangkutan percuma ke bandar Hoi An, bandar warisan sejarah UNESCO yang sangat menyenangkan!

Junior Spa Suite Beachfront - Bedroom (2)

Dilengkapi dengan aneka pilihan bilik-bilik selesa menggunakan tilam mewah Lamborghini buatan Itali untuk katil-katil mereka, dan pemandangan menghadap lautan dan taman, para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Sekiranya tidak mahu mencecahkan kaki ke dalam lautan, apa kata berenang sahaja di kolam renang mereka yang luas tersedia sambil menikmati minuman di sebelahnya. Jika malas berenang, para tamu juga boleh berjalan-jalan di sepanjang persisiran pantai yang sangat indah dan menenangkan. Tersedia juga kolam renang di lantai atas yang dikenali sebagai Sky Pool khas buat tamu hotel!

Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apakata anda singgah di Aloha Restaurant dan Terrace yang menghidangkan pelbagai menu tempatan Vietnam dan antarabangsa yang menarik. Para pengunjung juga boleh mencuba minuman dan sajian di tepi pantai kerana mereka mempunyai kafe untuk bersantai yang bernama The Beach Club. Ia terletak di depan hotel dan benar-benar di tepi pantai. Jadi anda boleh menikmati minuman sambil berseronok di persisiran.

Muong Spa - Treatment (10)

Tersedia juga beberapa dewan dan ruangan khas buat acara tertentu bagi mesyuarat serta majlis-majlis lain.

Daytime Exterior

Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda juga boleh mencuba Muong Spa mereka untuk memanjakan diri. Namun apa yang istimewa di sini adalah, perkhidmatan spa adalah percuma kerana ia memang sudah termasuk di dalam pakej penginapan untuk semua tamu yang bermalam di sini! Ya, itu merupakan satu keistimewaan hotel ini yang jarang terdapat di hotel-hotel lain! Jadi anda boleh memilih rawatan spa pilihan masing-masing!

The Holiday Beach Club

Buat yang sudah bercahaya mata, anak-anak anda boleh bermain di Kidspace yang mempunyai Nintendo Wii terbaru.

Pendek kata hotel ini memang sesuai buat penginapan di tepi pantai. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik iaitu tidak sampai 15 minit dari Lapangan Terbang Danang, ketenangan suasana pantai di persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini!

Penginapan termasuk Spa percuma di The Holiday Beach Danang Hotel & Resort, Vietnam!

Holiday Beach-0368
Holiday Beach Danang Hotel & Resort - Highfloor view

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab-Sebab Anda Perlu Hadir di KL Converge! 2015

Dato’ Siti Nurhaliza Take Over SUPER JoHaRa Show di JoHaRa PAGI ERA?