in , ,

Song Ji Hyo Terbang ke Malaysia untuk Hadir di Pelancaran SAMSUNG Galaxy Note 8

Pada jam 5 petang tadi, Budiey ada menerima satu emel jemputan yang datangnya dari Samsung. Yeah, akhirnya Samsung melancarkan gajet premium terbaru SAMSUNG Galaxy Note 8 dengan menerbangkan seorang selebriti terkenal dari Korea iaitu Song Ji Hyo. Kepada yang tidak mengenali selebriti wanita yang ayu ini, beliau merupakan salah seorang bintang idol yang menyertai program paling diminati ramai iaitu Running Man.

Pelancaran SAMSUNG Galaxy Note 8

Song Ji Hyo Terbang ke Malaysia untuk Hadir di Pelancaran SAMSUNG Galaxy Note 8

Budiey pun tak sabar nak jumpa Song Ji Hyo sebenarnya dan mahu jugak bertanya kepada beliau kesan dan impaknya apabila dapat memiliki gajet terbaru daripada Samsung ni. Pastinya, Song Ji Hyo dah bersedia dari awal untuk menjawab segala persoalan yang bermain dalam minda media di Malaysia. Tidak itu juga, Song Ji Hyo akan berkongsi kisah dan cerita beliau tentang pengalaman menggunakan Galaxy Note 8 ini serta akan memberikan tips berguna kepada yang berminat untuk membelinya.

SAMSUNG Galaxy Note 8

Acara yang penuh bersejarah ini akan diadakan di pusat membeli belah Pavilion KL yang terletak di ibu kota pada 21 September, hari Khamis dan kemungkinan besar para media yang hadir dapat meet & greet dengan Song Ji Hyo sebagaimana yang dibuat semasa pelancaran gajet yang lepas di Suria KLCC.

https://youtu.be/RKYjdTiMkXM

Apple iPhone X dan 8 tidak memikat hati anda. Mahukan peranti alternatif berkuasa Android yang mempunyai kemampuan hampir sama? Mungkin anda boleh menanti sehingga 21 September ini apabila Samsung Galaxy Note 8 dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Phablet berstylus ini kembali ke pasaran selepas Note 7 terpaksa ditarik semula kerana masalah bateri.

Pada yang berminat Samsung Galaxy Note 8 mempunyai skrin 6.3″ QHD+ HDR SAMOLED, diperkasakan pemproses Exynos 8998, memori sebesar 6GB dan storan sebesar 64GB. Dwi kamera utama 12+12 Megapixel (f/1.7+f/2.4) mempunyai lensa dengan dwi-OIS seperti pada iPhone X dan dipadankan pula dengan kamera selfie 8-Megapixel f/1.7.

Peranti yang menggunakan Android 7.1.1 ini turut dilengkapi bateri sebesar 3300 mAh dengan sokongan pengecasan pantas serta tanpa wayar. Samsung Galaxy Note 8 dijual di Malaysia pada harga RM 3999.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Karya Mior Hashim Manap & Shahrulezad Mohameddin, Khas Maal Hijrah Ini

WATIE Collections Lancar Koleksi Ready To Wear Berkonsepkan Sweet dan Simple