Sosilawati Lawiya Nouvelles Visages Dakwa Nash Keluar RM400 Ribu
Pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Sosilawati Lawiya, 43, membuat laporan polis mendakwa suaminya, vokalis Lefthanded, Jamaludin Elias atau Nash, 47, mengeluarkan wang tunai miliknya berjumlah RM400,000 tanpa persetujuannya.
Ahli perniagaan terbabit yang mempunyai beberapa syarikat, termasuk pengedar kereta mewah import mendakwa dia terpaksa membuat laporan polis berikutan Nash dikatakan enggan memulangkan wang berkenaan selepas perbincangan dilakukan.
Laporan polis itu sebahagian rentetan krisis rumah tangga pasangan itu yang melangsungkan perkahwinan mereka dengan penuh gemilang kira-kira 10 bulan lalu.
Terbaru, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam membenarkan permohonan Sosilawati mendapatkan perintah interim secara ex-parte (sebelah pihak) untuk membekukan dan atau menghalang sebarang urusan pemindahan berkaitan hartanya yang bernilai hampir RM1 juta. – Harian Metro
Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan Sosilawati Lawiya, 44, isteri Nash untuk mendapat injunksi ex parte (sebelah) bagi menghalang penyanyi itu membuat transaksi atau pindah milik melibatkan amanah saham dan hartanah bernilai RM880,000.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Shaarani Ismail setelah mendengar secara tertutup afidavit permohonan interim (sementara) di kamar beliau hari ini.
Sosilawati yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelle Visage mengemukakan permohonan tersebut apabila mendakwa perkahwinannya dengan Nash atau nama penuhnya, Jamaludin Elias, 48, selama 10 bulan itu berada dalam syiqaq (pertikaian) sehingga tiada jalan penyelesaian kecuali melalui penceraian.
Berdasarkan permohonannya, dia mendakwa Nash (responden) tidak pulang ke rumahnya di No. Lot 9933, Jalan Harmoni, Taman Harmoni, Gombak sejak 13 Ogos lalu. Responden juga dikatakan berkali-kali meluahkan hasrat untuk menceraikannya selepas Aidilfitri ini.Sehubungan itu, Sosilawati telah memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur pada 18 September lalu.
Sosilawati memohon injunksi untuk menghalang Nash, wakil atau keluarganya daripada membuat transaksi atau pindah milik Sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan (ASW) yang masing-masing bernilai RM200,000 yang diletakkan atas nama responden.
Beliau juga menuntut supaya Nash membayar semula wang sebanyak RM480,000 yang dipinjamkan olehnya untuk bayaran hartanah di alamat No. 28, Jalan Turmalin 4, 7/12D, Seksyen 7, di sini yang telah dilelong oleh bank akibat kegagalannya melangsaikan baki pinjaman tersebut. Sosilawati turut mengemukakan beberapa alasan lain di dalam permohonan tersebut yang memaksanya mengemukakan injunksi dan memfail tuntutan cerai. – Utusan Malaysia
[tags]Sosilawati Lawiya, pengasas Nouvelles Visages, produk Nouvelles Visages, biodata nash, gambar nash, gambar isteri nash, gambar Sosilawati Lawiya, afidavit permohonan interim, Nash Keluar RM400 Ribu, nash bercerai, nash cerai, perceraian nash, kisah nash bercerai, berita nash bercerai, artis popular bercerai, Amanah Saham Wawasan, rujuk kahwin artis, WebKL.Net, harta Sosilawati Lawiya, biodata Sosilawati Lawiya, profile Sosilawati Lawiya, perintah injuksi, injunksi, gambar anak Sosilawati Lawiya, kisah mahkamah, kes mahkamah, kisah hantu, Sosilawati Lawiya, pengasas Nouvelles Visages, Mahkamah Rendah Syariah, produk Nouvelles Visages, biodata nash, gambar nash, gambar isteri nash, gambar Sosilawati Lawiya[tags]
Baca artikel lain yang berkaitan:





October 29th, 2007 at 2:54 am
Sosilawati …apa punya bini..harap kaya tapi murahnya agamanya(tengok cara dia dah tau…
Buat Nash perlu ingat sabda Rasullah” isteri yang baik/beramal soleh untuk suami yang baik begitu juga sebaliknya”
Bersabarlah Nash ada hikmahnya
April 22nd, 2008 at 11:17 am
Lain kali nak kawin cari yang sekufu…kalu tak ni lah jadinya…kena kung fu.
