• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Songlap Kini Ditayangkan Di Eropah Dan Amerika Syarikat

0
  • by Budiey
  • in Filem
  • — 22 Nov, 2012

SONGLAP MENEMUI PENONTON DI EROPAH DAN AMERIKA SYARIKAT

Kemunculan Songlap di persada festival filem antarabangsa terus diperluaskan dengan jemputan khas tayangan di bandar Warsaw, di Poland, Eropah dan juga di bandar peranginan Fort Lauderdale di Florida, Amerika Syarikat.

Tahun ini, edisi ke-enam Five Flavours Film Festival di Warsaw, Poland, telah memberikan perhatian khusus kepada kesenian sinematografi karyawan dari Malaysia dalam seksyen Focus : Malaysia yang mengketengahkan hasil kerja yang pernah merangkul anugerah berprestij di festival filem lain di serata dunia.

Poster Filem Songlap

Edisi 2012 Five Flavours didedikasikan untuk pembikin filem muda Malaysia yang terlibat sama dalam transformasi perfileman negara dan juga pembikin filem yang berani memaparkan gambaran realiti kehidupan seharian rakyat Malaysia di layar perak.

Di antara barisan filem-filem terkemuka ini, Songlap telah diberi penghormatan sebagai Filem Pembukaan yang ditayangkan sempena Majlis Perasmian festival filem tersebut.

Pengarah bersama Effendee Mazlan telah hadir sebagai Tetamu Khas di festival tersebut untuk mempersembahkan filem Songlap kepada penonton, di mana ia telah ditayangkan sebanyak tiga kali dalam kategori pertandingan New Asian Cinema.

Ini adalah kali pertama kategori pertandingan dianjurkan sebahagian dari program utama festival ini, dan New Asian Cinema merupakan gelanggang pertandingan 11 filem dari Malaysia, Thailand, Korea, Jepun, Hong Kong, Filipina, Vietnam, Taiwan dan sebagainya.

Dalam bahagian pertandingan ini, filem terbaik telah dipilih oleh 13 orang ahli Juri Rakyat dan menerima Anugerah Utama semasa Majlis Penutup Festival pada 30 Oktober 2012. Bagi mewujudkan semangat budaya ‘penghargaan filem’ di kalangan orang ramai, ahli-ahli Juri Rakyat telah dipilih dari berpuluh-puluh permohonan dan terdiri daripada golongan bukan profesional yang berminat dengan filem dan budaya Asia.

Di seberang Lautan Atlantik pula, Songlap telah ditayangkan di 27th Annual Fort Lauderdale International Film Festival (FLIFF) yang dianjurkan di Fort Lauderdale, Florida di Amerika Syarikat. Terkenal sebagai “Percutian dari Filem Biasa”, festival yang dianjurkan di tiga lokasi serata bandar peranginan pantai yang cerah ini telah mempamerkan lebih daripada 200 filem dari lebih 35 negara.

Turut dimartabatkan sebagai Festival Filem Terpanjang di Dunia oleh Guinness World Record, festival ini telah berlangsung selama 24 hari dari 19 Oktober hingga 11 November 2012. Sebagai satu-satunya filem yang mewakili Malaysia, Songlap telah ditayangkan sebanyak dua kali dalam kategori World Cinema – Features, yang merangkumi hasil kerja yang mendapat perhatian dari serata dunia.

“Sambutan yang kami terima untuk Songlap di luar Malaysia hingga ke hari ini telah melebihi jangkaan kami. Tahniah kepada Effendee, Fariza dan kumpulan produksi yang hebat kerana berjaya menghasilkan cerita yang tidak hanya memukau penonton di Malaysia tetapi kini semakin menarik penonton di seluruh dunia”, kata Tengku Iesta Tengku Alaudin, Pengurus Besar Grand Brilliance.

Filem Songlap berkisarkan kehidupan dua orang adik-beradik, dilakonkan oleh Shaheizy Sam dan Syafie Naswip, yang terjebak dalam kancah sindiket penyeludupan manusia, dan akan membawa anda melalui kehidupan di ceruk metropolitan luas di Kuala Lumpur dan dan pastinya meninggalkan anda penuh debaran sambil merasai pahit manis kehidupan yang mereka lalui.

Songlap diterbitkan melalui gabungan produksi Grand Brilliance dan Red Films, yang diarahkan oleh Effendee Mazlan and Fariza Azlina Isahak, berdasarkan cerita asal yang juga ditulis oleh Fariza Azlina Isahak.

Songlap sebelum ini pernah ditayangkan di Far East Film Festival ke-14 pada April 2012 di Udine, Italy, Asian Pacific Film Festival pada Mei 2012 di Los Angeles, USA, Filmfest Hamburg, Jerman dan Abu Dhabi Film Festival di Emiriah Arab Bersatu, kedua-duanya pada Oktober 2012.

Movie Still Songlap

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: amerika syarikateropahSonglap

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Single Terbaru iamneeta Berjudul Terima Kasih
  • Next story Gambar Carmen Soo di Pelancaran Produk InnerShine RubyCollagen

ENTRI BERKAITAN

  • Filem Flat 3A 28 May, 2011
  • Sinopsis Filem Ponti VS Omi 18 Apr, 2011
  • Malaikkotai dan Sivaji The Boss di RTM Sempena Deepavali 19 Oct, 2008
  • T-4: Terminator Salvation Set for May 22, 2009 Release 3 Mar, 2008

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • MAYA KARIN – BINTANG SYURGA

    Bintang Syurga
  • SEARCH

  • TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Filem Dampak Bakal Ditayangkan Pada 19 September 2013
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
    • Ulasan Konsert Mega Bintang Trinity All-Star
    • Tarikan Hotel Naumi Liora di Singapura
    • Review The Magani Tempat Menyenangkan di Bali
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangUlasan Konsert Mega Bintang Trinity All-StarTuesday, June 18, 2013
    • linkinKonsert Jelajah Dunia 2013 Linkin Park Living Things Di MalaysiaMonday, June 17, 2013
    • sharifah-ainiSebab Kenapa Malam Amal Bersama Tiga Diva DitundaFriday, June 14, 2013
    • pesawatGood Vibes Festival 2013Wednesday, June 12, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Mistazam on:Gambar Emma Maembong di Anugerah Blokbuster 2
    • nura on:Najwa Latif Sambung Belajar di Unitar International University
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Ujibakat Soccer Kids di TV3
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Ujibakat Soccer Kids di TV3
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    22Jun2013

    G-Dragon World Tour: One of a Kind

    Dari 08:00 PM hingga 11:30 PM

    di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

    Find out more...

    23Jun2013

    Showcase Dayang Nurfaizah @ The Venue

    Dari 08:30 PM hingga 10:30 PM

    di The Venue, Pavilion KL

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Filem Dampak Bakal Ditayangkan Pada 19 September 2013
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
    • Ulasan Konsert Mega Bintang Trinity All-Star
    • Tarikan Hotel Naumi Liora di Singapura
    • Review The Magani Tempat Menyenangkan di Bali
  • KALENDAR

    June 2013
    M T W T F S S
    « May    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan Di Sini

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.