December 6th, 2008 at 10:25 pm
Dia mmg dah kaya..soal peribadi dia tak boleh orang lain nak persoal kan.,terutamanya hal agama. Nash terang-terang menipu harta Sosilawati. Nash dari dulu semua orang tahu tidak berharta., hanya bekerja makan gaji dan mula berniaga bila kenal dgn Sosilawati. Masaalah orang melayu ni ialah suka sangat nak mencaci dan nak menimbang dosa pahala orang, suka sangat nak komen pasal pakai tudung terutamanya, jaga hal sendiri dan tilik dosa pahala sendiri ok.
December 12th, 2008 at 1:53 pm
sosilawatie 2 gersang kot…….
February 9th, 2009 at 6:14 pm
mesti ade ‘something’ wrong dgn nash ni, klau x, xkan dua2 kali kawin x mnjadi..wallahhua’lam..
February 21st, 2009 at 3:36 am
Sosilawati, sebagai wanita saya amat bersimpati dengan apa yg kamu hadapi. Sudahlah kamu ditinggalkan, dikebaskannya pula harta kamu yang kamu berpenat jerih bertahun-tahun mencarinya. Kalau sekiranya nash tidak mempunyai kemampuan sbg suami berterus terang sahaja sosilawati, tak perlu kamu menjaga hati lagi. tetapi rata-rata semua org mensyaki nash tidak mampu memberi nafkah batin… kl dah tau kekurangan diri jgn ler pulak nak rompak harta org. itulah, kepada rakan2 yg lain, kalau pun sayang jangan sekali-kali menyerah segala harta…skrg menyesal sudah tidak berguna. hakim pula pelik…skrg ni pulangkan saja harta …nash pun, kamu rampas hak org di dunia ni tak kemananya kamu…diakhirat nanti terima le kamu balasannya nanti….walau apa pun kami hanya ingin nash bertaubat…isteri tak nak ikut kamu ada sebabnya…kamu perlu tilik diri kamu dahulu..kl org tu sombong dan jahat…kenapa harta sebgitu banyak di pindah kepada kamu…jgn mengharap sebelah pihak sahaja…fikirkan apa yg kamu beri pada sosila…sosilawati tdk mengharapkan harta kamu tapi mengharapkan kasih sayang kamu dan kejantanan kamu…
February 24th, 2009 at 12:21 am
waa..panjang lebar intan…saya pun pikir begitu jugak…kl dulu bekas isteri nash yg pertama ada hubungan sulit dgn seorang india mesti ada sebabnya…munkin sosilawati minta nash berubat…tu yg nash merajuk…terus lari balik umah dia tak datang lg umah sosila…begituler yg semua org dok cakap kat ofis…sian sosila…dah le jadi camtu…harta kamu pulak nak dikebas…ish ish ish… Allah maha besar…semoga Allah akan tunjukkan bala kepada org yg merampas harta org lain tanpa kerelaan…
March 21st, 2009 at 10:34 pm
secara umumnya, segala info yg kita tau dtgnya dr pihak media… kebenarannya hanya ada pada sosilawati n nash. Tapi satu yg peliknya knapa boleh berlakunya pindah milik saham n harta? Dari mana datangnya duit nash utk melabur ASW & ASB sedangkan bank telah melelong hartanah nash di sek.7 sehinggakan sosilawati membantu dgn bayaran rm 480 k..? hmmm… tepuk dada tnyala diri sendiri… kalau dah benci sangattt999xxxx smpai nak bercerai-berai, bayar dlu hutang pd bini n jgn nak ambik harta dia.. susahla lelaki sekarang ni..
April 12th, 2009 at 10:31 pm
Senang aje kalau dah jadi suami kena la tahu tanggungjawap. bg pada isteri bukannya ambil dari isteri, pendapat saya sosilawati memang baik hati. apa-apa pun tuhan aje yg tahu.
April 12th, 2009 at 10:38 pm
senang aje cadangan saya kalau urusan kain tak perlu ada pemberita. siapa pun tak tahu. gaduh dlm rumahtanga tu biasa la cuma jng melampau2 udah. Nash, pesanan saya jng la ego sangat belajar la dari orang tua2.
August 5th, 2009 at 6:46 pm
malu org bp pasal kes ni.cube pk sblum btindak,kes suami isteri spatutnya settle kn antara kluarga.jgn di war2 kn,kn da jd aib dua2 insan.lagi satu knape org mekayu ska sgt hal2 mcm ni.reporter pun pk le nk lariskan paper.jaja cte mcm ni…jd renung2 kan la. sy just bg pndapat, sy ad pepatah sndiri CERITA UMPAMA KURAP LG D GARU LG SEDAP TP PERLU D INGAT SEDAP2 TP ADA PEDIH NYE LOR lu pk la ramai2 ,TEPUK KOMPANG DGR BUNYI LG DKT LG BDENGUNG